Sebelum ni jika nak beli Kepingan Ayam BBQ macam ni memang teragak-agak, sebab harganya boleh tahan mahal. Malah ragu-ragu cara pembuatannya serta bahan-bahan yang digunakan. Bila buat sendiri lebih jimat, puas hati makan malah terjamin status halalnya. Rupanya guna ayam bahagian peha dan dinikmati 3 atau 4 hari selepas dibuat, barulah rasanya lebih sedap.
Kepingan Ayam BBQ ni sedap dimakan begitu sahaja atau diletak pada sandwich.
Kepingan ayam BBQ. Benda ini memang mahal dibeli di Malaysia. Di negera Belanda, memang tak de. Jadi eksperimen buat sendiri je. Ini kali kedua saya buat ni. Memang sedap.
Saya tak suka beli daging ayam kisar kat supermarket. Saya beli daging peha ayam yang berlemak sedikit dari kedai orang Turki di sini. Basuh daging hingga jernih, buang lendir-lendirinya, pastu kisar dalan blender. Baru rasa puas nak makan.
Bahan-Bahan:
500 gm Daging peha ayam yang ada lemak
(Bahan perapan) :
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil air mawar https://invol.co/cl8iqp4
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu kecil Minyak Bijan
1 sudu kecil Kicap Pekat
1 sudu kecil Sos Ikan
½ sudu kecil Five spice powder https://invol.co/cl8iqnn
80 g Gula secukupnya (Saya letak 50 gm)
2 sudu besar madu atau golden syrup
Kalau nak pedas, letak serbuk cili sikit
Cara Membuat:
1. Kisar peha ayam, selepas itu tambah bahan perapan & kisar lagi. Jangan hancur sangat.
2. Perap ayam kisar ni di dalam peti sejuk semalaman.
3. Ratakan dengan rolling pin dalam 2mm tebal.
Ads
4. Ratakan macam ni baru nampak cantik.
5. Bakar di dalam oven selama 15 minit 160°C di rak bawah. Selepas 15 minit keluarkan dan biarkan sejuk.
6. Potong dalam kepingan ikut suka hati. Selepas itu sapukan maltose atau madu, grill di dalam oven di suhu 230°C selama 3 minit . Keluarkan.
Ads
7. Terbalikkan kepingan ayam ni, sapu lagi madu, dan grill untuk 3 minit lagi 230°C. Atau hingga kepingannya jadi kemerahan seperti di dalam gambar di atas.
8. Dah siap lah. Biarkan sejuk.
9. Siap! Boleh terus dimakan. Tapi kalau nak makan panas sikit boleh juga. 1 minit panaskan.
10. Nipis macam ni baru best. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, makan kepingan ayam selepas 3 atau 4 hari selepas di buat.
Mingguan Wanita: Wahh bolehlah cuba buat sendiri kepingan ayam BBQ ni. Nak beli memang mahal, malah ragu-ragu cara pembuatannya serta bahan-bahan yang digunakan. Bila buat sendiri lebih jimat malah terjamin status halalnya.
Bila masuk cerita bab dapur, pastinya ramai nak tahu cara praktikal yang mudahkan kerja mak-mak di dapur. Tambahan pula kalau anda jenis keluar bekerja. Betul tak?
Haaa… ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pastikan pokok daun sup di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya mudah kupas telur kalau ikut video yang dirakam Puan Najah Farahin ini. Anda cuba perlukan 2 step yang tak merumitkan kepala. Dan paling penting, tak perlu tunggu lama.
“Sebenarnya video ni Najah buat untuk students Kelas Online Sandwich Ekonomi Najah. Kalau nak kupas telur sebiji dua tu ok lagi. Buatnya macam Najah pernah dapat order sandwich untuk 3 papan telur. Nak dekat 100 biji tu. Takkan nak ketuk sebutir-sebutir kan.
“Anak murid Najah pun dah dapat order sandwich telur banyak sekarang ni. Tahniah anak-anak murid ku. Bangga cikgu taw!”
Teknik Mudah Kupas Telur
1. Lepas siap rebus telur tu. Lalukan atas air paip lebih kurang 5 minit. Nak bagi telur sejuk. Pastikan telur betul-betul sejuk.
2. Masukkan at least 10 biji dalam periuk dan goncangkan sehingga kulit telur tu tertanggal dengan sendiri. Kalau rebus sepapan tu janganla goncang sepapan terus. Berat nak goncang pula periuk tu.
Tengok Video Nak Lagi Faham
Najah buat versi lemah lembut ja tu. Sebab nak rakam video. Ikutkan staf Najah lagilah dia buat laju kemain. Tertanggal semua sekali kulit telur tu.
Bagi orang Johor dan Melaka, menu Asam Pedas ni bagaikan satu kemestian. Nak buat Asam Pedas yang sedap, cantik warnanya kena pastikan tumis cabai dengan lama sehingga betul-betul masak garing. Malah kuahnya mesti pekat, secukup rasa masam dan pedasnya. Tak kisah guna apa jenis ikan pun, daging mahupun ayam.Semuanya sedap. Namun, ikan kembung selalu menjadi pilihan kerana ia isinya ‘manis’ berlemak.
Mak-mak penggemar asam pedas, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini.
Asam Pedas Ikan Kembung Lemak. Menu favourite arwah ayah. Arwah ayah orang Johor. Memang boleh kata seminggu tu mesti ada menu ni mak masak. Anak dia kalau masak kadang-kadang jadi, kadang-kadang idok.
Tip mak, tumis cabai tu kena lama, biar betul-betul masak. Alhamdulillah, hari ni mood asam pedas sis berkerjasama dengan baik.
Resepi ni ikut style saya ye, kalau tak sama dengan tuan, puan, maaf ya. Sebab ada bahan saya memang tak masukkan.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG LEMAK
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh
2 senduk cili blend
Bahan lain:
Ikan kembung @ ikan apa-apa pun ok
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blend sampai betul-betul pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3.Dah didih boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4.Last sekali letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh.
Info Ekstra!
Nak pekat bahan-bahan kena banyak, tak cukup nanti kuah cair tak best.
Saya suka masak guna kuali besar macam ni. Senang nak kacau.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...