Bila sudah berkahwin, suami jangan berkira dengan isteri dan mengharapkan isteri seorang yang menguruskan rumah tangga. Suami yang baik mesti ada rasa tanggungjawab dalam membantu membuat kerja rumah.
Jangan ingat kerja rumah hanya isteri yang layak untuk melakukan tanpa perlu bantuan daripada suami. Kononnya, segala kerja rumah ini bukan kerja lelaki.
Kadang-kadang, naik geram bila isteri sibuk di dapur, suami hanya duduk bersenang lenang menonton televisyen. Ini belum lagi ada anak. Macam mana pula kalau sudah ada anak dua tiga orang.
Suami yang bertanggungjawab tidak pernah sekalipun akan berkira dalam membantu isteri membuat kerja rumah. Malah, rasa tanggungjawab itu datang dalam diri sendiri dan ada suami yang ringan tulang dalam membantu isteri.
Kena fikir, isteri sama-sama bekerja untuk membantu mengurangkan beban suami. Jadi apa salahnya, ringankan tulang untuk membantu isteri. Mungkin dengan cara ini, rezeki makin bertambah-tambah.
Begitulah apa yang dikongsikan oleh Fadzli Aziz. Sebagai suami, patut bersyukur kerana isteri bukan sahaja membantu dalam mengurangkan bebab kewangan keluarga tetapi masa yang sama menguruskan kerja-kerja rumah. Patutnya kenalah sama-sama tolong dan sama-sama penat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bantu Isteri Buat Kerja Rumah, Tidaklah Dianggap Menjatuhkan Martabat Suami Pun!
ISTERI Gunakan Kudrat Bekerja BANTU Suami, Sampai Hati Suami BERKIRA Buat Kerja Rumah
Info Lebih Menarik DI SINI
Jangan Berkira – Suami Kena Tolong
“Saya penat kerja, balik mestilah saya nak berehat. Ni minta saya tolong kemas rumahlah, lipat baju lah.
“Lagi pun siapa yang suruh dia nak kerja. Sepatutnya dia uruskan rumah tangga” luahnya.
Betul-betul dia tak puas hati bila isteri asyik minta tolong uruskan kerja rumah.
Bila isteri tak sempat, dia bising dan membebel pada isteri.
“Tuan, tuan izinkan isteri kerja tak?” tanya saya nak dapatkan kepastian.
“Memanglah saya izin, tapi kalau balik rumah berserabut macam ni, penatlah”. Jawabnya seolah-olah buat kerja rumah satu dosa yang besar.
“Saya faham tuan. Tapi boleh saya tanya. Isteri tuan kerja, gaji dia besar tak? Apa yang dia bayar dan apa yang tuan bayar?
Tanggung Semua Belanja Rumah
Saya tau dia tengah beremosi, jadi saya cuba redakan emosinya dengan memfokuskan pada rasionalnya.
“Mmmmm…. gaji dia lebih besar dari saya. Saya bayar kereta dan bil utiliti. Rumah, sekolah anak-anak dan belanja dapur dia yang bayar. Hmmmm…”
Saya nampak dia macam kembali rasional bila dia jawab soalan saya.
“Kalau tuan tanggung semua, mampu tak? Dan jangan lupa, kerja suri rumah pun kena bayar gajinya. Macam maid. Boleh tuan?”
“Eh, kenapa jadi suri rumah nak kena bayar gaji macam maid pulak?”
“Yelah. Semua tugasan di rumah dia nak kena buat sedangkan dalam Islam kalau nak ikut contoh Nabi, kebanyakan Nabi SAW buat sendiri” jelas saya lagi.
“Hmmmm….” keluhnya.
Bersyukurlah
“Saya kalau jadi tuan saya sangat bersyukur dapat isteri yang macam tu”.
“Kenapa?” tanya dia semacam pelik.
“Bagi izin isteri bekerja ni adalah hadiah dan anugerah dari suami. Tanpa izin suami, isteri takkan bahagia dan berjaya dalam bekerja.
Disebabkan hadiah dari suami, isteri yang pandai menghargai pula membalas hadiah tersebut dengan berkongsi beban kewangan secara bersama.
Jadi tuan dapat hidup serba mencukupi kerana berkongsi bersama. Sedangkan pendapatan isteri adalah duit isteri semata.
Jangan Berkira
Jadi bertolak ansurlah kita dengan isteri. Jangan berkira-kira sebab kalau isteri berkira-kira dengan kita di akhirat nanti, saya yakin terlalu banyak lompang dan miskinnya kita kerana kekurangan kita.
Saling memberi tanda saling mencintai. Sama-sama penat tapi sama-sama memberi. Rezeki dikongsi bersama. Tanggungjawab urus rumah tangga juga dikongsi bersama, barulah ringan keduanya.
Tak kan pernah rendah maruah kita sebagai suami hanya kerana melakukan kerja rumah.
Bahkan bertambah mulia kita kerana sanggup bertolak ansur.
MW: Bila dah ada isteri, jangan letakkan semua kerja rumah di bahu isteri. Kenalah tolong dan membantu. Tak jatuh pun maruh suami kalau tolong isteri. Ingat tu!
Sumber: Fadzli Aziz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI