Buah rotan antara kuih raya ‘lejen’ selalu disediakan waktu hari raya zaman mak-mak dan nenek kita dahulu. Memang penuh nostalgia kuih ni, payah nak jumpa zaman sekarang. Buah rotan ni kena tahu adunan yang betul dan ada cara gorengnya. Barulah kuihnya tak meletup-letup ketika digoreng mahupun keras ketika dimakan.
“Saje nak share air tangan mak kami. Buah rotan kami panggil.”
Bahan-bahan:
1 peket Tepung pulut (500g)
1 kotak Santan (200ml) (kami pakai santan rex itu je yang ada)
Setengah cawan Gula
Setengah sudu kecil Garam
Air (1 sukatan kotak santan yang dipakai)
Bijan putih (lenga)
Cara Membuat:
1. Santan + gula + garam + air masak atas dapur sehingga gula larut sahaja jangan lama-lama.
2. Dah larut matikan api dan biarkan sejuk dulu.
3. Ambek tepung pulut pastu masukkan bahan larut yang dah sejuk tadi sikit-sikit .
4. Uli-ulilah sampai doh jadi elok. Jangan terlalu lembik jangan terlalu keras tau.
5. Selepas itu bulat-bulatkan lah doh tu dalam bijan.
6. Selepas dah siap bulat-bulat, golek atas lenga dah boleh goreng.
7. Panaskan minyak. Guna api kecil sahaja. Api jangan besar ye. Nanti tak masak. Dalam jadi lemau tapi rupa dah hitam.
Ads
Ads
Info Penting!
Doh jangan dibiarkan kena kipas nanti dohnya keras. Kalau keras nanti bijan tak melekat. Nak bulat-bulat pun tak boleh jadi hancur.
Tapi kalau dah keras sangat nak bulat-bulat tak boleh, tambah air sikit. Sikit je tau biar dia lembut.
Bulat-bulat tu jangan besar-besar sangat sebab nanti goreng buah rotan tu dia mengembang tau.
Kalau sebelum goreng dah besar ibu jari lepas goreng nanti dua kali ganda agaknya.
Selamat Mencuba!
Mw: Jadi buah mak-mak yang suka kuih ‘lejen’, boleh cuba buat sendiri buah rotan ni di rumah. Puas hati makan.
Mi celup ini salah satu menu glamour di negeri Pantai Timur, nak dapat yang sedap meletop pun kena pergi sana.
Haa… baru anda boleh beza sendiri apa yang dari segi rasanya. Tetapi kalau nak cuba buat, anda boleh godek resepi kuah mi celup dari Puan Ieyla Adriana.
Resepi Kuah Mi Celup
Resepi untuk kuah, ini boleh dimakan dengan bihun, mee kuning, kuetiaw, maggi, nasi air.
Rebus daging (sebesar tapak tangan atau setengah kilo) atau ayam (saya guna sebelah saja ayam yang dipotong dua), rebus hingga betul-betul lembut dan masak.
Air rebusan mesti lah tenggelamkan ayam dan daging.
Setelah ayam daging masak, angkat, tos kan dan letak dalam mangkuk atau pinggan. Kalau rasa kuah nampak sedikit, boleh lah tambah air.
Kemudian masukkan 2 sup bunjut, sedikit halia, lengkuas, 1 biji bawang besar yang dibelah 4, akar daun bawang dan daun sup yang dibasuh bersih, then biarkan mendidih.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan 4 ulas bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, setelah naik bau, masukkan dalam kuah tadi (masukkan bersama-sama minyak yang menumis tadi).
Masukkan satu atau dua sudu perencah sup (optional), masukkan garam, gula (optional), serbuk perasa, kicap.
Ini resepi cara saya, maaf andai banyak yang terkurang, saya tak ada kedai. Buat makan untuk family saja.
Nota:
Lebih sedap makan bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, cili besar yg di jeruk, sayur tauge dan kangkung, cili kering yang di blend kering, cili kecil yang di blend or yang ditumbuk dan kacang tanah yang ditumbuk.
Untuk yang mahu makan kuah ini bersama Maggi dan perencah Maggi, saya sarankan buat kuah sedikit tawar untuk elakkan rasa masin bila makan nanti. Sebab perencah Maggi agak masin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya makan kuih lama, Lompang Pandan yang lemak manis dan lembut. Nak buat pun mudah, bahan-bahannya tak banyak pun. Namun nak buat kuih lompang berlekuk dalam bahagian tengah atau ‘Lesung Pipit’ yang cantik ada caranya. Pastikan sewaktu mengukus api dapur kena kuat barulah jadi.
Inilah tip dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah sebagai rujukan;
“Lompang pandan aka si lesung pipit. Ada yang suka tak kuih ni?”
Bahan-Bahan:
1½ cawan tepung beras
2 cawan air daun pandan
½ cawan gula(nk manis boleh tambah)
1 sdb tepung jagung
1 sdk air kapur
pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Blender semua bahan sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam bekas lain.
3. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
4. Acuan sapu sedikit minyak, kukus acuan dulu selama 2-3 minit.
5. Kemudian tuang adunan, kukus selama 15 minit menggunakan api besar.
Tips Ekstra!
Sewaktu dikukus pastikan penutup pengukus dibalut kain. Nak bagi lesung pipit kuih dalam macam ni api kena kuat baru jadi.
Sebenarnya ada cara yang betul untuk menyimpan sayur-sayuran yang dibeli agar ia kekal segar dan tahan lebih lama. Bukan apa, setiap sayur-sayuran ada jenisnya dan cara simpanan yang tersendiri. Barulah ia tidak mudah rosak, sekaligus mengelakkan pembaziran.
Menerusi perkongsian oleh Dr Hani Mynis, yang pernah mempunyai pengalaman bekerja di bahagian sayur dan kaunter timbang pasaraya, beliau kongsikan panduan lengkap untuk menyimpan sayur-sayuran yang beliau praktikkan.
Berikut merupakan antara perkongsian beliau sebagai panduan mak-mak semua;
Rutin mingguan : Prepping sayur
“Hani dulu pernah kerja sekejap dekat bahagian sayur dan kaunter timbang di Econsave so dari situ Hani perhatikan cara pasaraya untuk kekalkan kesegaran sayur jualan dan Hani adapt the same method in my kitchen.”
Semalam hani dah share tips nak pilih sayur kan, ni hani share cara untuk kekalkan kesegaran sayur supaya boleh tahan sekurangnya cukup untuk menu seminggu.
Beberapa #tipshanimasak2 yang penting dan perlu dibaca sebelum nak mula prepping.
1. Sayur Berdaun Masak Awal
Kalau kita teringin nak makan lauk sayur berdaun macam kangkung goreng belacan ke, pucuk manis masak lemak ke, bayam goreng ke; Masa kita planning untuk menu seminggu pastikan kita masak lauk-lauk sayur tu hari pertama atau kedua lepas shopping day. Supaya sayur berdaun still hijau dan segar. Especially pucuk manis cepat je menguning nya lagi-lagi kalau tak store properly
2.Jangan Basuh Sayur Masa Simpan
Setiap sayur jangan dibasuh! Basuh bila nak guna sahaja. Kalau nak basuh boleh, basuh dan pastikan lap kering-kering before simpan. Pastikan sayur dalam keaddan kering bila nak disimpan
3. Sediakan Bahan-Bahan Untuk Penyimpanan
Benda yang kena ada masa nak prep, paling penting tisu dapur, ziplock bag dan lots of tipuware (bonus : aluminium foil dan plastic wrap)
#Tipshanimasak2 lain utk prepping setiap sayur ada kat caption gambar
P/s : kalau ada sayur yang hani terlupa nak mention, feel free to ask
A.Jenis Sayur & Cara Penyimpanan
1.Cili (padi, merah dan hijau besar)
Masukkan dalam bekas bertutup, dilapikkan tisu kering, masukkan sebiji bawang putih (optional- hani pernah je terlupa nak letak, tahan jugak lah seminggu dua), ketahanan – 1-3 minggu.
2.Sayur berdaun (kangkung, sawi, bayam, kailan)
Lapik tisu kering dalam ziplock bag, masukkn sayur berdaun. Seal ziplock bag. Ketahanan utk kailan mungkin lama sikit (1-5hari) untuk yang lain (1-3 hari).
Simpan dalam ziplock bag yang dilapikkan tisu kering. Ketahanan 1-7hari, kecuali bendi (1-4 hari).
Dalam gambar Hani masukkan kacang peas dalam bekas pun boleh asalkan bertutup rapat; sebab kacang peas sikit je ziplock bag avaialable kat rumah besar. Jimat ziplock bag.
4.Kobis, kobis bunga
Balut dengan plastic wrap. Balut ketat-ketat gitu. Ketahanan 1-7hari.
5.Baby corn
simpan dalam bekas bertutup yng dilapik tisu kering (1-7 hari)
6.Batang saderi
Simpan dalam aluminium foil (ketahanan 1-2minggu)
7.Tomato
Simpan dalam bekas terbuka dilapikkan tisu dapur kering. Jangan ditutup sbb tomato keluarkan gas ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan (tomato kehijauan 1-2 weeks, tomato yang dah masak (1-7hari)
8.Daun-daun (kari, limau, sup, ketumbar, bawang)
Dalam bekas bertutup dilapikkan tisu kering
B.Teknik Balut dengan Plastick Wrap
Timun
Terung
C.Teknik Rendaman Dalam Air
Kunyit
Lengkuas
Halia
Serai
Lobak merah (kalau simpan mcm ni boleh tahan 1-2minggu)
Tauge (letakkan asam keping supaya elakkan tauge lebam)
Tauhu (air panas)
Rebung
Bunga kantan
Fishball (yang rebus bukan goreng) (dalam air panas)
#Tipshanimasak2 untuk halia sahaja
Bila dah rendam lama-lama dalam air bila kita keluarkan bekas dari peti ais untuk ambil halia,pastikan bekas (yang berisi halia lebih2) disimpan secept mungkin balik dlm peti, kalau 2-3 jam dibiarkan disuhu bilik dia akan lembik dan rosak. Untuk kunyit dan lengkuas takpe. Halia special sikit.
Kalau rajin boleh prep terus sayur macamni terus. Contohnya ni untuk sayur kobis goreng, tomyam sayur dan paprik. Tapi pstikan sayur yang dah dipotong macam ni digunakan dalam tempoh 4 hari gitu. Kalau lepas 4 hari, Untuk lobak mungkin tahan seminggu tapi kobis dan kobis bunga akan hitam-hitam kat tepi-tepi kobis dan kobis bunga tu.
Untuk kobis goreng tu, Hani masukkan je sebiji cili merah besar tanpa dihiris dulu takut nanti cili tu dah tak rangup masa nak masak.
Yang ni hani dah simpan 3 bulan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba tip yang dikongsikan bagi mengelakkan pembaziran akibat sayur cepat rosak berpunca daripada penyimpanan yang salah sebelum ini.
Bapa pilu peluk jenazah anak perempuan, kereta menjunam ke gaung. Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kehilangan anak perempuan berusia lima tahun selepas kenderaan...