Sekejap sahaja masa berlalu tahun ni, tak sempat lagi nak membawa diri bercuti ke mana-mana. Tapi dengar sahaja kakak sepupu nak bercuti ke Pulau Rawa bersama anak-anaknya, terus offer diri nak join trip mereka. Dah lama dengar cerita fasal kecantikan Pulau Rawa yang terletak di Johor, orang kata cantik persis berada di Maldives. So, nak rasa la sendiri macam mana bercuti ala Maldives tu.

Terletak di Perairan Mersing, Johor, untuk sampai ke Pulau Rawa, kami perlu menaiki bot dari Jeti Mersing. Seawal jam 5.30 pagi kami memulakan perjalanan supaya dapat sampai awal di sana sebelum menaiki bot ke Pulau Rawa. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat hingga empat jam setengah dari Kuala Lumpur.

Nak Percutian Ala Maldives? Pulau Rawa Mungkin Tempatnya!

Lebih kurang jam 10 lebih kami tiba di Jeti. Sampai sahaja kami cari pasar raya untuk beli bekalan makanan, menurut beberapa blogger yang pernah berkunjung ke Pulau Rawa, kat sana memang tak ada kedai dan kalau ada pun hanya restoran atau kafe yang terdapat di sana sahaja. Maka kami pun belilah apa yang patut untuk kudap-kudapan sebab hidangan lain memang disediakan dalam pakej yang kami ambil.

Lebih kurang jam 12 lebih kami bertolak dari Jeti Mersing ke Pulau Rawa. Perjalanan merentasi lautan mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan bot laju. Dari jauh dah kelihatan chalet putih biru dengan pantai pasir putih mulus berlatar belakangkan bukit menghijau. Tambah pula langit biru dengan cuaca yang sangat baik, memang terbaiklah view dia. Tak pernah sampai Maldives tapi kalau tengok gambar tu memang dah persis Maldives dah air laut yang kebiruan jernihnya.

Nak Percutian Ala Maldives? Pulau Rawa Mungkin Tempatnya!
Pemandangan dari bilik penginapan

Dua tempat penginapan sahaja

IKLAN

Dekat Pulau Rawa ni ada dua sahaja penginapan, Alang Rawa dan Rawa Island Resort. Kami tinggal di Alang Rawa, harganya boleh tahan juga, penginapan termasuk makan dan minum untuk 3 hari 2 malam lebih kurang RM700 seorang. Kalau dekat resort yang lagi satu harganya dua kali ganda. Alang Rawa ni penginapan yang santai dan agak murah berbanding Rawa Island Resort, berbaloi cuma tak ada aircond je.

So siapa yang dah biasa tidur malam dengan aircond, agak tak selesa la sikit, yang lain-lain ok sangat, makanan yang disediakan pun memang best, ada pilihan makanan barat dan juga makanan melayu. Untuk makan tengah hari dan juga makan malam, minuman tidak disediakan, tapi kalau nak pesan terus dari kafe kat Alang Rawa ni tak ada masalah. Sediakan duit sahaja dan boleh pesan apa sahaja.

Dan gunakan kod promo ini untuk harga yang istimewa. 

Nak Percutian Ala Maldives? Pulau Rawa Mungkin Tempatnya!

IKLAN

Rawa Island Resort tu pula penginapan yang mewah dan lengkap dengan aircond. Tapi semua bilik yang ada di kedua-dua penginapan tu memang tak disediakan televisyen. Siapa yang kaki drama tu, sampai pulau ni mungkin boleh tonton online je la ya. Alang Rawa boleh muatkan lebih kurang 80 hingga 90 orang dalam satu masa.

Jadi kalau rasa nak datang bercuti dan menginap kat sini, anda boleh berurusan terus dengan mereka, rasanya kedua chalet dan resort ni memang tak ada dekat website pencarian hotel macam Agoda atau Booking.com tu.

Aktiviti kat Pulau Rawa

Nak Percutian Ala Maldives? Pulau Rawa Mungkin Tempatnya!
Boleh tengok burung merak kat mana-mana di Pulau Rawa

Banyak juga aktiviti yang boleh dibuat dekat Pulau ni walaupun tak adalah luas manapun. Selain snorkeling depan chalet, boleh hiking untuk tengok matahari terbit, boleh jalan-jalan sampai hujung pulau, boleh tengok merak yang ada hampir setiap tempat di pulau ni, boleh berkayak dan siapa yang nak diving ada juga disediakan perkhidmatan tersebut. Peralatan snorkeling, kayak dan lain-lain adalah percuma tapi perlu bayar deposit RM100 seorang. Bila dah nak balik sebelum check out boleh minta balik deposit tersebut.

IKLAN

Nak Percutian Ala Maldives? Pulau Rawa Mungkin Tempatnya!

Disebabkan hanya ada dua tempat penginapan dekat Pulau ini, pelanggan yang menginap di chalet mahupun resort bebas untuk berjalan-jalan di sekitar kedua-dua tempat ini. Pendek kata sesuai untuk percutian bersama keluarga ataupun dengan teman-teman.

Tapi kanak-kanak 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan berada di pulau tersebut ketika hujung minggu, kurang pasti apa sebabnya tapi kalau nak tahu mungkin boleh cuba book untuk tinggal kat sana pada hujung minggu.

Nak Percutian Ala Maldives? Pulau Rawa Mungkin Tempatnya!

Pelancong asing memang ramai, dari negara Barat, Korea, Jepun semuanya ada. Pendek kata Pulau Rawa memang cantik, cuma kosnya agak tinggi berbanding pakej pulau-pulau lain yang ada kat Malaysia. Tapi kalau ada bajet lebih apa salahnya kan nak lihat sendiri keindahan yang ada di negara kita. Pemandangannya memang terbaik!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI