Naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dengan keadaan dan situasi semasa.

“Bagi RM50, kemudian tuduh isteri boros.” Wahai suami! Fahamilah harga barang semuanya naik. Bukan sengaja isteri hendak menghabiskan duit yang suami berikan tetapi setakat RM 50, memang hanya untuk membeli beberapa barang saja.

Jika tidak percaya, cuba suami luangkan masa bersama isteri, dengan RM 50 apa yang isteri dapat beli. Sekarang segala-galanya mahal, memang amat terasa setiap kali mak ayah berbelanja.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:

“Bagi RM50, Kemudian Tuduh Isteri Boros.”

Semalam teman isteri beli barang mentah…

Saya pilih ikan, saya bagi orang itu timbang… Kemudian dia pun lekatkan tanda harga pastu saya tengok…

2 ekor ikan bawal, RM18…

Saya ambil ikan kembung, timbang, tengok harganya, RM25. Selepas itu, ambil pula ikan cencaru 4 ekor, RM15…

Saya ikut isteri ke bahagian sayur, pilih bendi, tomato, sawi, carrot, cili dan timbang. Tengok harga, saya congak dalam kepala harga semua barang, kemudian beratut untuk bayar…

“Ada apa-apa lagi tak?” Saya tanya dia…

IKLAN

Isteri beritahu tidak ada, cuma sekejap lagi kena beli ayam di kedai lain pula. Terus ke kaunter dan bayar. Semua barang yang isteri ambil tadi harganya dalam RM90. Kemudian terus ke kedai ayam, sebelum dia turun, saya hulur RM 50…

Artikel Berkaitan:

Suami Jangan Pertikai Isteri BOROS Sebab Dia BELI Untuk Keluarga Bukan Dirinya

Kalau Suami Boros, Cubalah Jadikan Isteri ‘Menteri Kewangan Keluarga’

Suami Boros Urus Duit, Isteri Kenalah Jadi Queen Control

IKLAN

Wahai Suami!

Selesai beli ayam, dia pulang baki dalam RM15…

“Ayam tadi berapa…?” Saya tanya…
RM 35 untuk 2 ekor, saiz sedang. Singgah kejap bang kedai cina depan itu. Saya nak beli minyak, santan, tepung. Kali ini, saya hulur lagi RM 50 sebelum turun kereta.

Dia naik kereta, dia bagi baki RM 30…Total barang dia beli, yang memang dia perlu beli tu dalam RM20…

Fahamilah Harga Barang Semuanya Naik

Sampai saja di rumah, saya kira balik,
Kedai ikan/sayur : RM90
Ayam : RM35
Kedai runcit : RM20
Total : RM145

Itu sekali dia beli, belanja untuk guna maksimum seminggu, minimum 4 hari… Selalunya dan kebiasaannya, seminggu dua kali keluar belanja barang mentah… Jadi anggaran dalam RM300 seminggu untuk barang mentah sahaja…

IKLAN

Setiap kali dia cakap, “esok hendak keluar beli barang”, maka setiap kali itulah saya top up beg duit dia. Letak RM 100 hingga RM150, selit pula lagi RM 50 untuk spare kalau tak cukup…

Lepas balik kerja, saya tengok baki dalam beg dia, saya topup lagi setakat mana yang ada dalam beg sendiri…

Kenyataan Sebenar

Itulah living costs hari ni, itulah hakikat dan kenyataan perbelanjaan dapur, barang mentah si isteri. No way dan impossible dah kalau bagi RM 50, selepas itu bila isteri kata tak cukup, kita anggap dia boros, tak pandai manage duit…

Barang-barang hari ini harganya tak murah ya wahai para suami. Naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dengan keadaan dan situasi semasa. Tahun 2022, nak berjimat macam mana pun tak tahu dah…

Mingguan Wanita : Kadang-kadang soal perbelanjaan keluarga ini menjadi perbalahan suami, isteri. Mungkin selama ini isteri banyak mengalah dan berdiam diri jika duit diberi hanya cukup-cukup. Sebaiknya tatkala berdepan dengan masalah sebegini terutama surirumah, berterus-teranglah dengan suami agar mereka lebih memahami situasi yang dialami.

Sumber : Firdaus Shakirin

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI