Buah Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

Buah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.

Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.

Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.

Zat yang terkandung

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!

 KASTARD OREN

Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

BAHAN-BAHAN:

120gm gula pasir

250gm susu pekat

500gm susu sejat

5 biji telur

2 sudu teh esen vanila

1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya

1/2 biji hirisan halus kulit oren

1/2 sudu teh garam

Sedikit mentega

HIASAN:

Buah oren dan strawberi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
  2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
  4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.  Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.

SUP OREN

Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

125gm dal merah halus yang telah direbus

1 biji parutan kulit oren

1 biji perahan jus oren

1 batang lobak merah |potong dadu

1 biji bawang besar | hiris

4 biji bawang putih | hiris

2 sudu teh serbuk cili

1 sudu teh garam atau secukup rasa

1 sudu teh serbuk stok ayam

1/2 sudu teh serbuk jintan putih

1/2 sudu teh serbuk ketumbar

IKLAN

400ml air

Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan

Mentega untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
  2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam.  Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
  3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
    Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.

Lagi resipi di sini:

Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah

Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 SCONE OREN DAN MARMALADE OREN

Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

 BAHAN-BAHAN ORANGE MARMALADE:

10 biji oren | ambil jus

2 biji lemon | ambil jusnya

IKLAN

2.5kg gula pasir

2.5ml air

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu.  Bungkus di dalam kain kasa serta diikat.  Ketepikan.
  2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
  3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau.  Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut.  Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api,  tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.

BAHAN UNTUK SCONE OREN:

500gm tepung gandum

2 sudu makan gula pasir

1 sudu makan  + 1 sudu teh serbuk penaik

1 1/2 teh garam

125gm mentega

125gm kismis

1 biji parutan kulit oren

125gm susu segar penuh krim

1 biji telur gred B

2 sudu teh esen vanila

SAPUAN TELUR:

1 biji telur

1 sudu makan susu segar

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
  2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung.  Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama  cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati.  Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
  3. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
  4. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan  3-4 cm.
  5. Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm.  Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
  6. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
  7. Enak dimakan bersama Scone oren.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI