Pujuk Isteri Tak Susah, Cakap I Love You Pun Dah Cair!
Foto sekadar hiasan.

Pujuk lah isteri kalau dia merajuk. Ini tidak, buat tak faham je. Adatlah kalau ada masanya pasangan akan terasa hati dan merajuk. Tak kira suami atau isteri. Tapi biasanya, isteri lah yang paling banyak merajuk. Betul tak?

Bila Merajuk,  Itu Satu Bentuk Luahan Perasaan

Suami kena faham, sebagai wanita, isteri memang penuh dengan emosi. Bila tak dapat diluahkan dengan kata-kata, dia akan tunjukkan dengan bahasa tubuh. Ada yang tak puas hati, dia akan tarik muka, tak nak bercakap. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.

Suami kena alert itu maknanya isteri tengah merajuk tu. Jadi, pujuk lah dia. Jangan buat-buat tak tahu. Tanyalah, apa sebab merajuk. Itu menunjukkan suami prihatin tentang perubahan emosi isteri. Kalau cepat pujuk, cepatlah hilang rajuknya tu!

Pujuk Isteri Tak Susah, Cakap I Love You Pun Dah Cair!

Salah Satu Cara Nak Bermanja

Kadangkala masing-masing sibuk kerja. Bila balik, isteri sibuk uruskan anak dan rumah tangga pula. Kadangkala nak sembang duduk sebelah suami pun tak sempat. Cakap pun sambil tangan sibuk capai itu dan ini.

Bila di bilik tidur pun, akibat letih sangat, terus je ‘belayar’ bila kepala menyentuh lantai. Bateri memang dah tinggal ‘0’ orang kata. Jadi, masa mana lah nak berbual-bual dengan suami? Lainlah suami, mungkin ada masa lagi nak layan handphone… main game kan?

Isteri Penat Tu

Tak boleh salahkan isteri. Ingat, isteri bukan robot, tekan butang semua kerja settle. Dia pun ada perasaan penat. Jadi, ada masa isteri rasa rindu nak manja-manja dengan suami, nak usik suami tapi tapi masa tak mengizinkan.

IKLAN

Jadi, bila ada je yang menyentap hatinya yang mungkin suami lakukan tanpa sedar, dia akan merajuk. Muncung panjang sedepa. Kadangkala bukan dia nak merajuk sangat pun, nak perhatian je tu.

Pujuk Beli Hadiah Mahal Kalau Mampu…

Ada suami yang salah faham, nak pujuk isteri kena beli hadiah. Memanglah isteri suka kalau dibelikan hadiah, tapi dia pun sedar kemampuan suaminya. Kalau suami beranggapan macam ni, bermakna suami masih tak kenal isterinya 100%.

Memang lah, wanita mana tak teruja, tiap kali merajuk dapat hadiah. Tapi kalau dia tahu suami dia tak berapa nak mampu, dia pun tak berharap bulan dan bintang. Peluk dan cium pipi dia pun dah memadai. Tak caya? Cuba.

Tak Susah Nak Pujuk, Guna Kata-Kata Je!

Ini ramai suami mungkin tak tahu atau buat tak tahu. Hadiah yang paling isteri hargai adalah kata-kata sayang daripada suami untuk dirinya. Orang lelaki ni, makin lama kahwin, makin susah nak ucap kata-kata sayang.

IKLAN

Kalau isteri cakap ‘ I Love You’, dia boleh jawab “hmm..” je. Hai…takkan itu je? Punyalah isteri nak romantis tapi tak dapat respons sepatutnya daripada suami. Frust lah isteri!

Duhai suami, tak perlu keluar duit pun. Cuma perlu guna air liur je, dengan kata-kata. Tapi, kalau mampu, apa salahnya bagi hadiah untuk isteri. Belilah lah dia gelang emas ke..cincin emas ke.. konfim setahun dia tak merajuk! Wah! Kalau macam ni, seronok juga yek. Tiap kali merajuk dapat hadiah, hmmm…berapa kali sehari isteri nak merajuk ni?

https://www.mingguanwanita.my/celik-32-tahun-tiba-tiba-buta-pujuk-diri-reda-dengan-ketentuan-ilahi-ameera-ramlee/

IKLAN

https://www.facebook.com/search/top/?q=mingguan+wanita