
Dalam hubungan suami isteri, berselisih faham atau bergaduh mulut itu perkara biasa. Kalau dua-dua berkeras kepala, masing-masing nak menang, memag tak ke mana dan boleh huru hara rumah tangga.
Ada juga pasangan merasakan sesuatu yang tidak kena dalam hubungan suami isteri, sedangkan segala tangungjawab telah ditunaikan tetapi masih ada yang tak puas hati. Jadi, bagaimana nak selesaikan agar perkara ini tidak sampai meruntuhkan rumah tangga yang dibina.
Jawapan daripada perkongsian daripada Firdaus Mokhtar adalah dalam menjaga solat antara suami isteri. Menurut dalam satu persoalan yang diberikan oleh seseorang.
“Ustaz, macam mana saya nak betulkan hubungan saya dengan isteri?”
Saya jawab begini;
“Betulkan sembahyang kamu. Belajar untuk sembahyang dengan sempurna. Belajar makna bacaan dalam sembahyang. Ambil tahu apa dia tertib dan adab ketika sembahyang. Sembahyang penuh fokus dan pengharapan.
Dan yang paling utama, jadikan sembahyang agenda nombor satu setiap hari. Sembahyang tidak dilengahkan, sentiasa awal waktu. Waktu sembahyang ditunggu bukan dielak dan malas-malas.
Nanti tengok apa Allah respon untuk kamu. Termasuklah untuk hubungan kamu dengan isteri. Allah yang akan selesaikan. Cubalah!”
MW: jadi, pasangan suami isteri kenalah meletakkan solat sebagai salah satu agenda yang penting setiap hari. Jangan lalai sebab dengan solat inilah boleh membuatkan hubungan suami isteri sentiasa dalam berkasih sayang.
Kredit : Firdaus Mokhtar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Wajib Ingat Semua Tarikh Penting, Kalau Tak Sila Hadap ‘Muncung Itik’

Suami memang tidak ambil peduli tentang tarikh tarikh penting dalam hidupnya, perkara ini terbawa-bawa sehingga ke alam perkahwinan. Bukan sengaja melupakan, tetapi sikap kurang peka dan ambil peduli buatkan mereka ambil ringan tentang perkara ini. Melainkan tarikh perlawanan akhir bola sepak atau perkara-perkara yang sangat rapat dengan minat mereka.
Siapa yang tidak sayangkan isteri dan keluarga, tetapi masalah “lupa teruk” di kalangan kaum bapa ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi jika anda tidak ingin mengguris perasaan isteri, mulai sekarang sila ambil peduli tentang tarikh tarikh penting ini. Lakukan lima langkah ini, jangan biarkan mereka mengatakan anda tidak peduli kehadiran mereka dalam hidup anda.
5 Cara Ini Bantu Suami Ingat Tarikh Penting
1. Senaraikan Orang Tersayang
Senaraikan nama orang penting dalam hidup anda yang harus anda ingat tarikh mereka. Kesibukkan masa adakalanya tidak semua anda boleh ingat, jadi senaraikan nama-nama orang yang begitu penting dalam hidup anda. Pastikan nama isteri nama pertama dicatat.
2. Catat Dalam Memori
Tidak semua lelaki dianugerahkan memori untuk mengingatkan tarikh-tarikh penting. Cara paling selamat catat tarikh lahir dalam kalendar konvensional, telefon bimbit, diari, komputer dan juga daftar peringatan online.
3. Dapatkan Jawapan Lebih Awal
Ketika anda berasa was-was tentang bila sambutan hari istimewa isteri dan anak-anak, dapatkan jawapan tarikh tersebut lebih awal. Ingatkan diri sentiasa akan kunjung tiba tarikh hari jadi atau ulang tahun perkahwinan anda tidak lama lagi. Minta pertolongan isteri untuk ingatkan anda jika tiba hari jadi anak.
4. Sediakan Kotak Untuk Menyimpan Kad Ucapan
Beli sebuah kotak untuk anda menyimpan sebilangan kad ucapan hari lahir. Bila sampai tarikh istimewa mudah untuk anda berikan bila tiba hari lahir isteri yang ketika itu anda tidak ingat. Untuk lebih meraikannya dan ajak isteri untuk beli hadiah istimewa yang dikehendakinya.
5. Setiap Minggu Semak Tarikh Lahir
Cara paling selamat adalah dengan menyemak semula senarai tarikh lahir yang anda tulis setiap minggu. Jadi pastikan anda mencatat kembali tarikh penting setiap kali bertukar planer atau kalendar.
Haaa… lepas ini tiada alasan lagi untuk suami lupakan tarikh penting ya! Moga kaum lelaki mampu puaskan hati kaum mak-mak setiap hari.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cium Kat Pipi Dan Dahi Boleh, Mulut Jangan!” Yana Samsudin Tegur Anak

Kebelakangan ini, macam dah jadi trend mak ayah suka cium mulut anak, dan dianggap perkara biasa sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Sebenarnya sayang macam mana sekalipun mak ayah, dilarang untuk cium pada bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil.
Ini kerana mulut merupakan bahagian sensitif yang boleh merangsang keinginan syahwat, malah ia melibatkan kebersihan dan kesihatan apabila macam-macam penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35 ada berkongsi nasihat dan teguran bagi mereka yang gemar mencium mulut anak walaupun usia mereka masih kecil. Menurut ibu kepada Aisy Mateen,3 ini, mulut merupakan bahagian sensitif yang tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri.
Berikut perkongsian oleh Yana Samsudin;
Semalam , anak saya Aisy Mateen tetiba cium mulut saya ketika saya tengah tengok tv.Saya terkejut. Tak tahu siapa buat dengan dia.
Saya bagitau dia , cium kat pipi dan dahi boleh , mulut jangan!
Kalau ada orang lain nak buat cakap no!! Jerit kuat kuat! Benda tu salah! Bagitau mommy daddy siapa yang buat.
Cium pipi dan dahi Mommy daddy, opah dan tok daddy je boleh.
Orang lain jangan…. Pastu minta dia repeat apa yang kita cakap atau buat tanda sign.
Hahaha nervous mommy kang tetiba kat sekolah tadika nanti dia cium
Kawan dia pulak tanda sayang.?
Pengalaman Mateen Dicium Mulut
Ada 2 kali pengalaman , masa mateen umur setahun lebih gitu.
Satu kat kedai makan jasmine ttdi. Ada stranger datang buat buat buat berbual dengan kita, dia cakap dia suka budak lepas tu dia kata dia takda anak walaupun dah lepas kahwin. lepas tu dia hulur RM1 kat mateen, then tetiba dia cium mulut Maten! Zap!! Dan terus blah!!! In a second! I terpaku terus eh apa ko buat ni?
Terus lap-lap mulut mateen dan masa tu perasaan aku macam aku yang kena moles! Eiii rasa nak marah. Sampai rumah tak masih tak boleh terima kenyataan. Rasa nak salah kan diri sendiri teruk teruk.
Ni baru kita yang rasa.Tak tahu lah anak kita macam mana kalau dia ingat .
Satu lagi masa jamuan istimewa di kalangan artis. Yang tu pun sama, berbual dengan saya sambil agah-agah budak tetiba cium mulut! Pastu blah laju laju!!! Eh!!! Dengan bau rokok busuk!
Lepas pengalaman tu, memang berhati hati teruk! Tak bagi sangat dia salam dengan orang lain. Kecuali keluarga.
Mommynya yang trauma tau. Ni baru kes kecik.
Jangan Cium Mulut Anak Kecil
So hopefuly kalian kat luar tu boleh panjang kan message ni jangan lah menggatal mulut nak cium mulut budak kecik bukan anak ko!
Lepas tu kalau ada dah terkena sebarkan lah secara senyap siapa orang yang suka buat macam tu jika kenalan. Bagi alert orang lain pulak.
Paling tak boleh terima ialah Ayah kiss mulut anak sendiri! Tak kira lah anak perempuan ke atau anak lelaki? Mak pun tak boleh lah buat macam tu, bukan budaya kita dan adab islam! Nabi muhammad pun tak kiss mulut anak perempuan nya!
Ada part yang islam benarkan untuk kita sentuh.Ubun ubun , tangan dan pipi sahaja.
Saya update status ni sebab teringat perkongsian di FB sahabat saya Akhi Fairuz, pasal kes kes yang berkaitan dengan pendidikan seksu4l ni.
Saya sangat support hal berkaitan #PendidikanSeksual terhadap kanak kanak dan ibu bapa!
Titik Berat Kebersihan & Pendidikan Seksualiti
Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti
Mulut juga adalah bahagian private part. Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing) Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan.
Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam.
MW:Setuju sangat dengan teguran dan nasihat Yana Samsudin ni. Memang ada benarnya, tak perlu cium mulut anak sebagai tanda kasih sayang walaupun mereka masih kecil.Mungkin kita anggap biasa dan tak rasa apa-apa, tapi kesannya pada anak nanti.
Mateen kena marah sebab cium mulut
Aisy Mateen kena marah sebab cium mulut!!Ketika Yana Samsudin cuba memberitahu umum dan educate tentang #PendidikanSeksu4l terhadap kanak kanak dan ibu bapa , tiba tiba anaknya mencium bibirnya. Mari kita dengar macam mana nak menanganinya.. #TipsBolehGunaPakai #ParentingTips #Support #SexualEducation #BukanBudayakita
Posted by Yana Samsudin on Monday, July 8, 2019
Baca Disini;
3 Sebab Mak Ayah Dilarang Cium Mulut Anak, Tapi Lakukan Pada 4 Bahagian Ini
Sumber: Yana Samsudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Ringankanlah Mulut Beri Pujian Pada Isteri, Boleh Buat Hati Berbunga-Bunga

Sebenarnya, isteri ini taklah minta suami dia puji hari-hari. Cuma, bila isteri beri ‘hint’ pada suami apa benda best dah dia buat dekat rumah tu, suami ringankanlah mulut untuk beri pujian pada isteri.
Sebab terbukti dah, suami yang tak lokek nak puji isteri sendiri, akan lebih bahagia dan tenang. Bayangkan, bila isteri rasa bahagia, dia pun akan menghargai suaminya sama. Rasa dirinya itu, penting dalam hidup suami.
Cuba hadamkan apa yang dikongsikan Hilmi Jailani ini. Simple saja kisahnya, tentang pujian suami untuk isteri. Tapi deep untuk difikirkan.
Baca sini : Pujian suami boleh jadi penawar rasa kurang yakin diri isteri.
Pujian Kecil Pun Boleh Buat Hati Isteri Berbunga-bunga
Satu hari puan isteri tanya saya,
“Abang! Mandi tadi ada nampak lain tak bilik air?”
Saya pun cepat-cepat kilas.
“Ha’ah laaa. Abang baru nak tanya. Berkilat lain macam. Sayang basuh ke?”
“Yerr, tadi waktu anak tidur, sempat sayang gonyoh dinding tu.”
Allahh. Mujurlah betul tekaan saya. Sebenarnya, saya taklah perasan mana masa mandi tu. “Baiknya isteri abang ni. Tak penat tiap hari tolong abang kemas rumah. Sudahlah cantik, rajin pulak tu. Terima kasih sayang!”
Terus senyum berbunga hati si isteri.
Sejujurnya, majoriti lelaki ni payah nak aware benda-benda gini. Dia nak mandi, dia mandi je. Takde nak tilik bilik air ada berubah pape ke. Yang dia tahu, sabun ada, berus gigi ada, dah cukup bagi dia.
Jadi, saya merayu pada kaum isteri, beri saja hint pada si suami.
Contohnya,
“Abang, rajin dak sayang harini?”
“Abang tahu tak, dalam segunung kain sayang lipat tadi, spender abang paling banyak.”
“Seronok anak-anak join saya mop lantai hari ni.”
Barulah si suami perasan dan kalian mendapat “makanan” jiwa yang cukup.
Suami, Jangan Cuma Puji Dalam Hati..
Lelaki pulak, jangan buat dekk je bila isteri bagi hint gitu. Tak cool pun kalau puji dalam hati. Ingat, nafkah batin ni bukan takat seks sahaja. Puji, bermanja, dan gurau senda itu semua makanan yang sangat penting bagi pasangan.
Maksud saya, ia sama pentingnya dengan nasi yang beri tenaga setiap hari. Jangan biarkan pasangan kita lapar santapan jiwa hat ni.
Sebab kajian menunjukkan, salah satu keinginan manusia yang paling tinggi ialah
“The feeling of importance!”
Jadi, nak tarik perhatian dia, nak suruh dia sayang kita, bagi mereka rasa yang ini – rasa mereka itu “penting” buat kita.
Caranya mudah, sentiasalah puji. Suami puji isteri dan isteri puji suami. Walaupun sekecil-kecil perkara, kita perbesarkan bagi mereka gembira.
Lagipun benda puji ni, bukan kena bayar pun. Kalau yang bayar tu, nama dia pulut dakap.
MW : Dalam rumah tangga ini kena ada semua ini, saling menghargai pasangan. Barulah hati tu jadi tenang dan tak memendam rasa.
Sumber/Foto : Hilmi Jailani *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI