Neelofa & suami selesa tak tunjuk wajah anak secara terang-terangan dalam media sosial. Pasangan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz akui mereka selesa tidak memparkan wajah anak kedua secara terang-terangan menerusi media sosial.
Neelofa & Suami Selesa Tak Tunjuk Wajah Anak
Sewaktu ditemubual di majlis pelancaran kedai pertama Nunha Store baru-baru ini Neelofa akui dirinya sudah selesa tak tunjuk gambar anak secara terbuka di medium sosial.
“Saya lebih selesa tak tunjuk dan sukakan begitu. Macam Muhammad Bilal, orang sudah tengok, tapi saya tetap ‘blur’ wajahnya,” ungkap ibu kepada dua cahaya mata itu.
Manakal PU Riz pula menerangkan dirinya tidak menghalang orang ramai melihat wajah anak-anaknya, malah sudah ramai yang melihat mereka.
“Cepat masa berlalu, Abdullah Abbas sudah berusia setahun. Macam mana pun kami akan hantar ke sekolah. Sekarang pun sudah ramai orang melihat Abdullah Abbas, cuma kami tak nak tonjolkanya,” luahnya.
Suka Masak Sendiri Untuk Anak-Anak
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 telah dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.
“Suami suka anak-anak menjamah makanan dibuat di rumah sendiri, jadi saya elak beri makanan diproses. Saya buat sendiri di rumah.
“Saya suka memasak, tapi tidaklah memasak setiap hari. Alhamdulillah, ada sebab yang baik untuk bangun pagi, buat sarapan.
“Saya pun ada cakap pada suami, saya mahu luangkan masa di rumah sebab ia adalah ‘dream job’ saya nak jadi suri rumah dan ibu sepenuh masa untuk anak-anak.
“Seperti bisnes Nunha ini pun kami sedang mencari orang boleh ambil alih bahagian saya. Sebab saya nak duduk di rumah sahaja. Saya seorang ibu yang ‘hands on’. Walaupun ada pembantu, tapi saya tetap mandikan anak, memasak dan sebagainya,” ungkap Neelofa.
Ads
Buka Nunha Store Di My Town, Kuala Lumpur
Pasangan selebriti ini juga baru saja merasmikan kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Neelofa berkata, pembukaan kedai yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu sebagai hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.
“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.
“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian,” katanya.
Rancang Buka Di Kelantan
Sementara itu, PU Riz berkongsi mereka dalam perancangan untuk membuka cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
“Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.
Ads
“Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya.
Menurutnya, The Kaabah yang juga produk audio mengandungi zikir dan doa sedang menanti kelulusan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Apa yang istimewanya The Kaabah ini adalah saya dan Neelofa sendiri yang rekod suara dan masukkan ke dalam produk terbabit. Ia pun sudah disemak oleh pihak JAKIM dan kami sedang tunggu kelulusan.
“Neelofa baca maksud dan terjemahan Al-Quran dan 33 zikir pagi pula dibacakan oleh saya. Ia mudah dibawa ke mana-mana seperti ke dapur, kereta dan sebagainya,” katanya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kemanisan Ramadan, hamil cahaya mata sulung. Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang bakal bergelar ibu.
Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, menerusi akaun Instagramnya berkongsi perkhabaran gembira tersebut.
Malah berita tersebut cukup bermakna buat dirinya dan suami Raja Syahiran.
Kemanisan Ramadan, Hamil Cahaya Mata Sulung
Pasangan yang melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu turut menyifatkan Ramadan kali ini begitu bermakna apatah lagi tahun ini merupakan pertama kali menyambutanya sebagai pasangan suami isteri.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina.
“Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibubapa.
“Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini. Aamiinnn Ya Allah,” tulis Uyaina.
Doakan Kesihatan Diri & Bayi Dalam Kandungan
Uyaina juga memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti.
“Semoga segala urusan dipermudahkan.
“Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin,” ungkap Uyaina.
Tak Percaya Bakal Jadi Ibu & Ayah
“Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina..
“InshaaAllah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.. We are pregnant! Syukur pada-Mu Ya Allah.
“Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” kongsi Uyaina.
Nak buat ikan rebus ada pelbagai cara. Ikan rebus ni sedap digoreng, dibuat sambal atau dimakan begitu sahaja. Namun Ikan rebus versi Kelantan v/s Thailand ada caranya. Memang mudah, masukkan sahaja semua bahan-bahan dan rebus dengan api perlahan sehingga hampir kering.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Vi Ibi Haji Ariffin ini sebagai rujukan;
Ikan rebus cara Kelantan v/s Thailand. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan. Goreng pun sedap, makan macam tu je pun sedap. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan je. Bolehlah stok untuk 3 atau 4 hari.
Bahan-Bahan:
1kg Ikan selayang/tongkol/Sardin pun boleh
Segenggam Garam kasar
Segenggam Asam keping
2 keping Gula nise/gula melaka
4 batang Serai
Daun limau purut
Lengkuas hiris
Bawang putih tumbuk kasar
Air separas ikan
Cara Membuat:
Rebus semua bahan sekali. Rebus dengan api perlahan hingga hampir kering. Walaupun gula 2 keping tapi insyaAllah tak jadi pengat.
Kalau buat banyak boleh simpan dalam peti. Nak makan baru goreng.
Katanya Rumah 100 Masjid atau lebih dikenali dengan nama Darwish Salamah Museum ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan warga asing yang melawat Jeddah, Arab Saudi.
Masnira Ramli dan keluarganya menetap di Makkah kerana suaminya bekerja di sana. Suri rumah ini tidak bekerja dan aktif sebagai penulis sambilan. Peluang bercuti seketika di Jeddah telah membawa dia dan keluarga melawat kawasan menarik di sana.
Rumah 100 masjid adalah salah satu tempat yang sempat mereka lawati dalam masa singkat. Ikuti perkongsian ringkasnya ini.
Khas buat kalian belum pernah lagi melawat Jeddah boleh melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Masnira ini.
Rumah 100 masjid, Darwish Salamah Museum
Dapat notis 40 minit sahaja sebelum pergi! Kebetulan sedang perah otak memikirkan ke mana nak bawa anak-anak pada petang hari minggu yang indah ini. Kawan mesej ajak pergi melihat rumah unik dengan pelbagai miniature binaan masjid dan bangunan tradisional arab di Jeddah. Makanya kita pun terus bersiap dan bergerak!
Rumah yang indah ini kepunyaan pesara tentera udara yang bernama Darwish Al Salama. Seluruh halaman rumahnya dipenuhi dengan model bangunan dari dunia arab.
Contohnya pelbagai binaan masjid, replika stesen kereta api Madinah yang terkenal dari zaman Uthmaniyyah, replika Madain Saleh dan pelbagai lagi.
Atas usaha dan kerja tangan beliau sendiri, halaman rumah ini dilapisi dengan jubin seramik dan konkrit. Lihat gambar dan video terbukti ianya sangat unik,kemas dan cantik hasil tangannya! Menjadi tumpuan untuk bergambar dan mengabadikan kenangan. Khabarnya hasil rekabentuk ini mampu bertahan sehingga 100 tahun lamanya.
Oleh kerana telah menjadi tumpuan, rumah ini dibuka kepada pengunjung dengan bayaran 25sr seorang. Dibuka setiap hari dari pukul 4 hingga 6 petang sahaja.
Kemudian, kami ke Museum Al tayibat yang terlalu indah senibina nya. Hanya 15 minit perjalanan dari rumah 100 masjid ini. Malangnya ketika kami sampai museum ini tutup. Kena ulang pergi lain kali InsyaAllah.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.