Nampak mudah uruskan rumah tangga, cubalah jadi “isteri”, tak dapat membantu sekurangya hargailah penat lelah isteri saban hari menguruskan suami dan keluarga.
Isteri tidak minta dipuji melangit, memadai ucapan terima kasih dan hargai segala pengorbanan isteri. Jika diberi pilihan pasti isteri juga kenal erti penat dan putus asa, tapi demi keluarga isteri sanggup pejamkan mata.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami mengapa seorang suami seharusnya menghargai seorang isteri.
Nampak Mudah Uruskan Rumah Tangga
Tugas isteri ini, nampak macam ringan…
Tapi sebenarnya berat, hanya yang tanggung, malah yang galas serta mereka yang lalui sahaja yang tahu betapa penat, letih, seksa, tertekan dan sebagainya…
Tak payah cakap bab ikhlas, bab pahala semua itu…
Bukan calang-calang tugas seorang isteri, bukan senang jadi seorang isteri.
Cubalah Jadi “Isteri”
Hakikatnya, isteri tu manusia, dia ada limit dia… Dia tak jatuh sakit bukan sebab dia kuat, tapi kalau dia sakit, sapa yang nak buat segala kerja? Dia tak merungut bukan sebab dia ikhlas, tapi kalau dia merungut, suami kata apa yang dia buat jadi sia-sia, tidak dapat apaapa…
Ads
Cubalah jadi “isteri”…
Try untuk kekal tenang dalam keadaan anak anak riuh rendah, bergaduh sesama sendiri. Cuba juga untuk kekal bersemangat untuk mengemas lagi dalam keadaan sudah mengemas 2,3 kali sehari…
Malah cuba juga kekal bertenaga untuk buat kerja kerja rumah dalam keadaan baru balik dari bekerja…
Try untuk kekal bersabar dalam keadaan suami buat perangai. Cubalah kekal berharap dan bertahan dalam rumah tangga yang porak peranda. Dan cubalah kekal redha dan tawakal dalam hubungan yang tak tahu kesudahannya…
Bukan calang-calang tugas seorang isteri, bukan senang jadi seorang isteri…
Kalau mental dan emosi tak kuat, kalau perasaan dan fikiran tak waras, rasanya kebanyakan isteri sudah letak jawatan dan nak jadi bebas untuk buat hal sendiri…
Tugas suami cukup dengan menghargai diri si isteri. Insyallah seorang isteri boleh terus menjalani kehidupan sebagai seorang isteri bila mana suaminya selalu menghargai dan memahami apa yang di laluinya saban waktu.
Mingguan Wanita : Walaupun tak mudah, tetapi seorang isteri hanya mengharapkan suami sentiasa menghargai, menghormati dan terus setia bersamanya. Tidak pernah meminta untuk dibalas dengan wang ringgit dan harta benda sekalipun. Begitulah seorang isteri.
Pernikahan adalah komitmen seumur hidup, oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jika dikurniakan pasangan yang baik, bahagialah kehidupan rumahtangga seperti berada di syurga. Begitulah sebaliknya.
Bukan mudah memilih pasangan sebenarnya kerana kadang kala hubungan cinta yang terjalin bertahun lamanya sekali pun tidak mampu menjamin rumahtangga bahagia selamanya. Berserahlah pada Allah adalah sebaik-baiknya.
Assalamualaikum sahabat followers yang bonda sayangi..semoga hari ini membawa kegembiraan yang berpanjangan..
.
Poster bonda pada pagi ini..
Pernikahan itu merupakan komitmen seumur hidup..!
Dan percayalah bahawa sebuah pernikahan itu sebenarnya tidak seindah video dan gambar-gambar yang kita lihat… Pasti ada turun, naiknya..
.
Kita tidak tahu sebenarnya sudah berapa banyak bahagian videonya yang telah diedit dan kita juga tidak tahu berapa kali bahagian yang dibuang dan akhirnya dipotong. Tahu-tahu video dan gambarnya gah dan cantik dijadikan sebagai moment indah..
.
Kita tidak tahu proses jatuh bangun dan kemelut di sebaliknya..
.
Dan akhirnya… Bila gambar dan video siap diedit yang kita lihat cantik dan mewah itu adalah satu penipuan di sebalik ingin menutup celanya. Dan itulah yang membuatkn ada perasaan pada sesetengah orang yang hendak cepat-cepat bernikah.
Pernikahan Bukan Sekadar Majlis Gilang Gemilang
Ingat ya! Pernikahan bukan hanya dengan sebuah majlis yang meriah… Selepas daripada itulah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar…
.
Jangan hanya melihat pada majlis itu cantik, lancar, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik tidak ada kemelutnya..
.
Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat… Carilah yang betul-betul… Sebab pasangan kitalah yang akan tahu baik, buruk kelakuan kita..
Dapat pasangan hidup yang baik… buat dunia kita seperti di syurga… Tetapi bila sudah tersalah memilih pasangan membuatkan kita seperti di neraka dunia..!
MW: Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur kepada betapa gahnya majlis, betapa besarnya rumah atau berapa banyak hartanya. Sebaliknya rumahtangga yang bahagia adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bergurau tak salah dengan isteri, namunlah biarlah tentang perkara yang baik-baik yang mampu membuatkan dia tersenyum gembira. Jangan pula jadikan topik berpisah atau ingin berkahwin lain sebagai topik gurauan.
Permulaan mungkin isteri seakan tidak ambil pusing dengan gurauan suami, namun ia cukup berbekas di hati isteri dan dia akan ingat sampai bila-bila. Oleh itu, diingatkan kepada suami agar bergurau dengan isteri biarlah berpada-pada. Jangan sampai dia terasa hati, kelak buruk kesannya.
Dengan isteri ini, bukan boleh bergurau ikut suka dan bercakap sembarangan…
Dalam tawanya, dalam gelaknya, dalam senyapnya, ada “terasa”nya…
Cuma dia tak tunjuk dia terasa dengan gurauan dan kata-kata kita itu… Kita nampak dia macam biasa, tapi dia akan ingat perkara itu sampai bila-bila…
Sebab itulah, tak perlu hendak ugut-mengugut isteri dengan perpisahan atau menggantikan dia dengan orang lain walaupun ianya sekadar SATU GURAUAN, nothing serious…
“Abang tipu saja, abang tak buatlah, bukan betul-betul pun”
Apatah lagi kalau gurauan dan kata-kata itu diulangi berulang kali sehingga dia sudah bersedia untuk hidup tanpa kita dengan berkata,
“Kahwin sajalah abang…” “Nak cerai, cerailah…”
Nak harap isteri kata, “Ayang tipu saja…ayang bergurau..”
Kalau dia serius? Kalau dia betul-betul mahukan perkara itu untuk berlaku? Apa yang kita akan rasa?
Kalau Nak Isteri Berubah, Beritahu
Kalau hendak dia perbaiki kekurangan dia, beritahu… Kalau hendak dia perbaiki kelemahan dia, beritahu… Kalau hendak dia perbaiki keburukan dia, beritahu… Beritahu saja, dia boleh dengar dan cuba untuk penuhi…
Tapi jangan mengugut dia dengan bergurau seperti hendak tinggalkan dia asbab dia masak lambat… Jangan mengugut dia dengan melawak hendak tambah lagi, cari “kawan” untuk dia sebab dia sibuk di office…
Kalaulah dia boleh buat perkara yang sama pada kita, sudah lama kita ni menangis tepi bucu katil setiap hari… Sebab?
Isteri kata nak cari orang lain sebab kita tak penah menghargai dirinya… Isteri kata nak tinggalkan kita sebab kita tak penah tolong dia buat kerja rumah…
Lagi kasar melawak isteri kalau dia cakap macam ini… Tapi ada pernah keluar dari mulut seorang isteri tentang perkara ini?
Tak pernah… yang banyaknya, dari mulut lelaki yang kononnya BERGURAU, tidak ada niat pun… Tapi tanpa disedari, isteri sudah terasa dan menangis keseorangan di malam hari…
MW: Bergurau dengan isteri berpada-pada, jangan sampai dari bergurau-senda mampu menyakiti hati isteri yang telah banyak berkorban untuk suami dan anak-anak. Renung-renungkan.
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa. Wanita memang terkenal dengan sikap manja. Namun sebagai isteri tidak perlulah nak bermanja sepanjang masa. Paling penting kekalkan ya, sifat malu yang ada dalam diri anda.
Kehidupan berumahtangga sememangnya penuh onak dan duri. Hanya suami dan isteri yang mampu mencorakkan agar perkahwinan dilimpahi bahagia.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi akaun Facebooknya, isteri solehah tidak perlu bermanja dengan suami sepanjang masa.
Malah beliau yang biasa bahasakan diri dengan panggalan Tok Abah juga memberi tip yang boleh diamalkan oleh para isteri agar dapat menawan hati suami.
“Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya;
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami:
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat,” kongsi Tok Abah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!