Sebaik Bebas Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Frontliner Buku Doa, Amalan Sepanjang Rawatan

Terharu dengan keringat dan air mata kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghadiahkan buku doa ‘Inilah Doaku’ buat frontliner yang bertugas di hospital berkenaan.

Buku doa ini sudah disusun Dr Zulkifli seawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Malah, menjadi amalan beliau sepanjang dirawat di wad Covid-19.

Buku Doa Disusun Seawal PKP, Akhirnya Jadi Amalan Sepanjang Rawatan

Kongsi Dr Zulkifli di laman twitternya,

“Saya tak ada apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang menguruskan saya sepanjang menerima rawatan di sini. Yakinlah Allah SWT menilai setiap titisan peluh dan air mata anda yang tertumpah demi perjuangan ini.

Buku “Inilah Doaku” adalah antara buku yang teristimewa di hati saya. Saya mula menyusunnya seawal PKP untuk berkongsi dengan umat Islam, doa-doa yang ma’thur dan sesuai dengan suasana pandemik ini.

Maha Suci Allah yang menggerakkan hati saya untuk menyusun doa ini; akhirnya turut saya amalkan sepanjang berada dalam rawatan COVID-19 di sini.

IKLAN

Boleh muat turun secara percuma http://mira.gov.my/buku/
(Klik dan download untuk dapatkan doa harian)

Sebaik Bebas Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Frontliner Buku Doa, Amalan Sepanjang Rawatan

PKPB Sudah Bermula, Bantuan Perlu Disalur Segera

Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta. Yang berkhidmat kerana-Nya DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta. Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”

IKLAN

Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.

Sebaik Bebas Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Frontliner Buku Doa, Amalan Sepanjang Rawatan

Belum Boleh Jumpa Sesiapa, Cuma Sidang Video

Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah.

IKLAN

Terima kasih kepada YAB PM, Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, KP Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hosp Tuanku Ja’afar.

Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”

Dr Zulkifli mula mendapatkan rawatan di HTJ sejak 5 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19. Dan beliau disahkan bebas Covid-19 pada 14 Oktober baru ini.

MW : Semoga Malaysia segera dijauhkan daripada wabak yang meresahkan ini. Sama-samalah rakyat Malaysia menjaga dan patuhi SOP walau di mana pun anda berada.

Sumber/Foto : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI