Bayangkan bagaimana perasaan seorang isteri apabila baru sahaja menyambut anniversary yang ke-10, suami pergi buat selamanya kerana Covid-19. Walaupun tak dapat jumpa, namun dia tetap bersyukur dapat bercakap buat kali terakhir dengan suaminya menerusi videocall.

“Pada saya, walaupun saya tak dapat pegang jenazah, peluk dia semasa dipusarakan. Tetapi alhamdulillah saya dapat melihat keadaan pusaranya tenang dan saya pun telah sempat buatkan batu nisan untuk kubur suami saya.

“Perubahan paling ketara pada saya selepas kejadian ini adalah paranoid untuk pergi ke tempat orang ramai. Ada stigma ketakutan dalam diri tapi saya cuba kawal diri dan kawal emosi.

“Saya perlu percaya dengan ketentuan Allah dan terima apa yang berlaku dengan tenang. Saya kena redha dan teruskan semangat untuk berjuang. Malah saya merasakan perlu untuk memberikan semangat serta kesedaran kepada orang lain lagi-lagi melihat kes Covid yang meningkat pada setiap hari sekarang,” katanya ketika dihubungi.

Ingat Menerima Nasib Sama

Lebih kurang lima bulan suami tercinta meninggalkan Aiza Syafinaz Shahak, 34 tahun. Biarpun perit tetapi Aiza redha dengan ketentuan-Nya. Secara tak langsung, kisah hitam ini membuatkan wanita ini merasakan kematian begitu hampir.

Sudah tentu lebih memilukan, Aiza Syafinaz tau mesra dengan panggilan Aiza disahkan positif Covid-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus yang sama pada 17 Mac lalu.

Walaupun kini wanita ini telah bebas sepenuhnya daripada virus berbahaya itu, tetapi Aiza tidak dapat melupakan pengalaman sebagai salah seorang pesakit Covid-19. Malahan Covid-19 memberi trauma yang mendalam buat diriinya.

Menceritakan pengalaman berdepan dengan virus itu, Aiza Syafinaz berkata, dia bersama-sama arwah suami, bapa dan ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 hingga 12 Mac lalu sempena menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-10.

IKLAN

“Ketika tahu saya juga dijangkiti virus Covid-19 dan merupakan kontak utama arwah suami, hati jadi tidak keruan, jantung bagai gugur ke bumi. Terasa kematian semakin hampir. Semuanya seperti satu mimpi ngeri,” ujar Aiza yang ketika itu membayangkan dia juga akan akan mengalami nasib yang sama seperti arwah suaminya.

Artikel Berkaitan:

Selepas Arwah Nenek, Daler Yusof Kehilangan Bapa Pula Akibat Covid-19

Sempat Solat Subuh Terakhir, Doktor Pakar Paru-Paru ‘Tewas’ Lawan COVID-19

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Pengalaman Yang Dilalui Cukup Berharga

Selepas lima bulan melalui saat getir itu, kini Aiza sentiasa pastikan dia sentiasa menjaga SOP dan kurangkan aktiviti diluar rumah jika tiada keperluan.

IKLAN

Menurut Aiza Syafinaz, berada 10 hari dalam wad Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa Cheras selama 28 hari, menjadi satu pengalaman yang menginsafkan.

Mengimbas kembali tanda-tanda awal jangkitan virus Covid-19, Aiza Syafinaz berkata dia mengalami symptom peringkat pertama. Dia mengalami sakit tekak, hilang deria bau, hilang deria rasa dan rasa tidak sedap badan seperti nak demam. Setiap orang berbeza simptomnya.

Selain Aiza Syafinaz dan arwah suaminya, bapanya Shahak Mohd Husin,58, dan ibu angkat, Junidah Othman turut positif Covid-19.

Cara Hilangkan Rasa Sedih

Aiza dan keluarganya sendiri tidak mengjangkakan mereka positif Covid-19 kerana Ketika itu Covid-19 masih baru dan semua orang masih belum peka dengan apa yang berlaku. Apatah lagi Covid-19 ini meragut insan tersayang.

“Oleh sebab itu, saya sangat teruja untuk berkongsi kesedaran dengan masyarakat diluar sana. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan amalkan norma baharu.

IKLAN

“Ramai lagi masih bersalaman, bersentuhan dan orang masih ingat apa yang berlaku ini sebagai gurau-senda. Sebaiknya orang yang di luar sana, jadi diri dan ingatlah orang tersayang. Hargailah selagi mereka masih ada,” katanya lagi.

Ujian Ini Mendekatkan Aiza Dengan Allah

Sesungguhnya ujian ini membuatkan Aiza semakin dekat dengan Allah SWT. Semenjak di hospital lagi, Aiza terbiasa mendirikan solat Tahajud seawal tiga pagi, kemudian solat sunat taubat di samping membaca Al-Quran.

Malahan tabiat ini menjadi amalan hingga ke hari ini. Memang ketika disahkan positif Covid-19, Aiza merasakan ajalnya akan tiba. Namun setelah negatif dan bebas Covid-19, Aiza merasakan seakan di beri peluang kedua untuk hidup semula.

MW: Semoga semua bekas pesakit Covid-19 dapat melalui kehidupan seperti biasa. Diharap masyarakat di luar sana menjadikan pengalaman Aiza sebagai iktibar buat kita semua. Berhati-hatilah dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga kerana Covid-19 masih berada di mana sahaja. 

Saksikan dokufilem “Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita” pada 12 Sep 2020 di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello dan Astro Awani.
#MalaysiaVsCovid19 🇲🇾 #KitaJagaKita #Malaysiaku #KitaSelamatBersama

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI