Bulan Ramadan bulan seribu rahmat dan rezeki.Ramai yang merebut peluang melipatgandakan amalan dan pendapatan pada bulan puasa ini. Bagi yang berhasrat nak berniaga makanan mahupun minuman pada bulan Ramadan nanti di sekitar Kuala Lumpur, boleh memohon Permit Sementara Bazar Iftar Ramadan dari DBKL yang kini telah dibuka mulai 10 FEBRUARI 2020 secara online. Permohon dibuka hanya dalam masa 7 HARI.
SYARAT PERMOHONAN
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
Beragama Islam sahaja.
Menetap di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.
Pemohon dibenarkan memohon satu lokasi sahaja.
DOKUMEN LAMPIRAN
Salinan Kad Pengenalan.
Gambar berukuran passport berlatar belakang biru gelap.
Salinan Buku akaun bank atau salinan /slip penyata akaun yang disahkan oleh bank. * perlu dibawa semasa sesi taklimat bagi pemohon yang berjaya sahaja.
Bil air/elektrik/utiliti/astro atas nama dan alamat tempat tinggal pemohon.
KADAR BAYARAN
SYARAT LANTIKAN PEMBANTU
i. Pembantu hendaklah warganegara Malaysia sahaja.
ii. Berumur 18 tahun keatas.
iii. Maksimum hanya 2 pembantu bagi 1 lokasi sahaja.
Ads
CATATAN :
Pendaftaran permohonan Bazar Iftar Ramadan hanya boleh dibuat melalui dalam talian (online) secara individu sahaja. Sebarang surat menyurat tidak diperlukan. Permohonan secara online yang tidak lengkap, dokumen tidak jelas dan maklumat palsu akan ditolak.
Tarikh TUTUP permohonan adalah pada 17 FEBRUARI 2020.
Ads
Untuk senarai lokasi dan maklumat lanjut, boleh layari disini.
PEMBERITAHUAN
Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Penjaja ada menyediakan kaunter khidmat bantuan bagi membuat permohonan atas talian di Tingkat 4, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.
Ads
Sebarang pertanyaan berkaitan:
1. Permohonan – 02-2028 2536 / 2537 / 2538 / 2541
2. Lupa kata laluan – 02-2028 2605 / 2607 / 2609 / 2629 / 2621
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mak-mak yang berminat untuk berniaga dan menambah pendapatan pada bulan puasa nanti. Segera memohon, jangan terlepas peluang ini iya.
Suasana suram menyelubungi perkarangan Masjid Gombak Utara. Orang ramai yang hadir di situ, punya satu tujuan, mahu memberikan penghormatan terakhir untuk Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 yang ramai semua kenali sebagai Abam.
Bila mana van jenazah memasuki pintu belakang masjid, orang ramai berpusu-pusu mendekati van jenazah. Jenazah Abam dimandikan dan disembahyang di situ sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
MasyaAllah… sungguh Allahyarham Abam ini disayangi ramai. Ramai yang mengiringi solat jenazah Allahyarham petang tadi. Termasuk, sahabat handai, sanak saudara malah rakan artis Allahyarham berada di masjid Gombak Utara petang tadi.
Pemergiannya ini begitu dirasai.
Sebagaimana perkongsian PU Amin dalam instagramnya, Allahyarham begitu dekat dengan kerja-kerja dakwah. Satu sikapnya yang ramai tidak tahu, bila ada undangan program dakwah, Allahyarham pasti akan penuhinya.
Kongsi PU Amin,
Ya Allah ampunkan dia , peliharalah dia , tenangkan dia , jadikan kuburnya daripada taman taman syurga , muliakan kedudukan nya , Ya Allah muliakan roh nya . Semoga Syed Umar akan bahagia dan damai di kehidupan akhirat . Lawak dan gelak tawa kita bersama di atas dunia ini akan terus di ingati .
Semua orang sayang abam . Abam nanti kami akan ikut serta . Berehatlah dari dunia penuh kepenatan ini . Akhirat tempat berehat . Selesai sudah tugas abam menghiburkan kami .
Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah . Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga . Itu kuat nya abam . Insan Mulia . Allah lebih mengetahui .
Saya minta kawan kawan sama sama kita hadiahkan Al Fatihah kepada Arwah Syed Umar @ abam . Kematian sangat dekat dengan kita . Mati datang tanpa tanda . Bersedialah kita semua .
MW : Al Fatihah.. moga Allah tempatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan di kalangan orang-orang yang soleh.
Pelakon Fasha Sandha berkongsi berita gembira dengan para peminatnya di instagram. Kandungannya kini sudah 15 minggu, bermakna dalam trimester kedua. Lebih membahagiakan, dirinya bakal melahirkan bayi perempuan.
Fasha juga berkongsi video suprise mengumumkan jantina anaknya itu kepada suami dan anak-anaknya. Melompat gembira mereka bila dapat tahu akan terima seorang lagi ‘girl’ dalam keluarga kecil mereka.
Kongsi Fasha,
It’s a GIRL . Syukur Alhamdulillah #baby2020
Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni , akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat. Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi.
Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor.
Kehamilan di usia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim) 3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat.
Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah. Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi.
Fuh! lega. Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu) , kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah . Syukur tak terhingga..Sehingga hari ni, di atas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah.
Video ni kenangan hanya kami ber4, di atas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video daripada @reymokhtar Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni.
Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang.
My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan , Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH. Ini adalah #instaikhlas khas daripada saya untuk membantu ibu-ibu lain. Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA.
Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael #iburayfalraysha
Perkahwinan pertama Fasha dikuniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 5 tahun.
Setakat hari ini sejumlah 10 kes positif korovirus dicatatkan di Malaysia. Terkini seorang lelaki berusia 41 tahun, dari Selangor disahkan positif wabak koronavirus baharu (2019-nCoV). Menjadikan kesnya, rakyat Malaysia pertama dijangkiti.
Sebelumnya, lelaki itu dilaporkan pernah ke Singapura untuk menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Perjalanannya bermula dari 16 hingga 22 Januari lalu.
“Pada 23 Januari lelaki ini pulang ke tanah air, dan mula mengalami demam dan batuk pada 29 Januari. Dia mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor.
“Kemudian, kesnya dirujukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan dimasukkan ke wad isolasi. Lelaki itu dilaporkan stabil,” kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Keluarga terdekat lelaki berkenaan juga akan diletakkan dalam ‘home surveillance’ selama 14 hari.
Dalam kenyataannya lagi, Dzulkefly memaklumkan seorang warga China berusia 63 tahun berasal dari Wuhan turut didapati dijangkiti 2019-nCoV.
Pada 18 Januari lalu, lelaki itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Lima hari kemudian, dia mengalami demam ringan.
Dia mendapatkan rawatan pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan keadaannya dirujukkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dia diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) selama 14 hari.
Sehingga 2 Februari demamnya masih berterusan dan lelaki itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dia disahkan positif koronavirus pada 3 Februari.
Bermakna sejumlah kes positif koronavirus ini, 9 daripada warga China dan seorang dari Malaysia.
MW : Sebaiknya elakkan daripada berada di tempat yang sesak ya mak ayah. Dan amalkan lah doa elak bencana wabak sebagaimana yang diajarkan oleh ustaz.
Kisah pensyarah wanita, Dr. Hanis Hidayu Kasim, 39, pernah tular kerana kejayaannya meraih ijazah doktor falsafah (PhD) dari University of Cambridge, United Kingdom tanpa sebarang pembetulan.