Mudah rupanya nak buat Nasi Himpit sendiri cara orang dulu-dulu. Namun kena ikut sukatannya baik guna beras biasa atau beras basmathi. Malah lapik dengan daun pisang dan himpit nasi guna lesung batu selama 4 jam. Barulah nasi himpit elok menjadi lembut dan wangi.
Salam 4 Syawal.Sekadar berkongsi Nasi Himpit cara saya. Thanks Mama Babah yang ajar cara ni.
Masak nasi guna periuk nasi macam biasa. 1 cawan beras biasa : 3 cawan air 1 cawan beras Basmathi :3.5 – 4 cawan air
Boleh pilih nak guna beras yang mana ikut citarasa kita.
Lapik loyang guna daun pisang, masukkan nasi, bungkus dan tindan guna lesung batu 4 jam.
Mudah, pantas, menjadi elok, lembut dan wangi.. Alhamdulillah.
Himpit dengan lesung batu.. Sejukkan selama 4 jam.
Saya tindih dengan bekas sama saiz loyang. Baru tindih dengan papan pemotong dan lesung batu di atas.Supaya tekanan sama rata.
MW:Begini rupanya nak buat nasi himpit sendiri. Mudah je, tak perlu beli lagi. Puas hati bila buat sendiri.Paling penting kena pastikan lapik loyang dengan daun pisang dan tindan guna lesung batu 4 jam, barulah Nasi Himpit nya elok lembut dan wangi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Bukan diet biasa-biasa tetapi ini khas buat mak-mak yang ada masalah penyalah kronik. Biasanya kalau bertemu dengan pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis atau kanser antara nasihat yang kerap diberikan ialah ‘jaga makan’.
Ini bermakna, anda perlu mengambil makanan berkhasiat supaya badan kuat untuk melawan penyakit.
Memang pengambilan nutrisi seimbang amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang, namun setiap individu mempunyai keperluan berbeza dalam pemilihan diet.
Diet Pemakanan
Seperti yang Puan Siti Jamilah Mohamed kongsikan, dia cuma amalkan pemakanan sihat untuk kontrol makan ubat darah tinggi.
“Alhamdulillah, selepas bertukar cara pemakanan selama 90 hari, saya dah berjaya kontrol makan ubat darah tinggi. Diet barli tanpa protein haiwan dan berbekam 2 minggu sekali. Berat badan turun dari 62kg kepada 47kg.”
Syukur ya Allah dan ribuan terima kasih kepada Prof Aziz Al-Safi Ismail dan Doktor Noorulamin.
Kalau anda nak ikut, sila minta nasihat daripada doktor dulu ya.
Barli dan sayur goreng (goreng dengan minyak zaitun)
Lempeng barli dengan sambal tumis bawang (pakai minyak zaitun) dan salad
Bacaan BP selepas control makan ubat darah tinggi (amlodipine 10mg) atas nasihat doktor.
Tip Dan Cara Makanan Yang Diambil Atau Menu Harian 90 Hari
Pagi sesudu besar minyak virgin olive dan sesudu kecil minyak sauda.
Minum air rebusan barli itu biar banyak gelas pun tak apa. Tenghari pukul 12 saya makan barli yang dah direbus tadi dengan sayur-sayuran yang saya tumis dengan minyak zaitun.
Ikan bilis tak boleh ya. Pakai bawang besar dan bawang putih sahaja. Garam pakai garam himalaya yang pink.
Lepas tu pukul 3 saya ambil buah-buahan.
Petang pukul 7 saya makan barli macam tengah hari tadi.
Kalau bosan boleh cuba lempeng barli pula dengan sambal tumis bawang. Gula pakai gula kabung.Selamat mencuba.
NOTA:
Mohon minta nasihat daripada doktor ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sedapnya Sambal Gesek ni, bahan-bahannya ringkas dan nak buat pun senang tak perlu dimasak.Makan dengan nasi putih, kuah lemak memang boleh menambah-menambah.
Ikut resipi Sambal Gesek yang cukup popular bagi orang Negeri Sembilan ni seperti yang dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin ini.
Orang kita memang tak boleh dipisahkan dengan “penambah selera”.
Kalau orang Kelantan dengan budunya, orang Melaka dengan cencaloknya, orang Pahang dengan tempoyaknya, orang utara dengan air asam/belacannya…
Bagaimana pula dengan orang Negeri Sembilan ?
Memperkenalkan…. SAMBAL GESEK !
Bahan dia mudah, nak sediakan pun ringkas.
Bahan-bahan:
Ikan bilis (kopek dan bersihkan).
Cili Padi
Bawang merah kecil (kalau tak suka rasa bawang mentah tak payah bubuh)
Limau kasturi
Garam
Ada beberapa variasi dengan tambahan bahan masam yang beraroma seperti bunga kantan atau kundang muda.
Bahan bahan di atas di tumbuk atau digiling(gesek) sampai separa hancur dan kemudian diaduk.
Tak perlu dimasak.
Tips :
Pilih ikan bilis yang cantik, dikopek supaya senang dibersihkan.
Rendam sekejap dalam air untuk lembutkan sedikit ikan bilis tu.
Bersihkan lesung betul betul, tak nak ada bau tak sedap.
Kalau tak habis boleh tumis atas minyak sekejap supaya tahan lama.
Limau kasturi banyak dia sampai seluruh sambal macam lembab lembab sikit.
Macam rencah nasi goreng kampung saja?
Saya pun rasa asal usul dia macam tu. Ada yang dah tumbuk bahan nak goreng nasi tapi kayu api basah/gas dah habis. Terpaksa la makan dengan nasi.
Kosan eh sodap pulak.
Agak eh lah. Hehehe..
Sambal ni walaupun ‘simple’ tapi kalau dengan nasi panas, memang boleh hancur berkecai program diet korang.
Pertama kali saya rasa masa pergi kenduri tahlil yang tuan rumah hidang
nasi putih dengan ini sahaja, itu pun berpinggan makan.
Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
3.Simpan dalam peti sejuk.
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!