Sesungguhnya nafkah seorang isteri wajib diberi dahulu, barulah disusuli taat isteri, umpama mahar yang dibayar tunai ketika majlis akad nikah.
Jika seorang suami memberi nafkah dan memenuhi segala keperluan seorang isteri, sudah tentu isteri akan membalas segala kebaikan suami yang amat bertanggungjawab. Betul tak?
Mana mungkin seorang isteri sanggup mempersiakan seorang suami yang baik dan menjalankan segala tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Nafkah Wajib Diberi Dahulu
Kongsi Peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli, suami itu memenuhi segala keperluan dan kehendak si isteri dan sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membahagiakan isteri mengikut kemampuan.
Jika ini yang ditunjukkan oleh sang suami, maka layaklah suami itu memperoleh seorang isteri yang taat hingga hujung nyawa.
Tanpa kunci utama, manakan wujudnya kunci pendua, kerana segalanya bermula dari ketua yang berjanji berakad untuk membahagiakan seisi keluarga.
Dah macam mana pula kalau suami sudah berusaha dan bersungguh-sungguh mencipta bahagia namun tidak dihargai setelah berusaha???
Jawapannya :
1. Sama ada suami itu belum cukup usaha dengan bersungguh-sungguh, ATAU
2. Isteri itu yang tidak dijodohkan untuk kekal bersama.
Jika jawapannya adalah 1, dan anda yakin masih belum cukup berusaha, maka teruskan usaha untuk kecapi nikmat bahagia.
Namun jika anda telahpun cukup berusaha maka jawapannya yang sesuai adalah 2, pilihlah untuk kekal atau melepaskannya.
Kerana berdasarkan sabda Nabi SAW., daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Ads
“Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud – 1692)
Dan di dalam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (men-jadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediakan) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf. (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Umpama Mahar Dibayar Tunai
Persoalan taat dan nafkah, mana datang dulu?
Nafkah wajib diberi terlebih dahulu, disusuli taat seorang isteri. Umpamanya mahar perlu dibayar tunai terlebih dahulu sebelum mendatangi isteri itu.
Ayuh kita CIPTA BAHAGIA,
Jangan kita CIPTA DERITA,
Kerana yang membahagia pasti ke syurga,
Ads
Yang mencipta DERITA, kelak kau akan ke neraka sebagai PENDOSA.
Mingguan Wanita : Soal rezeki, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Usahlah membandingkan pasangan kita dengan orang lain, berusahalah untuk menjadi suami atau isteri terbaik dengan cara tersendiri.
Tak ramai suami dapat memahami sikap isteri yang banyak tak kena di matanya. Waktu bercinta, kekurangan isteri dilihat sebagai lucu, comel. Bila sudah jadi isteri, yang lucu.. yang comel jadi menyusahkan. Hilang sifat sabarnya. Tanpa suami sedar fitrah isteri itu sendiri diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok.
Persefahaman, kata sepakat susah nak jumpa titik temunya. Suami mula cop isteri degil, tak dengar kata. Mula-mula isteri boleh sabar, lama kelamaan kata-kata itu jadi makan dalam. Menjeruk rasa dan akhirnya isteri berdendam.
Belum pun setahun berkahwin, hubungan dah bergolak bagai tak jumpa jalan penyelesaian. Jangan.. jangan.. jangan sampai penghujung kisah jadi penceraian. Sebut memang mudah, tapi meruntuhkan rumah tangga dengan talak menggegarkan arasy Allah. Bukankah penceraian itu perkara halal namun dibenci Allah.
Bermula dengan soalan yang dikemukakan pendengar tentang kerinduan seorang isteri terhadap suaminya, Ustaz Azhar Idrus memberikan nasihat.
Ianya nasihat yang baik untuk pasangan suami isteri berdepan dengan apa juga konflik rumah tangga. Dengan satu pegangan iaitu suami perlu menerima kekurangan isteri, dapat menjernihkan kekeruhan rumah tangga.
Fahamkan Fitrah Seorang Isteri
1. Jika Berjauhan Dengan Suami, Luahkan Dengan Cara Betul
Suami isteri akan ada rasa rindu dendam. Terutama yang hubungan jenis jarak jauh. Jika ada rasa rindu, janganlah diluah pada orang yang salah. Misalnya luahkan di facebook. Cara itu salah, sebaliknya biar suami saja yang tahu. Tak perlu up status dan set to public waima set to friends sekalipun.
Nasihatkanlah isteri agar tidak berkongsi hal-hal yang terlalu peribadi sehingga mengundang bahaya dalam rumah tangga di facebook. Ini bukan saja akan merugikan dirinya malah mengundang bahaya.
2. Jangan Larang Sangat, Jangan Biar Sangat
Fitrah wanita itu dijadikan dari tulang yang paling bengkok. Jadi dia tak boleh dilarang sangat. Bimbang merajuk akan putus asa lah nanti dirinya. Dibiarkan sangat pun tak boleh, kerana suami juga yang akan susah nanti.
Sebab itu, suami kenalah bijak memain peranan. Berlembutlah dengan isteri. Tak salah jika melayan apa yang mereka kehendaki sebabnya isteri jugalah yang telah melahirkan anak-anak anda, menguruskan makan minum suami dan keluarga malah dialah yang menjaga rumah tangga sampai damai hati anda. Sebab itu, kena bersabar dan uruskan emosi isteri dengan bijak.
Video: Bermula Dengan Persoalan Rindu Seorang Isteri…
Sumber/Video : Youtube
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjaga anak perempuan tak sama dengan jaga anak lelaki. Masing-masing ada perangai dan cara tersendiri. Sebab itu, ada sesetengah mak ayah merasakan cukup berbeza dalam menjaga anak lelaki daripada anak perempuan.
Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. Hanya mak-mak yang ada anak lelaki dan perempuan saja tahu bezakan. Atau ada yang merasakan jaga anak lelaki atau anak perempuan sama saja.
Sebab itu, ada mak ayah yang diberi rezeki semua anaknya perempuan dan tidak kurang juga yang mempunyai semua anak lelaki. Tak perlu kecil hati atau sedih sebab semua itu Allah dah tulis di Luth Mahfuz lagi. Paling penting cara kita sebagai mak-mak menjaga anak itu dengan sebaik mungkin.
Dalam perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa ini, turut menekankan dalam mendidik anak perempuan. Mungkin orang cakap, anak perempuan rapat dengan ayahnya tapi ‘tak serasi’ dengan maknya.
Namun, dari segi rahsia perempuan, anak perempuan lebih selesa dengan maknya sebab sama-sama jantina. Tak kisah apapun, yang patut ditekankan adalah dalam mendidik anak perempuan.
Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan.
Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia ‘panas’ dengan ibunya. Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena.
Tapi, walau sayang macam mana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.
Maka, dengan anak perempuan kita kena banyak meraikan.
Bagaimana?
1. Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
2. Perempuan makhluk perasaan. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan. Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik. Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada uaminya pula.
3. Rumah dan ruang hidup Paling penting, anak perempuan kena dibiasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.
Lebih Susah
Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan.
Susah?
Sebab itu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina Syurga untuk ibu dan ayahnya.
Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan di sana.
Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insya Allah,
Dia akan mendapat anak perempuan yang terbaik dalam hidupnya.
#sweeterapi
MW: Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Jaga dan didiklah sebaik mungkin untuk jadi insan berguna.
Suami yang baik, tidak akan jadikan kekurangan isteri sebagai alasan untuk berlaku curang. Sebaliknya lelaki jenis ini banyak bersyukur dan menghargai isteri yang setia di sisi.
Kadang-kadang ada sesetengah suami sengaja mencipta alasan untuk berlaku curang kerana ada juga isteri yang cantik dan baik dicurangi.
Suami Yang Baik
Kongsi Azlan Noor, bagi saya, suami yang memang jenis baik, dia akan tetap kekal baik walaupun isterinya tak pandai jaga badan, malas exercise, kuat makan dan gemuk.
Dia tak kisahkan semua itu sebab dia tahu dia baik bukan sebab isteri dia. Walau macam mana sekalipun keadaan isteri dia, dia terima dan dia syukur adanya isteri disisi. Dia tak jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berlaku curang.
Tidak Akan Jadikan Kekurangan Isteri
Contoh lelaki baik pun ramai yang kita boleh tengok.
Dan kalau memang jenis yang jahat,
Dia akan tetap buat perkara jahat depan atau belakang isteri walaupun isterinya tu cantik jelita, kulit putih gebu, jaga akhlak, menjaga aurat, lemah lembut bicara, paling taat pada suami, tak pernah tolak permintaan suami dan ibu yang baik kepada anak-anak.
Malahan, dia tetap dengan sifat jahatnya sebab dia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dia sudah jauh tenggelam dalam belitan nafsu serakah dia.
Sebagai Alasan Untuk Curang
Segala yang baik isteri buat, tak pernah pun nak jentik hatinya untuk berubah dan hargai pengorbanan isteri yang terima sifat dan perangai buruknya itu.
Contoh lelaki jahat pun ramai yang kita pernah lihat kan.
Suami yang baik ni, berbeza dengan suami yang jahat,
Dia tak perlukan sebab untuk mencintai.
Malah, dia tak perlukan sebab untuk menyayangi
Dia tak perlukan sebab untuk jujur.
Juga dia tak perlukan sebab untuk setia.
Kerana ketahuilah,
Kasih sejati tak perlukan sebab.
Yang diperlukan hanya sekeping hati.
Hati yang menghargai.
Isteri pasti akan bertambah sayang bila suami sering hargai mereka dengan membeli hadiah, tidak kira hadiah kecilatau besar nilainya. Keikhlasan seorang suami menghargai isteri yang membuatkan wanitacair. Percayalah!
Mingguan Wanita : Sebenarnya curang itu adalah pilihan. Tidak kiralah isteri banyak kelebihan atau kekurangan, jika seorang suami memilih untuk curang, dia tetap akan curang biarpun dihalang.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...