Ada pelbagai jenis muruku. Selain muruku bulat, ada juga muruku panjang dan leper. Apa kata kali ini kita cuba buat muruku leper pedas rangup.
Resipi dan cara buat muruku ini berbeza sedikit daripada resipi muruku biasa. Sebabnya kali ini kita perlu mencampurkan cili untuk menjadikan muruku itu pedas.
Cara buat muruku ini pula adalah dengan menggunakan acuan leper untuk menghasilkan muruku panjang dan leper.
Apa kata kita buat sendiri muruku leper pedas rangup ini. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Doktor Pushpalatha Rama Rao ini.
Ads
Dia telah menggunakan resipi warisan turun-temurun ibunya serta resipinya sendiri bagi menghasilkan muruku leper ini.
“Muruku pedas krispi khas untuk Deepavali! Resipi mak + resipi saya sendiri…memang jadi….mmm….krispi dan rangup!” “Selamat mencuba dan selamat makan!
Resipi Muruku Leper Pedas Rangup
Bahan-bahan
1cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil ( ditumbuk)
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Air secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)
1-Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam doh chappati. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.
Ads
2-Campurkan kacang tanah dan daun kari yang di goreng dalam muruku tadi. Siap muruku leper pedas rangup.
MW: Muruku ini khas buat kalian yang suka snek atau kudapan pedas. Boleh cuba resipi ini kerana ia adalah resipi turun-temurun dan pastilah menjadi bila dibuat.
Jika ada jamuan atau pot luck untuk makan-makan, boleh pertimbangkan untuk buat Puding Milo Oreo yang sedap ni. Bahan-bahannya pun tak banyak. Bagi penggemar milo dan oreo, resipi ni memang wajib dicuba.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan As Lindasebagai rujukan;
“Pertama kali buat hari Ahad lepas, bawa ke open house club gym suami tapi tak sempat nak merasa. Jadi hari ni buat lagi”
Puding Milo Oreo
Bahan-Bahan:
10 gm agar-agar serbuk (1 peket)
750 ml air
130 gm gula (2/3 cawan)
400 ml susu cair (1 tin)
70 gm Milo (3/4 cawan)
1 bungkus Oreo
Cara Membuat:
1.Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut.
2.Masukkan gula dan masak hingga gula larut.
3.Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
4.Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo. Kacau adunan hingga sebati.
5.Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
6.Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu keras.
7.Baki adunan Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
8.Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit, toreh permukaannya dengan garfu supaya lapisan atasnya mudah melekat.
9.Tuangkan adunan putih perlahan-lahan.
10.Kemudian patahkan Oreo kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tadi.
11.Biarkan lapisan putih pula mengeras. (saya buat 2 layer adunan putih supaya Oreo menjadi 2 lapis).
12.Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo.
13.Simpan dalam peti ais sehingga keras sepenuhnya.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Nak cuba kelainan, mak-mak boleh buat Puding Milo Oreo ni untuk anak-anak dan keluarga. Sesuai sangat disediakan untuk jamuan atau makan-makan bila buat rumah terbuka.
Resepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Resepi Sambal Garing Pedas Homemade
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cara membuat :
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Cuaca panas ketika berpuasa, memang nikmat tak terkata apabila dapat minum dan berbuka puasa dengan air penyejuk badan Lai Chi Kang ini. Meskipun bahan-bahan dan ramuanyang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan dalaman serta boleh meredakan panas dalam badan.
Buat sendiri Air Lai Chi Kang ini di rumah lebih jimat dan berbaloi. Memang puas hati, malah mudah je nak buat.
Pagi tadi saya ke markit. Hari ni cadang nak buat air Lai Chi Kang. Kebetulan ada kedai yang jual timbang jadi tak la beli dalam kuantiti yang banyak. Nak minum beli dan buat. Saya beli bahan seperti dalam gambar.
Bahan-Bahan:
Barli Getah Anggur
Kundur
Biji Selasih
Kismis
Gula Batu Kembang Semangkuk
Longan Kering
Kurma Merah
Gula Kabung/ Gula Merah
Kulat Kering
Sehelai Daun Pandan
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, kecuali biji selasih dan kembang semangkuk. Rebuskan sehingga bertukar warna dan jadi lembut.
2. Sementara itu, rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan dan biarkan sejuk. Boleh juga ditambah dengan kiub ais.
Selamat mencuba.
Info Ekstra!
Bahan-bahan macam ni biasanya boleh di beli di kedai jual ubat-ubat cina.
Mingguan Wanita:Sedapnya minum air Lai Chi Kang waktu berbuka ni. Bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, malah ramuannya sangat berkhasiat dapat sejukkan badan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...