Ipar duai, orang luar yang mempunyai pertalian darah dengan suami atau isteri. Walaupun bukan darah daging sendiri tapi merekalah orang yang paling rapat dengan kita. Biasanya, kalau bagi pihak lelaki tidak menjadi masalah sangat berbanding dengan perempuan.

Kononnya, ipar lelaki tidak ambil kisah sangat, sedangkan kalau ipar perempuan ada saja yang tidak kena, malah boleh bermasam muka antara satu sama lain. Tidak kurang juga, ada yang makan hati selepas berkahwin kerana tidak sebulu dengan mentua mahupun adik beradik ipar.

Walai bagaimanapun, tidak semua ipar duai berperangai begitu. Mungkin ada yng lebih baik daripada itu. Sebenarnya, semua itu bergantung pada hati masing-masing. Kita berkahwin bukan dengan suami saja tetapi dengan seluruh keluarga mereka.

Tak perlu nak sakit hati atau terasa hati. Semuanya kena tengok pada diri kita sendiri. Seperti apa yang dikongsikan oleh Nur Suaida Sakinah, ada betulnya. Kita sendiri bukanlah orang yang ‘perfect’, tak perlu nak menuding jari siapa betul siapa salah.

Sesama adik beradik yang memang sedarah sedaging dan seibu sebapa pun boleh berselisihan faham. Apatah lagi dengan ipar duai yang tiada kaitan langsung dengan kita dan hanyalah mempunyai hubungan dengan suami atau isteri saja.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Ipar-Duai Boleh Jadi Punca Hubungan Suami Isteri Bergolak, Sila Waspada!

Ada Cara Suami Isteri Cipta Privasi Bila Ipar Tinggal Sebumbung

Info Lebih Menarik DI SINI

Terasa Hati Dengan Ipar Duai

Pernah tak sakit hati dan terasa hati dengan ipar duai?

IKLAN

Apa yang perlu kita buat jika terasa hati?

Lumrah manusia mesti ada terkecik hati dan terasa hati betul tak sebab kita ni bukan maksum baik macam nabi. Kita ni hamba Allah yang bilis bilis jer imannya kan.

Mesti ada yang kita suka dan tak suka cara ipar duai kita. Tapi tak bermakna kita boleh argue mereka sampai tak nak dengar langsung pendapat mereka.

Sayang ipar duai macam ahli keluarga sendiri dan macam kita sayang adik beradik kita juga.

Insya Allah dalam hal macam ni kalau kita tengok perangai ipar duai kita ada yang menyakiti perasaan kita ia sebab diri kita.

IKLAN

Ya sebab kita sendiri. Kita menyakiti Allah SWT tu sebab Allah datangkan ipar duai yang menyakiti hati kita.

Kalau kita nak ipar duai yang baik jaga ‘connection’ dengan Allah, buat apa Allah suruh tinggal apa Allah larang insya Allah Allah akan bolak balik kan hati ipar duai kita tu tadi.

Nak orang lain baik dengan kita, kita dulu kena baik dengan orang.
Kalau nak ipar duai baik dengan kita, kita dulu kena baik dengan ipar duai.
Hidup kita tak lama sekarang ni dah berapa umur?

Setiap detik umur kita makin meningkat. Tak kan lah sebab 1 kesalahan kita lupa 10 kebaikan yang ipar duai kita dah buat.

Ipar duai kita tu pon manusia biasa. Sama macam kita pernah buat silap, pernah buat salah. Jadi sama situasi kita sendiri. Bila kita buat salah kita nak orang maafkan, betul. Sama juga dengan mereka.

IKLAN

Orang yang beriman dia maafkan dan mudah meminta maaf pada orang lain.

Dia tak kan termakan dengan ego dan bisikan syaitan.

Jadi maafkan, minta maaf.
Boleh kan.

Sebarkan kasih sayang. Sebab jiwa yang penuh dengan kasih sayang jiwa yang mudah menarik rezeki datang kepada kita.

Tak nak rezeki lancar ker?

MW: Jangan ingat semua ipar ini berperangai teruk dan tak perlulah memburuk-burukkan. Kita tilik diri kita dulu, moga yang baik-baik untuk keluarga kita semua.

Sumber: Nur Suaida Sakinah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI