PKP dah dua minggu dan bersambung lagi. Dalam masa inilah, 24 jam kita dok kat rumah. Kalau dengan suami dan anak-anak tiada masalah kot. Tapi, bila ada keluarga yang tinggal dengan ipar duai.

Kalau sebelum ini, malam baru jumpa tapi sepanjang PKP, pagi petang siang malam dok depan mata. Tudung pun memang tak lepas daripada kepala. Kadang-kadang hilang privasi untuk bersama suami dan anak-anak.

Jangan begitu, tidak salah untuk memberi ipar tinggal bersama dan tidak juga hilang privasi mahupun kasih sayang anda dengan pasangan. Ada cara lain yang boleh anda cipta privasi walaupun ada ipar-duai yang tinggal bersama. Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada tipnya.

IKLAN

Ada Cara Suami Isteri Cipta Privasi Bila Ipar Tinggal Sebumbung

IKLAN

Tip:

  1. Mungkin masa anda bersama pasangan berada di luar akan lebih berharga dan waktu bersama di dalam bilik akan lebih dihargai dan dinikmati keindahannya.
  2. Cubalah untuk anda memberi layanan secara mesra agar hubungan baik itu dapat memudahkan anda menasihati ipar dan memberi semangat untuk dia berdikari.
  3. Tetapi, apabila melalui waktu bersama adik beradik atau ipar, anggaplah seperti anda berkumpul bersama. Lebihkan kreativiti dengan mencipta waktu privasi dan aturkan jadual harian dengan betul untuk mengelakkan daripada rasa stres, terbeban atau terganggu.
  4. Hubungan ini boleh menjadi, jika kita mampu menjadikan adik beradik atau ipar sebagai sebahagian ahli keluarga kita. Namun, ia tetap mempunyai batasan hubungan dan hukum yang perlu diperhalusi dan dipelihara.
  5. Elakkan memberi komen tentang ipar, sebaliknya berbincang dan minta pasangan anda untuk memberi teguran dan nasihat kepada adik beradik sendiri. Ini lebih efektif dan positif.

NASIHAT UNTUK IPAR..

  • Walau bagaimana baik sekalipun kita dilayan oleh ipar, kita perlu faham betapa pentingnya privasi dan waktu bersama untuk dihayati oleh pasangan suami isteri mahupun sebuah keluarga bersama. Jika tiada pilihan selain tinggal bersama mereka, minimakan masa kita yang mengganggu waktu mereka di rumah dan maksimakan waktu privasi untuk mereka.
  • Elakkan daripada kita menumpang terlalu lama di rumah adik beradik yang telah berkeluarga. Jika perlu, tetapkan sasaran tempoh masa dan berusaha untuk berdikari.
  • Sekiranya tidak mempunyai waris keluarga lain selain abang atau kakak yang telah berkeluarga, jadilah orang yang banyak menyumbang membantu meringankan kerja-kerja di rumah. Ini dapat merawat ras terbeban dan terganggu dengan kewujudan kita dalam hidup mereka.
  • Perlu bijak membawa diri dengan menghormati mereka dan elakkan daripada timbul fitnah dengan ipar duai.

 

IKLAN

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI