Nampak Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Latih Diri Tulis, Doakan Begini

Media sosial ini boleh jadi medan pahala, boleh jadi juga medan kumpul dosa. Sebab itulah, pengguna itu sendiri mahu pilih yang mana. Jika sisi positif yang dipilih, maka positiflah ia. Pesanan Guru Kaunseling ini ada banyak benarnya, tentang ketahanan hati seseorang apabila nampak posting orang lain di media sosial.

Kerana, bagi Abdul Muiez Ruslee ini apabila seseorang itu melatih diri untuk menulis yang baik-baik setiap kali melihat perkongsian orang lain, dia juga sebenarnya sedang mendoakan orang lain. Dalam masa yang sama mendoakan untuk dirinya sendiri.

Nampak Orang Pergi Korea, Saya Berdoa Dalam Hati

Nampak Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Latih Diri Tulis, Doakan Begini

Sekitar tahun 2005 dulu, saya nak pergi umrah. Tapi visa tak lepas.

Seronok betul tengok orang pergi umrah. Perlahan-lahan saya doa dalam hati. Semoga satu hari nanti, saya pun dapat pergi macam orang lain pergi.

Lima tahun lepastu, saya dihubungi seseorang. “Muiez nak pergi umrah tak? Bawa jemaah.”

Allahu akbar. Siapa sangka, Allah bagi peluang dengan cara yang tak disangka dan sudah tentu pada waktu yang terbaik.

Beberapa tahun lepas, saya pernah rancang nak pergi Korea dengan keluarga. Dah bayar deposit. Bila kira-kira balik, macam tak sempat kumpul duit sampai hujung tahun. Saya tarik balik deposit tu.

IKLAN

Bila tengok orang pergi Korea, saya berdoa dalam hati. Semoga dapat juga pergi Korea macam orang lain.

Tahun lepas, saya dihubungi seseorang. “Abang Muiez nak pergi Korea tak? Bawa orang. Percuma saja. Siap dapat gaji lagi.”

Allahu akbar. Sekali lagi peluang datang tanpa disangka.

Kita Tengok Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Elak Tulis Begini

Bila tengok orang dapat itu ini, saya pun berdoa semoga saya dapat macam orang lain juga. Alhamdulillah, ada saja jalan yang Allah lorongkan untuk saya dapat macam orang lain.

IKLAN

Kalau kita tengok orang kongsi apa-apa dalam media sosial, cuba halang diri daripada menulis begini.

Kau kaya tak apalah.”
Alah, benda tu bukan boleh bawa mati.”
Nak menunjuk lah tu.”
Dapat duit entah dari sumber mana, lepastu nak menunjuk pula.”

Cuba latih diri kita menulis begini.

Ya Allah. Seronoknya. Semoga satu hari nanti aku pun akan dapat macam dia.”
Tahniah. Doakan saya ya. Saya pun nak macam ni satu hari nanti.”
Mohon kawan-kawan yang baca komen ni, doakan sama-sama supaya kita pun akan dapat macam dia.”

IKLAN

Isteri tulang belakang keluarga, kalau dia mengadu demam lumpuhlah rumah tangga.

Jangan Pandang Rendah Pada Kuasa Doa

Cuba kita renung balik sepanjang hidup kita. Pernah tak kita dapat, satu benda yang kita nak tapi tak sangka kita akan dapat? Ada saja jalan yang Allah tunjukkan untuk kita dapat benda tu. Malah dari jalan-jalan yang tak disangka.

Aku saja je masuk peraduan ni. Hantar satu penyertaan saja. Tak sangka boleh menang iPad.”
Tak sangka. Datang kedai ni nak beli baju sekolah. Tiba-tiba menang telefon sebagai pengunjung bertuah. Lama sangat dah nak pakai telefon ni.”
Tak pernah pergi Langkawi. Tengok kawan-kawan pergi, cemburu pun ada. Tiba-tiba abang ipar belanja kami satu keluarga. Syukur.”
Tak pernah makan musang king seumur hidup. Tiba-tiba dapat moratorium. Syukur.”

Stop wishing, start doing. Doa-doakan, mudah-mudahan impian kita akan menjadi kenyataan.

MW : Banyak benarnya, sebab itulah bila nampak posting orang lain tulis, doakan lah yang baik-baik.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Rusle.
Cikgu Kachak Kesayangan Isteri.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI