‘Mungkin jika abang tiada nanti, baru fikirkan soal jodoh.” Sanggup membujang demi abang.
Begitulah kasihnya seorang adik kepada abangnya yang mengalami down sindrom. Bimbang bakal pasangannya tidak mampu menerima keadaan abangnya membuatkan lelaki ini berfikir panjang untuk berkahwin.
Kisah dua beradik ini mulai viral di TikTok pabila Redzoashrofi kerap berkongsi video dia bersama abangnya dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
“Buat masa ini, biarlah saya membujang kerana tidak tahu ada atau tidak pasangan sanggup terima dan bantu menjaga abang jika berkahwin nanti,” kata Redzoashrofi Isa.
Redzoashrofi, 27, kini tinggal berdua bersama abang sulungnya, Mohamad Fariz Isa, 32, yang disahkan sindrom Down sejak lahir di Taman Ria Jaya, di sini, manakala dua adik-beradik lain duduk berasingan.
Perunding takaful itu menggalas tanggungjawab menjaga Mohamad Fariz selepas pemergian ibu, Eshah Lebai Awang dan bapanya, Isa Hassan.
“Ayah meninggal dunia pada 2006 kerana menjadi mangsa langgar lari diikuti emak empat tahun lalu berikutan penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.
“Sebelum meninggal dunia, emak sempat berpesan kepada saya untuk menjaga abang dan itu yang saya cuba lakukan.
“Mujurlah waktu kerja fleksibel, jadi lebih mudah untuk menjaga abang malah ada masanya saya bawa abang bersama ketika berjumpa pelanggan,” katanya.
Ads
Sanggup Membujang
Menurut Redzoashrofi, dia dan Mohamad Fariz rapat malah abangnya itu sangat manja dengannya.
Ikatan kuat itu yang menyebabkan mereka berdua tidak boleh berjauhan antara satu sama lain.
“Jika ada tugasan luar negeri sekalipun, saya akan bawa abang bersama kerana tidak sanggup tinggalkannya.
“Rindu rasanya jika tidak dapat lihat wajahnya walaupun sehari, namun saya pernah berpisah dengan abang ketika ditahan di wad selama dua minggu akibat dijangkiti Covid-19.
“Selepas sembuh, saya dimasukkan lagi ke hospital dua minggu kerana demam panas hingga sawan dan terpaksa minta bantuan orang lain untuk menjaga abang.
Ads
“Sepanjang di wad, abang asyik menghubungi saya menerusi panggilan video kerana rindu dan tidak boleh saya tiada bersamanya,” katanya yang juga anak ketiga daripada empat beradik.
“Sebelum meninggal dunia, emak sempat berpesan kepada saya untuk menjaga abang dan itu yang saya cuba lakukan.’ – Redzoashrofi.
Bercerita soal jodoh, Redzoashrofi mengakui dia ada keinginan untuk berumah tangga malah pernah ada teman wanita sebelum ini.
Bagaimanapun, hubungan percintaannya kecundang di pertengahan jalan.
“Saya sudah dua kali putus cinta atas sebab yang sama, jadi tidak mahu terlalu berharap lagi.
“Mungkin jika abang tiada nanti, baru saya akan fikirkan soal jodoh kerana bukan mudah untuk jaga abang kerana dia tidak pandai uruskan diri, jadi ada kalanya kencing dan buang najis bersepah.
Ads
“Kalau boleh saya tidak mahu bebankan isteri dengan semua itu, jadi biar saya yang hadap semuanya.
“Cuma saya sentiasa berdoa semoga diberi kesihatan yang baik kerana jika sakit, siapa yang akan menjaganya?” katanya yang aktif berkongsi kisahnya dan Mohamad Fariz di TikTok.
Mingguan Wanita : Syurga balasan mu. Semoga Allah memberkati kedua adik beradik ini. Betul-betul tersentuh melihat hubungan dua beradik ini yang sangat akrab.
Tahniah buat Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 66, selamat menimang cahaya mata ketujuh, pada jam 9.38 pagi tadi. Beliau berkongsi berita gembira kelahiran bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg) itu serta memaklumkan keadaan isteri dan bayinya itu dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah,”ujarnya.
Nama Anak
Terdahulu, Jamal pernah dilapor mahu memberi nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof kepada cahaya mata kelima hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.
Jamal dan Zai Izzati yang dinikahi pada 1 April 2017, dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Terdahulu, Datuk Jamal Abdillah pernah berkongsi keadaan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah ketika hamil anak kelima.
Mengulas mengenai kehamilan isterinya, Jamal berkata, ia adalah lebih kepada kurniaan rezeki Allah SWT.
“Ia adalah rezeki dan mungkin Allah nak menunjukkan kasih sayang kepada saya, jadi berikan tugas tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata ini.
Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Jangan tak tahu, rupanya dating suami isteri ini amat penting dalam rumah tangga. Ini pun salah satu cara nak buat hati pasangan sentiasa bahagia dan tenang.
Diam tak diam, dah 11 tahun pasangan selebriti, pengarah dan pelakon terkenal Fauzi Nawawi, 45 dan Lisdawati, 40 mendirikan rumah tangga.
Fauzi dikurniakan 8 orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.
Sebelas tahun bukanlah satu masa yang singkat bagi sebuah perkahwinan, malah itulah tempoh matang untuk perkahwinan yang dibina.
Lesen Cinta Perlu Perbaharui Selalu
Biar masa terus berjalan, Fauzi atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Bin Mohd Nawawi mengakui perlunya keluar berdua-duaan dengan isteri, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Binti Nazaruddin.
Akuinya, “Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta. Lesen cinta perlu selalui perbaharui untuk kekal sweet.”
Memang tak dinafikan dating berdua suami isteri, walau baru atau sudah lama berkahwin masa itu tetap perlu dilakukan.
Sebab dating bukan saja nampak sweet, malah masa inilah mak ayah boleh mengimbas memori indah berdua dan memenuhi keperluan emosi masing-masing.
Nampak simple kan dating tu, tapi kesannya hebat dalam memperkuatkan rasa cinta.
Tulang Belakang Kejayaan Ku – Fauzi Nawawi
Kesabaran seorang wanita selembut dan setegas Lisdawati bukan saja menawan hati suami, malah anak-anak tirinya cukup rapat dengannya.
Dan Fauzi amat berterima kasih dengannya. “Selain daripada ibu yang melahirkan aku, dia adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan aku di tempat yang selesa.”
“Jatuh bangunku sentiasa bersamanya, menjadi tulang belakang kejayaanku.” Luah pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama anugerah 2018 sempena meraikan hari lahir isteri lewat Disember lalu.
“Semoga Allah memberi berkah dan rahmatNya sepanjang hidupmu. I LOVE U so much. Till jannah, doakan yang terbaik untuk kami, insyaAllah,” doa Fauzi.
Ibu ayah arwah Nurly Shahirah tidak terima tetamu bermula 2-5 Julai, “Bagi peluang Umi dan abah berehat.” Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus sejak pemergian Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman pada 9 Jun lalu membuatkan keluarganya memohon sedikit ruang untuk berehat.
Ibu Ayah Arwah Nurly Shahirah Tidak Terima Tetamu Bermula 2-5 Julai, “Bagi Peluang Umi & Abah Berehat”
Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ahmad Nazrul di Facebook, keluarga arwah memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan orang ramai selama empat hari, bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2025.
“Untuk makluman, pihak keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah tidak akan menerima kunjungan sepanjang tempoh tersebut. Rumah keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu.
“Kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dan memahami situasi mereka. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik sekitar jam 8.34 malam, Sabtu.
Perkara itu turut mendapat perhatian abang kepada arwah, Najmuddin Azman, yang memuat naik semula kenyataan tersebut sambil memohon agar masyarakat memahami keadaan keluarganya ketika ini.
Menurut Najmuddin, ibu bapa mereka belum berpeluang berehat sepenuhnya sejak kejadian yang menimpa adiknya kira-kira tiga minggu lalu.
“Kami harap orang ramai beri ruang untuk umi dan abah berehat. Sejak kejadian itu berlaku, mereka belum betul-betul dapat rehat. Insya-Allah, bila ada kelapangan nanti, bolehlah datang menziarah,” katanya.
Difahamkan, pada Sabtu petang, pihak keluarga turut memasang tali penghadang di kawasan pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah.
Langkah itu diambil susulan dakwaan terdapat individu yang melakukan perbuatan khurafat dan syirik, termasuk mengambil tanah kubur arwah untuk tujuan tidak sepatutnya.
Terdahulu, Allahyarhamah Nurly Shahirah merupakan antara 15 individu yang terkorban dalam tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
Doa seorang ibu anak jadi mangsa nafsu serakah bertopeng Ustaz termakbul, Fathi Naim dipenjara 15 tahun. Allah sentiasa bersama orang yang benar.Doa seorang ibu...