Baru-baru ini pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim telah mencatatkan kejayaan manis apabila dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Datuk Rizalman Begitu Pemurah
Dek kerana rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk sosok ini begitu murah, semalam sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-49, personaliti hebat ini telah melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim atau Yayasan RI yang terdiri daripada bantuan dana dan pusat pengajian Islam.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Rizalman telah bersiaran secara langsung melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim (RI) secara maya.
“Assalamualaikum,
“Seperti mana yang dijanjikan alhamdulillah panjang umur saya sempat buat live untuk saya mempamerkan dan melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim ataupun Yayasan RI.
“Kita ada masa untuk lancarkan yayasan ini secara maya sebab sepatutnya pada waktu ini saya dan seluruh krew dan staff pendidik Yayasan RI patutnya berada di Pasir Gudang, Johor tetapi malangnya kekangan COVID-19 dan pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya kita tak boleh nak rentas negeri.
Ads
“Esok juga (hari ini) adalah sambutan Maulidur Rasul jadi sedang eloklah mengapa tarikh tahun ini amat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya dan esok adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW bersebelahan maka dengan santunan daripada Allah SWT memberikan peluang dan juga rezeki yang sangat mencurah, kelapangan kesihatan dan usaha kami dipermudahkan bagi melancarkan tempat pertama Yayasan RI iaitu di Pusat Pengajian Al-Qari.
Kongsi Rezeki
“Yayasan RI perancangannya bermula bulan Mei, saya ada membaca DM pasangan ustaz dan ustazah yang mengendalikan pusat pentadbiran pengajian Al-Quran, bila saya baca saya tersentuh bila sumber pendapatan dan perjalanan untuk mendalami al-Quran mengalami masalah sewaktu COVID-19. Saya pun balas balik nak beritahu jomlah kita bincang, di mana ustaz dan ustazah carilah sebuah tempat di mana saya biaya tempat ngaji kesemuanya. Itulah kisahnya mengapa saya buka Pusat Pengajian Al-Qari di situ. Matlamat penubuhan dan hasrat kami sebenarnya RI adalah untuk membuka Pusat Pengajian Al-Qari ini di seluruh Malaysia.
“Bila saya buka RI Network, rezeki berlebih, menerusi Yayasan RI kita boleh membantu orang dan mendapat pahala yang berterusan. Boleh ajak semua orang mendapat pahala, sesiapa saja sesama muslim yang menyumbang secara jariah dan membeli produk atau barangan dari RI Network boleh beramal secara tidak langsung. Kerana kami akan mengambil sedikit keuntungan untuk dimasukkan ke dalam Yayasan RI untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” ujarnya.
Ads
Kelas Bimbingan Al-Quran Secara Percuma Kepada Golongan Dewasa
Difahamkan juga penubuhan Pusat Pengajian Al-Qari yang pertama di bawah Yayasan RI ini adalah untuk menawarkan kelas bimbingan Al-Quran secara percuma kepada golongan dewasa.
Hasil kutipan sumbangan daripada Yayasan RI juga akan membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan ilmu untuk sama-sama mendapat manfaat.
“Terima Kasih Yang Beri Ucapan & Mendoakan Buat Saya”
Rizalman juga tidak lepas peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya di laman sosial yang memberi ucapan dan mendoakan untuk beliau.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan ulang tahun kelahiran buat saya. Malah terima kasih kepada pengikut seramai 1.1 juta pengikut di Instagram, yang mendoakan buat saya. Ramai yang berikan hadiah, yang tidak ada nilai dari apa sekalipun. Kita kena ada kasih sayang sesama Allah dan sesama makhluk,” ungkap Rizalman yang turut mendoakan agar di alam akhirat juga kehidupannya di permudahkan oleh Allah.
Kembalikan kesegaran badan yang letih lesu dengan jamu air rebusan rempah daun sirih. Bagusnya air rebusan rempah daun sirih ini, ia juga boleh jadi ikhtiar untuk anak-anak yang batuk. Tapi usia anak mestilah 5 tahun ke atas.
Wanita ini, Amanda Tan yang lebih mesra dengan gelaran Amoi Jamuberkongsi dengan Mingguan Wanita tatacara membuat jamu air rebusan rempah daun sirih ini.
Bahan Dan Cara Membuat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
3 lembar daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
1/2 sudu teh kecil buah pelaga
1 inci halia tua
Ketuk buah pelaga dan bunga cengkih supaya boleh keluar bau dan aromanya.
Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersih.
Sukat 5 cawan air dan masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Lepas mendidih, tutup periuk, tutup api dan diamkan periuk selama 10 minit.Tambahkan madu sebagai pemanis (jika perlu). Gunakan sudu plastik.
Air rebusan rempah daun sirih siap diminum.
Nota : Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan , bila-bila masa sahaja sebagai air teh .
Syarat Nak Jadikan Ikhtiar Anak Batuk & Kegunaan Mak
√ Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.
√ Sesuai untuk lelaki dan wanita.
√ Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
√ Sudu Plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
√ Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
√ Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
√ Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.
√ Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.
Manfaat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
– Merawat batuk
– Rawat sakit tekak dan mulut
– Menghilangkan bau badan
– Mewangikan badan
– Membuang angin badan
– Melegakan urat saraf
– Menyegarkan kembali badan
– Merawat masalah keputihan untuk para wanita
Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Koperal Muhamad Akmal kongsi gambar bersama keluarga, posting terakhir sebelum terkorban kemalangan. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam, sempat berkongsi momen terakhir bersama keluarga tercinta hanya sehari sebelum tragedi meragut nyawanya.
Koperal Muhamad Akmal Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Posting Terakhir Sebelum Terkorban Kemalangan
Menurut rakan baiknya, Mohd Shafik Zainorin, arwah memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak di Facebook, lengkap dengan latar lagu ‘Kembalilah’, seolah-olah memberi petanda pemergiannya yang tidak disangka.
@mohdshafikzainorinLast story fb arwah semalam upload gambar dia sekeluarga dengan lagu yg dia letak seakan arwah tahu yg arwah akan meninggalkan isteri dan anak² beliau di dunia ini 🥺. Tak sangka arwah salah seorang yg terkorban dlm kejadian kemalangan antara trak FRU dengan lori bawak batu pagi semalam. Berehatlah sahabatku Yoh. Semoga setiap titik peluh dan keringat mu menjadi asbab pahala serta kebaikan disi Allah. Amin 🤲🏻 Al-Fatihah♬ original sound – Shafik Zainorin
“Posting terakhir arwah semalam (kelmarin) sangat menyentuh hati – gambar dia bersama keluarga dengan lagu yang membuatkan saya rasa seperti dia tahu dia akan pergi meninggalkan mereka,” ujar Mohd Shafik menerusi sebuah video di TikTok.
Shafik turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui sahabatnya adalah antara mangsa yang maut dalam pertembungan antara trak FRU dan sebuah lori membawa batu.
“Tak sangka Yoh (nama panggilan arwah) termasuk dalam senarai yang terkorban. Semoga segala kebaikan dan pengorbananmu menjadi bekalan pahala di akhirat,” katanya sebak.
Di ruangan komen media sosial, ramai warga maya turut menzahirkan kesedihan mereka apabila melihat gambar terakhir arwah bersama anak-anak kecil yang masih memerlukan kasih seorang ayah. Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan ini.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah dikebumikan pagi ini dengan penuh penghormatan polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak, Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau.
Hampir empat jam lalu, selebriti Fazura membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan pertamanya. Khabar gembira itu dikongsikan Fazura di dalam instagramnya @missfazura dan diiringi dengan tiga keping gambar hitam putih dirinya yang terkini disamping suami, Fattah Amin.
Pasangan romantis ini akhirnya mengumumkan khabar gembira yang dinanti-nantikan peminat mereka selama ini.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
MW dan team redaksi mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah Amin atas khabar gembira ini. Semoga tempoh PKP yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan berehat sambil memberi tumpuan kepada perkembangan kehamilan pertama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...