nafkah isteri

Bila hidup sebumbung, bukan bab nafkah sahaja akan jadi isu tetapi macam-macam ujian yang boleh jadi dalam rumah tangga. Cuit bab menguruskan rumah tangga, ini bukan tanggungjawab isteri semata-mata sebaliknya suami juga perlu turut serta seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Ini hujah Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie yang perlu suami faham.

Diceritakan daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya,

“Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi s.a.w kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” – hadis riwayat Al-Bukhari.

Hadis ini menjadi bukti bahawa kaum suami sewajarnya membantu para isteri melakukan kerja-kerja di rumah dan di dapur.

Bermaksud isteri tidak wajib menyelenggara atau mengurus rumah. Isteri juga tidak diwajibkan memasak. Bererti jika isteri tidak uruskan rumah tangga atau tidak memasak, si isteri bukan nusyuz.

Tapi, sememangnya menjadi fitrah kaum wanita untuk menguruskan rumah tangga, sejak zaman manusia hidup dalam gua lagi tatkala si lelaki keluar berburu maka si wanitanya menunggu bersama anak-anak kemudian apabila si lelaki balik bersama hasil buruan, maka si wanita yang menyediakan makanan dari hasil buruan tadi.

IKLAN

Isu yang jelas, kebanyakan pasangan suami isteri sekarang ni, bukan hanya suami yang keluar mencari rezeki sebaliknya si isteri juga keluar mencari wang membantu suami menampung perbelanjaan keluarga.

Kalau Rasulullah s.a.w, seorang kekasih Allah, masih boleh membantu isteri-isteri baginda dengan kerja-kerja di rumah, hebat sangatkah lelaki akhir zaman kini hingga enggan membantu isteri sedangkan isteri dah membantu anda menguruskan pembiayaan nafkah keluarga?

IKLAN

Syarat Isteri Wajib Memasak

Sama juga dengan memasak, hanya menjadi wajib dilakukan oleh isteri jika disuruh oleh si suami dengan syarat suaminya telah menyediakan segala bahan yang diperlukan atau memberikan wang yang bersesuaian bagi menyediakan hidangan yang disuruh oleh si suami.

Andai disuruh sahaja tanpa menyediakan keperluannya atau tidak memberikan wang yang perlu, si isteri berhak untuk tidak memasak. Dia juga boleh tidak membeli hidangan untu suami kerana tanggungjawab menyediakan makanan bukan tertanggung di bahu isteri sebaliknya dibebankan ke bahu suami.

IKLAN

Diceritakan, seorang sahabat bernama Hakim bin Muawiyyah bin Hidah al-Qusyairi r.a pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” – hadis riwayat Abu Daud.

Ingatan Untuk Suami

Ramai isteri tidak kisah bila suami kurang mampu membiaya keperluan (pengalaman dari kes-kes yang dikendalikan). Mereka bersedia membantu seikhlas hati tetapi mengharapkan pengertian dan penghargaan daripada suami. Sebab itu bila suami tak pandai urus rumah tangga:

1. Ringankan lah tulang melayan anak agar isteri dapat lakukan kerja rumah dengan selesa.

2. Kalau tak rajin nak tolong memasak, sesekali nyatakanlah pujian atas usaha isteri menyediakan hidangan. Menyenangkan hati isteri termasuk layanan yang baik yang menjadi tanggungjawab suami juga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI