
Neelofa sentiasa pelajari ilmu baru lepas berkahwin. Dalam menjalani kehidupan ini kita pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah, cubaan, rintangan dan ujian.
Namun, bagi mereka yang mempunyai prinsip hidup secara jelas, segala ujian yang menimpa itu akan dihadapi dengan tenang berkat pegangan hidupnya yang betul.
Prinsip yang betul inilah yang kita harapkan dalam kehidupan berumahtangga. Dalam sejarah banyak dinyatakan kisah rumah tangga mereka yang berjaya melayarinya dengan cemerlang di sebalik segala ujian dan rintangan yang dihadapi.
Neelofa Sentiasa Pelajari Ilmu Baru Lepas Berkahwin
Dalam melayari perkahwinan semestinya banyak dugaan yang melanda. Namun selebriti dan usahawan berjaya Noor Neelofa akui kehidupannya bertambah manis selepas dikurniakan cahaya mata.
Malah Neelofa juga percaya doa orang ramai adalah antara kunci kekukuhan sebuah rumah tangga.
“Sudah tentu setiap yang berkahwin mahu kekal sampai bila-bila.
“Jadi, benda paling berharga untuk pasangan suami isteri adalah doa orang ramai.
“Rumah tangga mana tak mencabar, tetapi bila ada doa orang yang tidak dikenali ia membantu menguatkan.
“Alhamdulillah, biarpun baru setahun jagung, banyak yang saya dan suami belajar. Saya boleh cakap, tak banyak ilmu saya ada sebelum kahwin, hanya peroleh selepas berkahwin,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Neelofa dan Haris berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. Neelofa yang kini sedang sarat mengandung anak kedua turut mengakui kehidupan bertambah bahagia apabila hadirnya cahaya mata.
“Kemanisan berumah tangga adalah bila kita berkongsi kebahagiaan, dikurniakan cahaya mata.
“Banyak benda kami tak pernah rasa, namun terubat dan mudah bila ada anak serta berkeluarga,” ujarnya.
Baca Disini : Neelofa Berterima Kasih Suami Hadiahkan Gelang Tangan “MasyaAllah, Selalu Cuba Untuk Bahagiakan Isterinya”

Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Neelofa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Virus Terus Serang Otak Dan Paru-paru, Akhirnya Anak Kecil Itu Pergi Buat Selama-lamanya

Isi Kandungan
ToggleSebak membaca perkongsian luahan daripada seorang ayahnya apabila anak kecilnya berusia 4 tahun sudah pergi buat selama-lamanya akibat virus serang otak dan paru-paru tanpa diduga. Sudah ajalnya, walau mak ayah ini sudah usaha sebaik mungkin untuk selamatkan adik Fayyadh.
Ikuti perkongsian daripada seorang ayah, Muhammad Fahdli Hj Kamil pengalaman yang agak pilukan hati tetapi mak ayah di luar sana boleh bertindak awal andai kata anak ada tanda-tanda seperti yang nyatakan…
Sebelum Tahu Virus Serang Otak Anaknya
Assalamualaikum Semua Sahabat, Ahli Syurga. Minta Maaf lambat update… terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang hadir di masjid dan tanah perkuburan tempoh hari dan juga pada geng yang telah mendoakan kami sekeluarga.
Jasa anda memang tak dapat kami balas dengan kata-kata. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Aamiiiin…
Anak saya Muhammad ‘Aisy Fayyadh boleh saya katakan seorang anak yang baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata, dan pandai berdikari. Dia baru je masuk sekolah tadika Pasti 4 tahun, selama 3 minggu ni.
Punca virus yang menyerang otak dia masih lagi dalam siasatan doktor. Nama penyakit dia dikenali sebagai Meningitis with Shock Bronchopnemonia.
Sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di peparu. Virus tu merebak dari otak ke paru-paru dan terus ke jantung dengan sekejapan.
Pada mulanya dia mengadu sakit perut pada jumaat (19/01/18) malam dan start muntah-muntah pada hari Sabtu, dia jadi tak larat nak makan dan minum, berpanjangan sehingga ke hari Ahad. Tetapi hari Ahad muntah dia dah berkurangan. Maybe sebab tak ada makann lagi yang nak dimuntahkan.
Tip Kalau Berlaku Pada Anak
If berlaku pada kanak-kanak, muntah-muntah yang berpanjangan, tapi tak cirit birit, ada something wrong pada nerve system, which is sangat berbahaya dan kene terus jumpa doctor pakar kanak-kanak.
Kami sangka dia hampir pulih disebabkan kami telah pergi ke klinik pada sabtu malam. Doktor bagitahu cuma demam biasa dan perut dah masuk angin. Kami bagi dia ubat yang kami dapat di Klinik tadi seperti biasa.
Pada hari tu dia cuba untuk tidur, tapi asik terkejut dan tersentak-sentak semasa tido dan kemudian mata dia terbeliak tiba-tiba. Perkara ni berulang berkali-kali sehingga dia tak dapat tidur dengan nyenyak.
Percakapan dia pun jadi macam laju-laju. Jalan pun dah tak stabil dan tak larat. Dan mengigil-gigil. Kami sangkakan dia dehydrated disebabkan tidak mahu makan dan minum.
Jadi pada ahad malam kami bawa dia ke Hospital Serdang untuk terima rawatan “drip air”, sebab nak kembalikan dia punya kandungan air seperti normal.
Dalam pada itu, isteri saya menyedari mata dia x inline (jadi juling) dan tak larat nak berjalan sendiri. Dia jadi lemah. Kejadian ni mula berlaku semasa dia terima “drip air” tersebut.
Then, doktor sahkan dia tak ada apa-apa, cuma demam biasa berdasarkan result darahnya. Doctor sahkan yang mata juling dan tidur tersentak-sentak itu adalah perkara biasa semasa demam dan akan elok kembali bila dah tak demam.
Jadi kitorang pun baliklah ke rumah seperti biasa. Lega rasa hati sebab tak benda serious berlaku. Kitorang sampai rumah lebih kurang jam 3 pagi.
Seperti petang tadi, Fayyadh memang tak dapat nak tidur dengan baik.
Sesuatu Yang Tak Disangka-sangka Berlaku
Tapi tiba-tiba, pernafasan dia jadi laju. Kami memang dah tak sedap hati terus teringat yang doc kat HBKL memang terbaik untuk kanak-kanak. Terus kitorang shoot pergi HBKL.
Sampai HBKL jam 5 lebih pagi. Setelah smpi HBKL, condition Fayyadh makin teruk, dia memang tak dapat jalan langsung dan muntah-muntah lagi.
Bila didokong, dia rasa macam nak jatuh dan gayat, mata dia masih lagi juling. Tapi dia masih lagi boleh bercakap dengan kitorang, tapi dengan sebutan yang pantas. Bila dah masuk ke zon merah, doc sahkan virus dah serang otak dia.
Kemudian kami diminta untuk keluar sebentr sebab nak beri fokus pada team doctor merawat dia. Masa tu doc kata nak tidurkan dia bagi dia tenang. Rasa bersyukur sebab maybe Fayyadh sempat untuk pulih seperti biasa. Namun keadaan jadi lagi tegang bila doc panggil kami semula untuk tengok dia.
Saat Getir
Rupa-rupanya dia dah masuk ke bilik khas untuk buat CPR. Doktor bagitahu denyutan jantung dia lemah, perlu buat CPR. Hanya Allah sahaja lah tahu mcm mana perasaan kami..
Aku terus call ibu ku untuk mohon doakan Fayyadh. Waktu ni dah jam 8 pagi..
Prosedur biasa, doc akan buat CPR selama 30min shj, then dorang akan stop, kalau denyutan jantung masih x berubah, dan dorang memang dah tak boleh nak buat apa-apa lagi.
Lebih kurang jam 8:40pg, doc panggil kami untuk berbincang dalam 1 bilik. Mereka kata Fayyadh ye jantung memang dah betul-betul lemah. Tapi aku request utk sambug lagi buat CPR, sebab saya tahu anak saya tu kuat..
Sepanjang doc buat CPR bergilir-gilir dalam bilik kecemasan tu, kami tak henti doakan dia. Memang kami berada dalam bilik tu utk menemani dia. Macam-macam yang kami cakap dengan dia untuk beri semangat padanya.
Alhamdulillah dapat semula degupan jantung Fayyadh. Masa ni lebih kurang dalam jam 9 pagi. Jadi, Fayyadh akan transfer ke ICU untuk dptkn rawatan lanjut. Keadaan dia time ni masih lagi kritikal. Atas doa semua, Fayyadh pny jantung alhamdulillah dpt berdegup semula. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Ada yang mak aku beritahu, rakan ye di Jordon pun turut mendoakan.
Masa ni dah ramai ahli keluarga kami smpi di wad kecemasan tersebut selepas hmpir 2 jam, semasa pemindahan katil ke ICU, tiba2 denyutan jantung Fayyadh mulai slow. Doc buat CPR kali ke2 selama 30min, akhirnya denyutan jantung dia tetap lemah.
Tepat jam 11:41am, 22/01/2018, Doc stop buat CPR. AllahuAkbar.. Fayyadh tak dapat diselamatkan lagi. Papa dan Mama pon memang dah tak sanggup lihat Fayyadh kene push dada tu kuat-kuat.
Sepanjang dia berada di zon merah, kami berdua memang sentiasa teman kan dia dan berbisik pada dia. Fayyadh, papa n mama ade kat tepi Fayyadh ni, Fayyadh buatlah suka hati Fayyadh nak macam mana k.. Papa n Mama ok jer.
Anak Itu Pergi…
Fayyadh dah pandai mengucap, tapi kami tetap berbisik pada dia kalimah Allah dan Rasullullah dan didengrkn dgn suroh Yassin sepanjang dlm bilik kecemasan tu..
tp Fayyadh telah memilih untuk pergi meninggalkan kami semua….
“Ya Allah ya tuhanku… aku memohon pada Mu, kuatkan lah hati aku dan isteri utk menerima dugaan ini. Engkau sahaja lah tempat kami bergantung dan ke Engkau lah kami kembali”
Terima kasih banyak pada semua yang dah mendoakan kami dan terima kasih tak terhingga kepada semua doktor yang terlibat.
Ada doktor yang tak tahan sebak, mengalirkan air mata. Sungguh besar jasa kalian yang cuba menyelamatkan anak syurga ni.
Tak terbalas jasa kalian… semoga kalian juga ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman kelak.
● Doctor Aliyaa
● Doctor Sangeeta
● Doctor Zarif
● Doctor Shafinaz
● Bro Shafiq
● Doctor Wong Yee Min
● dan ade lg 3~4org yg belum detect lagi nama mereka
Fayyadh tggu kami kat depan pintu syurga nanti k, insyaAllah nanti Fayyadh datang pickup Papa dan Mama k, tak puas lagi kami utk menjaga dan membesarkan Fayyadh… banyak dan besar harapan kami utk Fayyadh di dunia fana ni..
Minggu lepas dia ade bgtahu mama dia dalam kete, “Fayyadh nak masuk Syurga sorang-sorang. Fayyadh masuk Syurga dulu. Papa, Mama, Adik jgn masuk lagi”
Masa malam yang dia muntah kat hospital Serdang tu, Mama dan Fayyadh ke toilet utk bersihkan diri. Mama letak Fayyadh kat atas singki, tp Fayyadh mcm gayat nak jatuh, jadi Fayyadh peluk Mama erat. Dalam pada tu Mama tanya Fayyadh..
“Fayyadh, ni nanti, Mama, Papa, Doctor akan tolong pulihkan Fayyadh, tp sape yg 1st skali akan tolong Fayyadh?”
Dengan tak larat tu Fayyadh gagah untuk menjawab,
“Allah…”
AllahuAkbar…. walau sakit macam tu, tengah berlawan dengan sakit, dia tetap boleh jawab dengan baik.
Memang terkesan sesangat kehilangan dia… sebab dia bdk yg keletah, setiap gerak geri dia, ape yg dia lakukan semua tertggl dlm ingtan memory family dia dan org2 yg pernah jumpa dia..
dia mmg seorang insan yg istimewa dan terpilih..
Sangat merindui suara dia, “boleh papa??? bolehlah…” bila dia nak minta sesuatu atau nak pergi ke mana2…

Bila aku hantar dia ke sekolah, tak turun lagi dari moto di cakap “salam papa.. janji… cap… sayaannggg papa…” dia peluk aku. Setiap kali perpisahan aku dan dia, dia akan buat macam ni.
Tapi Fayyadh tingglkan Papa, tak sempat Papa nak buat mcm ni kat Fayyadh..
Cukup merindui suara dia minta susu “Papa nak shushu, Papa nak shushu..” tp aku time tu sibuk dgn handphone, tak hiraukan dia. Terkilan sgt rasa…
Teringat dia, bila pergi kedai je, dia nampak roti coklat, siap-siap dia letak kat atas table cashier.
Bila Fayyadh nampak papa beli or makan coklat, Fayyadh datang ke Papa tersipu-sipu.
Pastu cakap, “Papa, nak one jer.. eh silap-silap.. nak two jerr. Bolehlah Papa.. nak two jer…” sebab Mama dia memang tak bagi dia makan coklat-coklat ni sangat. Papa je yang bagi.. Dia memang pandai nak ambil peluang ni.. dgn Papa jelah dia dapat.
Bila dia dengar azan je, dia cakap dgn mama dia “mama dah azan, solatlah..”
Kalau sempat aku balik rumah sblm maghrib, aku bagitahu dia, “Yadh jom g surau cepat, kalau tak nanti Papa tggl” cepat-cepat dia kelam kabut tanya Mama dia “Mama cpt lah Mama, jubah mana, jubah mana…”
Bila aku dan Aida macam sama-sama bincang tentang sesuatu yang tak sependapat, tiba-tiba dia datang “Jangan gaduhlah, Mama, Papa…”
Padahal bertegang cite pasal iphone dan samsung.
Dari Fayyadh tak tahu cara nak bukak TV dalam car, sampilah dah diajar cara nak play cerita Doraemon kesukaan dia tu sendiri.
Cerita Movie pemergian Doraemon dari hidup Nobita.
Jadi, bila masuk dalam kereta je, dia terus bukak untuk tontonan dia dan adik.
Tapi sekarang Fayyadh tak ada kami asik terasa je yang Fayyadh hadir, sedang tengok cerita Doraemon tu kat belakang sambil gelak-gelak.
Tapi Allah lebih menyayangi dia, dan Allah adalah sebaik perancang. Pasti ada hikmah disebalik kejadian ni. Aku sangat bersyukur dengan Anugerah ni ya Allah.
Terima kasih kerana telah meminjamkan kami anak syurga ini selama 3thn, 5bulan, 2hari.
Selalu dia cakap, “untunglah Mama, untunglah Papa” Fayyadh lagi untunglah Fayyadh.
Fayyadh dah berada kat taman-taman syurga dah.
Anugerah Terindah.
Muhammad ‘Aisy Fayyadh Bin Muhammad Fahdli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amaran WHO, Kena Terima Hakikat COVID-19 Tak Akan HILANG

Isi Kandungan
ToggleAgak membimbangkan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada Rabu, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya.
Ketika beberapa negara di seluruh dunia mulai secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan masing-masing untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19, WHO mengatakan ia mungkin tidak akan dihapuskan sepenuhnya.
Jangkiti 4.2 Juta Orang
Virus ini kali pertama muncul di Wuhan, China akhir tahun lalu dan kini sudah menjangkiti lebih daripada 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.
“Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.
“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.
“Seperti jangkitan HIV tidak hilang – tetapi kita telah mengatasi virus ini,” katanya pada sidang media maya di Geneva. Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu,” kata Ryan.
Setiap Negara Kena Berwaspada
Justeru, WHO memberi amaran bahawa tidak ada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.

“Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.
“Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahan tertinggi,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
MW:Apa yang penting dalam situasi sekarang setiap orang kena mainkan peranan. Biasakan dengan norma baru jaga kebersihan diri, pakai topeng muka, jaga penjarakan sosial, duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu.
Sumber:Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doh Keropok Lekor Buat Sendiri Memang Lembut, Tapi Inilah Yang Jadikannya Sedap & Rasa Manis Ikan

Isi Kandungan
ToggleSalah satu rahsia nak jadikan keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak. Tapi kalau beli di kedai, jumlah ikan tu dah ditentukan oleh tuan kedai. Resipi keropok lekor homemade ini mudah saja sebenarnya, paling penting isi ikannya banyak.
Cik Puan Nurul Huda Anas kita ini anak jati Terengganu. Kiranya keropok lekor dah jadi menu wajib orang Terengganu. Memandangkan ketika ini, dia tinggal di Melaka, agak payah nak cari keropok lekor yang rasa ikan.
“Yang ada pun rasa tepung, bukan ikan.” Inilah sebabnya Cik Puan kita ini buat sendiri. Nak makan pun tak was-was.
Bahan-bahan
1 mangkuk/ 1kg ikan kembung/selayang (ikan sardin) ambil isinya saja, buang kulit nipis & tulang
1/2 mangkuk tepung ubi/sagu (tepung biar sama banyak dengan ikan)
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk perasa (ajinamoto)
Cara Membuat
1. Tumbuk isi ikan sampai halus guna lesung. Kalau nak kisar pakai pengisar boleh juga tapi lebih sedap pakai lesung. Nota: Jika guna pengisar, tambah sesudu air untuk mudahkan proses mengisar.
2. Gaul semua bahan kering; tepung dengan serbuk perasa & garam.
3. Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh.
4. Ambil sedikit doh, kepalkan kecil-kecil.
5. Taburkan tepung atas papan atau dulang, supaya semasa menggentel doh tak melekat.Nota: Doh memang akan lembut sikit tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut dan sedap. Barulah ada rasa manis-manis ikan.
6. Kemudian gentel doh kecil tadi panjang-panjang. Nota: Ikut cita rasa bentuknya sama ada nak panjang atau bulat.
7. Didihkan air dalam periuk.

8. Rebuskan doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak. Nota: Doh yang dah masak akan timbul ke permukaan.
9. Angkat dan toskan airnya.
Nota Tambahan
Bagi yang tak suka direbus. Anda boleh terus menggoreng sebaik siap menggentel. Pastikan keropok tenggelam dalam minyak.
Sentiasa balik-balikkan keropok, api pula jangan kuat takut hangit.
Bila keropok dah kembang bolehlah angkat dan hidang dengan sos pencecah.
Cara Nak Simpan Dalam Peti Sejuk
Keropok lekor yang dah direbus dan separuh goreng, boleh disimpan beku. Bila nak makan boleh dipanaskan bila-bila masa yang anda mahu.
Sumber/Foto: FB Yuyu Al-Huda via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI