Dimadukan Suami Dengan Bibik, Puncanya Isteri Tak Cakna Rumah Tangga Sebab Sibuk!

Dimadukan? Itu perkara yang SANGAT DITAKUTI oleh para isteri. Ya, isu yang dibawakan kali ini memang ‘taboo’. Kalau boleh, isu ini mahu ditutup dan ditanam dalam petala bumi kerana ianya sangat menakutkan para isteri.

Isu suami yang entah macam mana boleh terpikat dengan pembantu rumah dan akhirnya menjadi madu. Aduh, terasa jatuh harga diri! Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation (Facebook/Nota Emas Untuk Isteri)

Bayangkan jika perkara ini terjadi pada anda. Sudah tentu anda dengan segala hujah yang kukuh daripada berkongsi baik serahkan terus suami itu kepada ‘madu’ baru anda itu untuk menjaganya. Saya tahu anda panas hati sekarang.

Sudut Perseptif Suami Kenapa Dimadukan Isteri?

Sekarang tarik nafas dalam-dalam dan teruskan membaca. Saya akan kongsikan daripada perspektif lelaki dan sebagai suami kenapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Anda boleh terkejut selepas ini tetapi apa yang lebih penting anda sudi mengambil langkah penambahbaikan sekiranya ada perkara yang terlepas pandang selama ini.
Satu soalan yang selalu terpancut daripada orang mendengar berita ini ialah “Eh..dah tak ada perempuan lain ke? Pembantu rumah warga seberang pun jadi?

IKLAN

Dimadukan Suami Dengan Bibik, Puncanya Isteri Tak Cakna Rumah Tangga Sebab Sibuk!
Dimadukan Kerana Alpa Layan Anak

Jawapannya ‘memang jadi!’. Ini bukan isu perempuan warga seberang lebih baik tetapi isu suami tidak merasai lagi yang isterinya bertindak sebagai ‘ibu’ kepada anak-anaknya.

Tahukah anda bahawa walaupun tidak dicanang hari-hari dalam radio atau TV tentang kasih ayah tetapi seorang bapa sangat sayang kepada anak-anaknya. Dia mahu anak-anaknya dimanja, dijaga dan dihargai.

IKLAN

Jika isteri terlalu sibuk dengan kerjaya dan pembantu rumah pula yang gigih memasak dan menguruskan segala hal anak-anak, pasti ada isyarat lain yang muncul tanpa sedar dalam fikiran suami. Dia memang tahu bahawa perempuan itu hanya pembantu rumah tetapi sesiapa saja perempuan yang berlaku baik kepada anak-anaknya pasti akan mendapat perhatian istimewa.

Jangan Lupa Manjakan Suami

Satu lagi perkara yang ramai isteri terlupa ialah tidak ada lelaki yang tidak suka dimanja. Seorang anak lelaki akan manja dengan ibunya walaupun sudah berkahwin. Makan pakai dan makan minum dijaga.

IKLAN

Kajian telah menunjukkan interaksi antara dua individu berlainan jantina dan berkaitan empat perkara tadi merupakan kunci kepada hubungan yang lebih rapat. Betul isteri bekerja dan menyumbang kepada ekonomi keluarga tetapi suami yang berada di rumah itu tetap lelaki. Jika dalam seminggu tidak ada hari yang isteri memasak di rumah kerana sibuk dengan kerjaya, maka siapakah yang akan memasak untuk dia?

Bibik Lagi Cemerlang Dalam Urusan Rumah Tangga

Lebih berisiko lagi apabila pembantu rumah itu sangat cemerlang. Dia bijak membaca apa lauk yang disukai, minuman apa yang digemari dan semua telah terhidang setiap kali suami anda balik dari pejabat. Cuba ingatkan semula kenapa suami terpikat dengan anda suatu masa dahulu? Jika anda fikir dia sudah lupa dan anda boleh mengabaikannya maka eloklah anda kembali semula ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Suami yang macam mana berisiko terjebak begini?

Pertama; suami yang berkemampuan daripada segi kewangan dan berkuasa penuh. Kalau dia kata jadi maka jadilah perkara itu.

Kedua; suami yang mempunyai isteri yang kaya.

Ketiga; suami yang merasakan isterinya tidak sebagaimana yang diharapkan sebelum berkahwin dulu walaupun telah diberi peluang berulang kali.

Keempat; suami yang tidak dapat menguasai isterinya yang terlalu dominan. Setiap kata suami akan dipangkah keras. Semua salah dan semua tidak betul. Suami mahu mendengar pendapatnya betul dan nasihatnya didengar. Jika anda tidak mahu mendengarnya maka dia mencari perempuan lain yang mahu mengangguk kepala kepadanya.

Bibik Tu Sendiri Ada Agenda Peribadi

Namun tidak boleh dinafikan isteri juga berhadapan risiko dengan pembantu rumah yang mempunyai agenda peribadi. Hidup ini adalah perjuangan. Dia juga berjuang untuk hidup senang. Dia tidak berhasrat untuk mengambil semua. Cukuplah berkongsi seorang ‘suami’ bersama anda. Yang ini hanya anda sebagai isteri yang perlu menyedari dan mengatasinya. Suami hanyalah insan biasa yang kadangkala rela dan pasrah juga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI