
Open house buatlah waktu malam, cara mudah nak puasa enam berderet. Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari di bulan Syawal.
Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Open House Buatlah Waktu Malam

Namun tak nafikan di bulan Syawal ini pastinya jemputan ke rumah terbuka pasti datang ‘mencurah-curah.’ Sukar pula untuk ditolak. Kalau boleh ramai yang mahu puasa enam hari berderet atau berturutan.
Berikut perkongsian daripada pu_azman
Cik Man faham, Syawal ni banyak open house. Kadang-kadang tak sempat nak puasa. Tapi kena bertegas.
Artikel lain: Puasa Sunat Syawal, Jangan Sampai Anggap Wajib!
Walaupun tak wajib berturut-turut, tapi ikut mazhab Syafie’, lebih afdhol atau sunat berturut-turut.

Cara Mudah Nak Puasa Enam Berderet
Bagi yang mengadap open house, cara ini kita yang buat. Jadi cadangan Cik Man mungkin boleh jamu waktu malam. Cadangan sahaja. Ikut andalah macam mana.
Dalil puasa 6 Syawal.
Sabda Nabi:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang puasa Ramadhan kemudian puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadis Sohih Muslim)
Sumber kredit: pu_azman
Baca lagi: Dalam Masa 2 Hari Boleh Jadi Teruk Macam Ini! Kena Jangkitan HFMD Masa Pergi Open House Beraya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Solat Sambil Buat Siaran Langsung Di Media Sosial Kurangkan Khusyuk, Boleh Buat Solat Terbatal

Solat sambil buat siaran langsung di media sosial kurangkan khusyuk, boleh buat solat terbatal. Tular di TikTok apabila seorang wanita membuat siaran langsung ketika menunaikan solat tarawih pada hari pertama Ramadan.
Solat Sambil Buat Siaran Langsung Di Media Sosial Kurangkan Khusyuk, Boleh Buat Solat Terbatal
Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan wanita terbabit memegang telefon di sebelah tangannya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat.

Perbuatan memegang telefon ketika solat bagi membaca surah yang belum dihafal adalah dibenarkan asalkan tidak mengganggu kekhusyukan.
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, para ulama menjelaskan membaca daripada mushaf termasuk menerusi telefon dibolehkan berdasarkan amalan sebahagian ‘salaf’ yang membaca daripada mushaf ketika solat.

“Tetapi diingatkan untuk memegang telefon dengan satu tangan atau meletakkannya di tempat yang mudah dibaca adalah lebih baik daripada sering bergerak mengambil dan meletakkannya.
“Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk,” katanya bagi mengulas isu tersebut.
Mohd Sukki berkata, perbuatan membuat siaran langsung di media sosial ketika melaksanakan solat boleh mengganggu tumpuan ibadah hingga menyebabkan ia terbatal.
“Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.
Baca lagi: Wanita Lebih Afdal Solat Di Rumah, Nak Ke Masjid Ada Syaratnya
“Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan menanggalkan atau memakai semula cermin mata dalam solat pula, beliau berkata, ia tidak membatalkan jika pergerakan tidak melebihi tiga kali.
“Solat masih sah jika tiada pergerakan banyak dan tidak melibatkan interaksi dengan orang lain.
“Namun solat sambil bersiaran langsung boleh mengurangkan kekhusyukkan dan memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang adab dalam ibadah.
“Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan ALLAH, bukan untuk tontonan umum,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Rapatkan Saf Sunnah Solat Berjemaah, Ada Jemaah Meremeh-remehkan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Usia 79 Tahun, Pelakon Margaret Gan Temui Hidayah Peluk Islam

Alhamdulillah ternyata hidayah itu milik Allah diberikan kepada hambanya yang terpilih. Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, pada usia 79 tahun, pelakon veteran Margaret Gan yang sering menghiasi kaca televisyen (TV) dalam drama menyentuh hati pada era 1980-an, beroleh hidayah untuk melafazkan dua kalimah syahadah.
Pada 15 Februari lalu, dalam suasana penuh emosi, Margaret yang sudah biasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam sejak zaman persekolahan, memeluk Islam di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.
Mohd Taufik terlebih dahulu mengucapkan dua kalimah syahadah ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.
Lama Terdetik Hati Peluk Islam
Berkongsi cerita, Margaret yang manis berhijab mengaku Mohd Taufik tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk Islam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.
“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.
“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.
“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.

Anak Ajar Lafaz Syahadah
Margaret berkata, Taufik mengajarnya melafazkan syahadah dan merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.
“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.
“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.
Biasa Amalkan Cara Hidup Islam
Margaret yang dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.
Ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk Islam, Margaret tidak menghalang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.
Margaret menasihati Taufik agar tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana menyedari ada ramai saudara-mara yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam sebaik-baiknya selepas melafazkan syahadah.
“Saya tidak halang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.
“Walaupun anak sudah memeluk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.
“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.
“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersolat dan mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tidak sukar untuk saya melafazkan syahadah,” katanya.

Galakkan Berlakon Pakai Hijab
Berkongsi mengenai penampilan yang kini bertudung, pelakon filem 29 Februari itu berkata, Taufik menggalakkan agar dirinya berhijab.
“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tidak, dia tidak galakkan saya berlakon tanpa memakai hijab.
“Saya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berhijab.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.
Nama sebenar, Gane Ee Kek dan memulakan karier lakonan secara tidak sengaja pada usia lewat 20-an apabila sebuah syarikat produksi mencari pelakon berbangsa Cina.
Drama pertama lakonan adalah Kemarau Di Hujung Daun sebagai pelakon tambahan. Ini disusuli Dengan Keringat Aku Ingat dengan peranan lebih besar.
Baca Lagi Di Sini:
Genap 6 Tahun Stacy Peluk Islam Akui Akim Jentik Hati “Bercerita Keindahan Islam Secara Santai, Tidak Terlalu Berat”
Gadis Mualaf Ini Pakai Tudung & Tutup Aurat Sebelum Peluk Islam Lagi, Rasa Selesa & Selamat
Terpaksa Menguris Hati Ibu dan Memilih Islam, Kini Nur Amira Bersyukur Diberi Hidayah
Mingguan Wanita: Alhamdulillah di atas penghijrahan dan pengislaman ini. Ternyata hidayah itu milik Allah diberikan pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Sumber: Bharian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sedekah Subuh, Rutinkan Setiap Hari Secara Istiqamah, Niat & Doa, Inilah Waktu Mustajabnya

Selalu kita dengar ungkapan tentang sedekah subuh dan minta diamalkan setiap hari. Apa kaitannya sehingga sering disebut-sebut dan perlu lakukan secara istiqamah pada waktu ini.
Sedangkan waktu subuh inilah ada sesetengah kita yang masih lagi berselimut di atas katil Tak kurang juga yang amalkan bersedekah pada hari-hari tertentu untuk mengambil berkatnya.
Bagaimana boleh dikatakan sedekah subuh perlu dilakukan secara istiqamah. Mungkin ramai yang tidak sedah dengan amalkan setiap hari, rezeki kita makin mencurah-curah.
Begitu juga selalu kita dengar, bangun awal pagi, masa inilah pintu rezeki akan terbuka luas. Malah, tak perlu takut tak duit hanya kerana ingin bersedekah.
Sedekah subuh bila dilakukan rutin dan secara istiqamah, walaupun dengan hanya RM1, ia boleh memberi sejuta kebaikan. Di inilah, doa malaikat untuk kita. Malah, ada berbagai rahmat untuk kita tanpa sedar.
Inilah yang dikongsikan oleh Ahliya Fariza tentang apa yang dikatakan sedekah subuh secara istiqamah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”
Adab Bersedekah, Menerima Sedekah, Ada Caranya Nak Doakan Pemberi Dan Penerimanya
Info Lebih Menarik DI SINI
Sentiasa Istiqamah Dengan Niat Dan Doa
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah pada waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasulullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”
Sediakan satu tabung di rumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”
“Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku”
“Ya Allah, denganberkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh-contohnya..
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah-sedekah itu kepada anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.
Yang solat subuhnya di surau atau masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqamah di situ dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.
Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.
Ibnu Hashim
Mingguan Wanita : Bila dah terbiasa, kita akan rasa ralat bila tak lakukan walaupun sehari. Moga kita dapat keberkatan dari sedekah subuh ini.
Sumber: جلوىء اهليا فاريز
Baca Artikel Menarik Lain DI SINI: Bila Rasa Malas, Susah Hati, BERSEDEKAHLAH, Itu Amalan Yang Paling Senang Dan Tenang
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

