Tak semua orang boleh menerima teguran atau pun nasihat. Apatah lagi jika nasihat yang disampaikan tidak kena cara, gunakan bahasa kasar serta di tempat terbuka.
Sudah tentu membuatkan orang yang dinasihat terasa dan tidak dapat mengawal emosinya. Cara ini salah ya mak,ayah…
Sebaiknya nak menegur perlu kena caranya, pilih bahasa yang sesuai iaitu bersopan-santun, barulah beza antara marah dan nasihat. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan hadam baik-baik ya.
Nak MENEGUR Perlu Kena Caranya
Dalam menasihati seseorang, kita mesti pilih bahasa bersopan santun dan lemah lembut.
Kebanyakan orang kerap guna tutur kata tidak tepat dan bersuara tinggi sewaktu menegur orang lain.
Akibatnya, ia beri kesan tidak baik. Kita kena faham, menasihati itu berbeza dengan marah meskipun tujuannya adalah sama.
Pilih Bahasa SESUAI, Barulah BEZA Marah & Nasihat
Nasihat dengan bahasa kasar, nada tinggi dan tidak bersopan santun, tidak akan mudah diterima oleh orang dinasihati, meskipun kesalahannya itu ternyata salah.
Confirm ending conversation tu jadi perbualan terakhir antara mereka.
Antara adab memberi nasihat, kita hendaklah menasihatinya ketika dalam keadaan sendirian dan tidak dalam keadaan terbuka kepada orang ramai. PM tepi.
Ads
Ini kerana sesiapa yang menutup kesalahan saudaranya, nescaya Allah SWT akan menutup kekurangannya di dunia dan akhirat.
Perkara ini amat sukar dibuat kerana semua menyedari jika menasihati di hadapan orang ramai dan secara terbuka, pemberi nasihat akan terlihat pintar, arif dan bijaksana.
Jangan Ada Niat Lain
Niat sudah jadi lain.
Sudah tentu orang yang dinasihati pula tentu akan merasai keadaan berbeza. Dia pasti akan malu, tidak selesa, bahkan mungkin berasa terhina dan diperbodohkan.
Imam Shafie pernah berkata:
Ads
“Sesiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka dia benar-benar menasihatinya dan memuliakannya, manakala sesiapa menasihatinya secara terang-terangan, maka dia menghina dan memalukannya.”
Ringkasnya, setiap kita perlu bersedia untuk menerima sebarang pujian dan juga teguran dengan tujuan untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.
Itulah guna nasihat dalam kehidupan insan supaya sentiasa berada pada jalan benar.
MW: Niat kena betul untuk menasihati, mak ayah jangan tersalah langkah. Jangan kerana ingin nampak hebat di mata orang lain, mak ayah sanggup menjatuhkan air muka orang lain. Aib namanya.
Akhirnya spekulasi terungkai apabila, kakak Neelofa, Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan berwalikan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.
Engku Emran & Nabila Pilih Buat Yang Wajib Saja
Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini,” ujar Nabila.
“Kami Tak Bertunang”
Nabila turut menafikan desas desus yang mereka mengikat tali pertunangan seperti digembar gemburkan sebelum ini.
“Memang kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.
“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah sama sama berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.
Hubungan Mekar Tanpa Diduga
Mengenai suami, Nabila menyifatkan hubungan antara mereka mekar tanpa diduga.
“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang diinginkan dalam pasangan hidup.
“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya
Untuk rekod Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.
Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.
Bila main games online, memang boleh tak ingat dunia. Bukan saja orang tua, anak-anak pun boleh terjebak sama dengan permainan ini. Kadang-kadang, sanggup tak makan semata-mata sayang nak tinggalkan games ini.
Boleh dikatakan anak dengan ayah terutamanya sama naik dengan games ‘among us’, pubg dan belum lagi games yang berperang bagai. Macam-macam jenis games lah.
Begitu juga dengan mak ayah, satu cabaran yang perlu dihadapi sekarang ini terutamanya games online yang memang boleh buat anak-anak leka. Boleh jadi, segala kerja pun tak jalan. Ini anak-anak, belum lagi ayah yang memang ‘kaki games’. Boleh ‘makan hati’, nak minta tolong apa pun susah, bila masing-masing duduk ‘menghadap’ games tu.
Ini kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat mak ayah di luar sana. Perkongsian daripada Adyca Elysium Gaming untuk mak ayah di luar sana. Bukan sahaja leka main games online, tapi termasuk jugalah mak ayah yang suka berkepit dengan telefon sepanjang masa, sampai anak pun terpaksa ‘main seorang diri’.
“Ini satu cerita pengajaran, jangan kecam, ini semua realiti.
“Aku selalu main pubg sampai subuh, lupa habis anak bini… topup?? Tak perlu nak cakap, memang boleh habis beribu.
“Apa yang membuatkan aku tersedar dan tersentak bila satu hari, aku baru nak on pubg. Sedang asyik ‘berperang’, anak aku datang datang untuk minta buatkan susu.
“Aku buat tak heran dan minta ibunya buatkan sebab abah tengah ‘berperang’. Sedangkan ibunya ada di dapur sedang memasak.
“Pada masa yang sama, anak aku masih menunggu aku sambil memegang botol susunya. Oleh sebab lama agaknya tunggu aku, dia main lari-klari sambil pegang botol susu.
“Entah macam mana, dia tergelincir dan jatuh depan aku. Nampak cara jatuhnya agak perlahan saja tapi masa itu anak terus menangis.
Patah Tangan
“Masa dia menangis, aku sempat tegur dan marah-marah manja kat anak sebab bila main lari-lari, dah jatuh pula. Tapi, yang membuatkan aku hairan, cara anak menangis macam pelik dan menjerit tersedu-sedu.
“Ibunya berlari dan datang tengok dan angkat cepat-cepat. Rupa-rupanya, tangan anak sudah terkulai dan tak boleh gerak. Tangan anak patah.
“Ya Allah Ya Tuhan, aku terus baling telefon dan terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan. Saat itu, barulah aku sedar, bila anak isteri panggil, sibuk macam mana sekalipun, jawablah. Pergi dan tinggalkan games alam maya. Mereka ini lebih penting.
“Bila fikirkan balik, kalau masa itu aku bangun dan buatkan susu untuk anak, mesti tangan dia tak patah. Sejak kena masuk wad, sampai ke hari ini, aku masih lagi fobia nak on pubg.
Jadikan Pengajaran
Wahai kawan-kawan sekalian. Pesanan aku, keluarga kita lebih penting dari apa-apa pun.
Saat aku tulis post ini, tangan anak kena simen dan masih belum buang lagi. Mungkin ambil masa selama satu bulan baru boleh buang.
Elric
MW: Boga dijadikan pengajaran buat mak ayah di luar sana. Bila telefon kat tangan, orang panggil pun tak dengar. Jangan menyesal kemudian hari.
Wanita jual daun kering di Tik Tok, siapa sangka “sampah” pun boleh jadi duit. Dalam dunia yang semakin laju dengan teknologi dan persaingan bisnes, di saat ramai bergelut cara menambah pendapatan melalui bisnes, siapa sangka bahawa rezeki boleh datang dari sesuatu yang langsung tak disangka-sangka langsung iaitu daun kering.
Ya, daun kering. Benda yang biasa kita sapu, buang atau pijak begitu saja. Tapi daun kering ini tertulis rezeki buatnya. Daun-daun yang gugur dari pokok yang ramai memandang sebagai sampai tapi daun juga boleh dijual sebenarnya. Jangan kata kita kesunyian sebab membeli sampah yang bersepah itu tapi apabila kun fa ya kun, maka sampah juga boleh jadi sumber rezeki.
Wanita Jual Daun Kering Di Tik Tok
Kisahnya bermula dengan sekadar berkongsi gambar daun kering di Tik Tok yang kebetulan tengah viral orang menjual angin pantai. Hal yang juga tak terfikir di akal kita. Adakah orang membeli? Dan ia memberikan satu idea untuk menjual daun-daun kering di Tik Tok.
Jika kita bertanya, ada ke orang nak beli? Kesunyiankah kita sampaikan sampah pun mahu dibeli. Jawapannya, ya. Ada yang membeli. Harga dijual bagi setiap 10 helai daun kering ialah RM0.80. Dan hasilnya sudah 54 beg terjual.
Reaksi diterima dari pembeli juga sangat positif di mana mereka menyukai daun yang dijual.
Menambah elemen menarik, dirinya menyelitkan gula-gula kepada setiap pembeli daun kering untuk kegunaan bakar sampah itu.
Pendek kata, melatalah mencari rezeki, berusahalah, Allah akan beri tanpa kita duga. Bisnes begini, tak perlu ada stor besar, kos percuma cuma perlukan kreatif semata-mata.
Kadang-kadang kita sibuk kejar benda yang besar, sampai lupa nilai pada yang kecil. Padahal, daun kering pun boleh jadi duit asalkan kita pandai tengok peluang.
Kalau di Malaysia baru mula sebenarnya di luar negara sudah lama menjual daun-daun kering ini malah ianya memasuki pasaraya. Ya betullah, semuanya boleh buat duit asal rajin dan kreatif.
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...