Masalah dalaman sesebuah keluarga diuji dengan giliran siapa nak menjaga mak ayah uzur yang kadang meninggalkan parut dalam hubungan adik beradik disebabkan saling tunding jari sampai dendam itu pun diwarisi.
Kalau bukan kerana takut kepada Allah ramai yang patah semangat mengambil tanggungjawab berat ini. Tapi sebab sentiasa teringat dengan ancaman keras terhadap anak yang derhaka membuat kita sentiasa bermuhasabah:
“Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya (sebarang perkataan kasar) Uh.. dan janganlah kamu menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’ ayat: 23)
Cabaran-cabaran yang biasa dihadapi anak-anak yang menjaga ibu bapa dan mertua adalah:
GILIRAN JAGA
Ada kalanya ibu bapa hanya mahu tinggal di rumah anak yang dirasakan lebih ‘kaya masa’ daripada kaya harta bukan kerana ibu bapa kita pilih kasih tapi normal bagi orang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian.
Tolonglah anak-anak… bukan bermakna yang kaya tak baik melayan ibu bapanya bahkan sesetengah keadaan orang tua suka memuji anak-anaknya yang berduit kerana mereka lebih bermurah hati menolong keluarga. Bukan pula menidakkan kasih anak yang tak berapa kaya harta, biasanya anak yang kaya hati paling disayangi. Hanya malang bagi anak yang sudahlah tak kaya harta hatinya pun miskin, tak beradab pula dengan orang tua!
Ads
Sudahlah tak mahu menjaga ibu bapa atau mentua dengan alasan kerja di pejabat membebankan semasa cuti pun tak rasa berdosa pergi melancong, lalu bila lagi mahu menjaga ibu? Padahal Allah lebih suka seorang hamba menangguhkan jihad semata-mata mahu menjaga ibu bapa, inikan mahu bercuti saja tanpa ingat tanggungjawabnya?
Rasulullah s.a.w bersabda: Abdullah bin Umar berkata: Saya telah bertanya kepada nabi s.a.w: “Apakah perbuatan yang dicintai Allah? Lalu baginda s.a.w bersabda: Solat pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda bersabda: berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya: Apalagi? Baginda s.a.w bersabda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
MAMPU ATAU TIDAK
Masalah pilihan dan pergiliran hendaklah mengikut kemampuan dan kata sepakat bersama, janganlah sampai lepas tangan tak pedulikan ibu bapa dan mentua yang uzur disebabkan berasa saudaranya lebih mampu daripada kita. Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati.
Ads
LAYAN EMOSI
Kalau tak mampu dari segi harta, cuba mampukan diri meluangkan masa atau menyumbangkan tenaga menjaga mereka, cara itu tak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Cuba isi kekosongan hati ibu dan ayah dengan gurauan dan pandai-pandailah mengambil hati saudara kita yang sudah bersusah payah menjaga mereka.
Jangan disalah tafsir kadang-kadang ibu bapa mengadu tentang layanan buruk yang diterima, jangan sesekali kita terbawa emosi tanpa usul periksa, bukan disebabkan tak percaya dengan aduan ibu bapa kita tapi mungkin mereka menyalah tafsir layanan anak menantu yang tinggal sebumbung itu.
Ya, hati memang mudah terluka, sedih dan terasa jika usia dan hormon semakin berubah. Kita perlu belajar psikologi orang tua yang tak sama dengan orang muda, oleh itu kesabaran amat bernilai dalam hubungan kekeluargaan sebegini.
Ads
MAK AYAH ATAU MENTUA?
Perkara paling sulit dilalui seorang anak adalah apabila terpaksa menghadapi dilema, siapa yang sepatutnya ditaati dan diikut apakah ibu bapa atau mentua? Di sebalik isu ‘menyebelahi siapa’ eloklah disuburkan suasana rundingan yang saling menghormati antara ibu bapa dan mentua.
Tak mustahil jika semua sepakat duduk dalam meja rundingan yang tiada siapa dilebihkan dari yang lain lama kelamaan proses adaptasi antara ibu bapa dan mertua akan berjalan dengan mudah.
Tak bermakna segala yang orang tua cakap adalah betul dan tak boleh disanggah sama sekali, bahkan agama kita mengajar untuk memberi setiap orang haknya, agama kita bukan otoritet! Hanya saja cara penyampaian yang mesti dielokkan sehalus mungkin dalam meluahkan bangkangan terhadap suatu isu yang melibatkan orang tua dan mentua.
Selagi mana orang tua dan mentua menjadi prioriti utama selayaknya anda mendapat penjagaan yang sempurna dari Allah SWT. Menjaga mereka adalah ibadat yang kedudukannya nombor dua terbaik selepas tauhid dan memelihara mereka diutamakan daripada jihad di jalan Allah. Adakah kita masih memberi alasan tak munasabah di hadapan Allah nanti?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak yang kental jiwa nak usahakan beri penyusuan ekskusif buat bayinya, artikel ini amat-amat membantu anda. Pakar Laktasi dan pengasas Eve Love, Dr Shahirah Hassan berkongsi mengapa ‘cup feeding’ ini amat penting untuk elakkan bayi keliru puting.
Penting sebenarnya penggunaan ‘cup feeding’ ini. Salah satunya dapat elakkan penggunaan botol. Yang mana ia boleh membuatkan bayi jadi keliru puting. Dan akhirnya ibu gagal memberikan susu eksklusif kepada bayinya sampailah usianya 2 tahun.
Eh.. Kenapa Nak Leceh-Leceh ‘Cup Feeding’, Botolkan Ada
Mak ayah semua pernah dengar tentang ‘Cup Feeding’?
Agar mak ayah lebih faham, Dr Shahirah berkongsi video ‘cup feeding’ yang diambil semasa home visit di rumah kliennya.
“Video kami share dengan izin ibu bapa bayi.”
Antara perkara yang dibincang & praktik kan adalah posisi & teknik pelekapan, pengendalian susu perahan & juga CUP FEEDING.
Cup feeding ini adalah salah satu teknik untuk beri susu perahan selain menggunakan botol, picagari atau sudu.
Ya, memang proses CUP FEEDING ini lebih perlahan dan memerlukan kesabaran berbanding dengan penggunaan botol atau cara lain. TETAPI, yang istimewa tentang CUP FEEDING adalah:
1. Baby kurang risiko keliru puting kerana sewaktu CUP FEED, cara yang selamat adalah posisi bayi almost UPRIGHT, beri perlahan-lahan dan elok pause sekali- sekala. Lebih kurang seperti breastfeeding, baby kena usaha sendiri untuk dapatkan susu.
2. Ini berbeza dari pemberian menggunakan botol di mana flow agak laju , no pause, dan agak mudah kita “overfeed” dengan cara ini.
3. Melalui cup feeding, kita tidak tuangkan susu ke mulut bayi, malah BAYI MENCARI DAN menjilat susu ibu sendiri. In other words, baby have to work for it.
Cuba Ibu Perhatikan..
So, lepas I cerita panjang lebar, rasanya teknik mana yang lebih similar to breastfeeding (penyusuan ibu)? CUP FEED or Bottle Feed?
Ingat ya Mummies, jika boleh elakkan bottles the first few weeks of life, please do so. Nanti Mummies yang susah kalau baby reject breast!
P/S: Sweet je kan Mak Ayah dalam video ni, sambil practise cup feed, they TALK TO BABY. Interacting with your baby pun penting tau for baby’s development!
Masuk bilik dah lama, tetapi rupanya anak-anak tetap masih tak tidur awal! Allah, sudahlah esoknya anak-anak sekolah dan mak ayah nak keluar mencari rezeki. Maka jenuhlah mak ayah pujuk anak untuk pejam mata awal.
Tak pelik pun masalah normal bila anak sudah tidur petang dan malamnya lambat tidur. Kalau ikutkan semua mak ayah idamkan anak yang soleh dan solehah, lembut hati, rajin belajar dan juga taat kepada Allah. Panggil atau suruh sekali je, anak terus buat! Tapi macam mana ya?
Haaa… inilah ilmu yang mak ayah kena tuntut dan jadikan amalan. Lagi berkat amalkan sebelum anak nak tidur. Tengok keadaan anak-anak yang macam dah mengantuk dan menguap bagai itu, panggil dan dodoikan dia dengan ayat-ayat pendek ini.
1. Surah al-Fatihah 1 kali 2. Ayat Kursi 1 kali 3. Surah al-insyirah 1 kali 4. Surah Thoha ayat 1-5, 1 kali
OK, selepas selesai baca keempat-empat ayat di atas, tiup ubun-ubun anak kita dan niatkan betul-betul seperti yang kita inginkan.
Masa anak tidur cuba mak ayah bisik kat telinga anak dengan perkara-perkara baik yang anda nak anak jadi. Contoh, nak anak kite jadi anak yang soleh, anak yang baik, abang yang baik, dengar cakap, rajin solat, dan semua perkara baik-baik.
Ini untuk aktifkan minda separa sedar anak yang mana anak akan ingat apa yang kita cakap, dan in shaa Allah anak akan berkelakuan seperti mana yang kita bisikkan tadi. Terutama kalau mak ayah nak ubah sikap anak kepada lebih baik.
Peluklah anak seerat-eratnya, tatap dan cium dahi anak. Pengakhirannya jangan lupa ucapkan selamat malam dan bagi salam.
Percayalah, dengan izin Allah anda akan nampak sangat perubahan ketara pada anak-anak bila sudah amalkan bacaan di atas sebelum anak-anak tidur.
Dahsyatnya Kesan Baca Doa Tidur
Amalan doa tidur ini bukan wajib pada anak-anak sahaja tetapi mak ayah pun kena amal sama.
Dalam Al-Quran, Allah SWT sudah menjelaskan bahwa Dia memegang jiwa-jiwa yang belum mati pada waktu tidurnya. Hal ini dijelaskan dalam Surat Az-Zumar: 42 yang artinya:
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”(AzZumar 42)
Jadi ada kemungkinan Allah tidak akan mengembalikan roh yang digenggam-Nya tersebut ke jiwa manusia yang sedang tidur. Seperti diketahui, banyak kes orang yang meninggal dalam tidur. Memang awalnya merka tidur biasa, namun tidak lagi bangun ketika dikejutkan.
Sebab itulah pentingnya membaca doa sebelum tidur. Bukan anak-anak sahaja malah mak ayah pun tetap kena mengingati Allah walau nak pejamkan mata kejap.
Moga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saat paling sukar bagi pasangan PJJ (Hubungan Jarak Jauh), bila terpaksa berjauhan-berpisah sementara menjalani kehidupan suami isteri. Demi mencari nafkah tuntutan itu dijalani penuh kesabaran.
Itulah yang berlaku pada Sofuan Saadon, berpisah sementara dengan isteri di Semenanjung. Guru ini meneruskan bakti mendidik anak bangsa di SMK Matu, Sarawak.
Rindu usah cerita, namun perkara paling berat mahu dilakukan saat perpisahan benar-benar terjadi di depan mata. Saat melepaskan pegangan dengan yang tersayang, melepaskan si dia pergi di bawa pesawat penerbangan. Allahu..
Bila Perpisahan Benar Terjadi, Inilah Saat Yang Paling Sukar
BAGI pasangan yang PJJ (perhubungan Jarak Jauh), inilah saat yang paling sukar. Perpisahan sementara. Demi diri, pasangan, keluarga dan kerjaya.
Masih jelas dalam ingatan aku ketika pertama kali aku balik ke Sarawak tak lama selepas berkahwin. Isteri yang menghantar aku ke stesen bas sebelum aku ke KLIA2.
Aku tahu isteri sedih dan berat nak lepaskan aku tapi kami tiada pilihan. Bini nampak kuat waktu itu. Dia cuba tahan air mata dari jatuh.
“Jangan risau.. Nanti cuti abang balik. Bukan selamanya di sana,” pujuk aku buat pertama kalinya.
Isteri mengangguk perlahan. Aku renung mata isteri dalam-dalam. Sinar mata yang penuh pengharapan.
Isteri Tak Dapat Kawal Perasaan, Tangisan Dilepaskan Di Tepi Jalan
Rupa-rupanya selepas hantar aku dan bergerak tinggalkan Terminal Aman Jaya itu, isteri berhenti di tepi jalan dan menangis semahu-mahunya.
Itulah perpisahan sementara kami selepas sah menjadi suami isteri. Isteri tak dapat kawal perasannya. Dia lepaskan segalanya pada ketika itu. Apabila dia kembali tenang, barulah dia teruskan pemanduan ke rumah sewanya.
Aku perasan, dari hari ke hari, isteri seakan sudah reda dengan pemergian aku untuk mendidik anak bangsa. Dia nampak akur melepaskan aku pergi.
Namun, situasi kali ini agak berbeza.
Perpisahan Kali Ini Jauh Bezanya, Seakan Dia Tak Mahu Melepaskan
Hampir sebulan aku dengannya dan sama seperti kali pertama dahulu, dia seakan tak mahu lepaskan aku pergi. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengulang ayat-ayat yang biasa aku katakannya dalam dua tahun ini.
“Abang pergi bukan untuk seronok-seronok. Cari nafkah untuk keluarga kita.. ”
“Kita memang jauh, berlainan tanah. Tapi setiap hari kita boleh dengar suara. Sayang tahu abang buat apa..”
“Sekarang ni masa cepat. Nanti cuti abang balik lagi..”