30 Julai ini merupakan hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istiadat kali ini disifatkan sebagai satu detik indah bersejarah yang akan menjadi kenangan untuk Seri Paduka berdua. Kerana, Seri Paduka akan bersemayam di atas takhta singgahsana kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Peristiwa ini bakal mencatat bingkisan sejarahnya yang tersendiri.
Ini kongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dalam rakaman video Datuk Rizalman,
Ads
Tunku Azizah tak dapat menahan emosi sedih, tuturnya, “Saya menangis sedih sebab ayahanda, bonda dan tuanku (ayahanda mentua) tak ada. Jadi sedihlah.”
Hati Raja Permaisuri Agong menjadi semakin sebak, “Sebab saya dan tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda dan bonda menggunakan takhta semasa menjadi Agong.”
Ads
“Dan saya dan tuanku akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya hiba sungguh.” katanya tak dapat menahan air mata terkenangkan ayahanda bonda yang telah tiada.
Mohon Doa Saya Dan Tuanku Dapat Jalankan Tugas Sebaiknya
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mohon agar rakyat mendoakan. “Doakan saya dan tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat. Dapat menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas kami sebagai Yang Dipertuan Agong dengan sebaiknya dan berkhidmat kepada rakyat.”
Dalam masa yang sama, Datuk Rizalman juga tak dapat menahan air mata dan sama sebak mendengar kata-kata yang dituturkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.
Sektor pekerjaan yang wanita luar biasa pilih ini jauh dari dunia glamour. Sanggup atau tidak melakukan kerja-kerja kasar yang dimonopoli kaum lelaki. Dan wanita luar biasa ini pilih untuk ambil risiko.
Wanita ini selayaknya diiktiraf dengan keberanian mereka menceburi dunia pekerjaan golongan adam. Antara wanita hebat ini, Juruterbang Wanita Pertama Air Asia, Kapten Datuk Norashikin Onn, jurukimpal dalam air wanita pertama di negara ini, Nurizzati Athira Mohamad Yusoff dan si manis Shazzatul Nahaqda Suleiman, yang bekerja sebagai pemotong daging di pasar.
Dua bidang berbeza namun tetap mempunyai risiko yang tersendiri. Jurukimpal kelahiran Selama, Perak ini baru berusia 22 tahun. Dalam usia muda, sudah dua tahun berkecimpung secara profesional menjadi jurukimpal di laut dalam
Terangnya, jurukimpal yang mencapai standard profesional dibayar gaji antara RM300 ke RM500 sehari. Setahun lalu, ketika masih baru dalam dunia ini purata gajinya antara RM2000 ke RM3000 ke atas.
Namun, risiko kerjayanya tinggi. Kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi ketika bekerja dalam air. “Tangki oksigen habis gas atau kena tarik dengan air. Macam-macam boleh jadi.”
Pernah juga dia berenang di laut dalam yang gelap gelita. Jalannya cuma berpandukan arahan saja. Itu belum dikira, dia sendiri pernah menangis kerana hampir rasa putus asa.
“Menangis sebab penat tak cukup rehat.” Akuinya jujur.
Tak mudah juga untuknya pada mulanya bergaul dengan rata-rata rakan sekerja lelaki. Bekerja di sektor yang dikuasai lelaki itulah harga yang perlu dibayar.
Shazzatul Nahaqda Suleiman, mengambil alih perniagaan ayah sejak dua tahun lalu. Menjadikan dirinya generasi ketiga yang berniaga daging di pasar.
Biar pun miliki Diploma Kejuruteraan Binaan dari Kolej Vokasional, beliau buang rasa malu dan teruskan berniaga di pasar. Daripada paksaan ayah yang mintanya membantu setiap kali cuti sekolah, lama kelamaan alah bisa jadi tegal biasa.
Berniaga daging jadi satu pekerjaan serius untuknya. Dia uruskan segala termasuk stok daging untuk jualan. Malah tekadnya mahu menjadikan perniagaan jualan daging bukan sekadar dikenali. Malah mampu membekalkan stok lembu di pasar tempatnya berniaga.
Untuk itu, si cantik ini akan mencari stok lembu bukan saja di sekitar daerahnya malah luar negeri Johor.
Biar pun cuma berniaga di pasar, Nahaqda tetap tampil cantik. Bersolek cantik walaupun kerjanya memotong daging. Akuinya, dulu perwatakannya ’tomboy’ dan kasar. Selepas sekolah menengah barulah dia mahu bercantik-cantik.
Terdorong dengan kakak yang belajar andaman dan sentiasa cantik. Bila dia mahu melangkah ke pasar, ibunya akan mengusik. Kata ibu, “macam artis ke pasar.”
Namun, dialah si manis Nahaqda, penyeri Pasar Awam Maharani, Muar.
Kapten Datuk Norashikin Onn, memasang impian lama untuk menerbangkan pesawat. Dan tahun 2005, syarikat penerbangan tempatnya bekerja menerimanya bekerja tanpa diskriminasi wanita.
Menjadikan dirinya Juruterbang Wanita Pertama Air Asia pada tahun 2009. Kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki ini membentuk dirinya menjadi wanita yang berani.
Baginya seorang juruterbang perlu ada kefahaman dan kearifan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Biarpun dalam masa-masa getir, perlu bertindak tenang, tak panik malah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Satu ketika dulu, waktu bertugas di awam biru, beliau juga pernah berdepan cuaca buruk dalam perjalanan pulang dari China ke Malaysia. Kunci utamanya adalah bertenang dalam setiap tindakan. Malah ketika itu, beliau pernah bekerja selama 28 hari selama 100 jam.
Namun, kerjaya lasak ini tak merencatkan masa rehat wanita hebat ini. Beliau masih boleh melakukan riadah seperti selam skuba, mendaki gunung malah bermain piano.
Dan apakah sebenarnya yang mendorong wanita-wanita luar biasa ini menceburi bidang kerjaya lelaki? Adakah semata-mata kerana gaji yang tinggi, atau ada faktor lain yang mendorong.
Tentunya dengan adanya tenaga pakar yang dihasilkan di negara kita ini, Malaysia dapat mengecilkan kadar kekurangan tenaga pakar yang ada di negara ini.
Lebih hebat, apabila wanita-wanita hebat lagi luar biasa ini berkongsi ilmu, menjadi tenaga pengajar untuk melahirkan generasi kedua dalam bidang mereka.
Mak-mak yang masih tertanya-tanya dan mahukan anak-anak mengikut jejak wanita-wanita hebat ini, setia menonton Mingguan Wanita Talk Show esok, 10 Julai 2019 pada jam 11 pagi.
Di sebalik sifat kelembutan keibuan yang ada dalam diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tersimpan sebuah peristiwa zaman kanak-kanak baginda yang berenteran daripada kehilangan sijil kelahiran.
Titah Tunku Azizah, salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China. Disebabkan mukanya yang sedikit mirip orang keturuhan Cina, ayahanda baginda pernah memberitahu baginda dikutip dari tong sampak di Tong Shua (China).
Baginda juga dimaklumkan, kehilangan sijil kelahiran yang akan menyebabkan baginda dimasak dengan kari untuk dimakan bagi dilahirkan semula.
Disebabkan itulah, baginda takut selama beberapa hari pada ketika itu.
“Bayangkan mereka mahu potong saya dan masak dengan kari untuk dimakan semata-mata kerana kehilangan sijil kelahiran.”
“Saya menangis dengan teruk dan terus menangis, takut dimasak dengan kari dan dimakan.”
Akui Tunku Azizah lagi, baginda sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, malah boleh bertutur dalam dialek tertentu.
“Saya orang Kantonis, saya tahu sikit bahasa Kantonis dan Hokkien.”
Titahnya lagi ketika diwawancara SinChew Daily, jika baginda ke China untuk mencari susur galur, berkemungkinan baginda dapat mencari rumah nenek moyangnya. Boleh menemukannya dengan keturunan generasi keempat, dari keturunan Ong atau Wong.
Baginda mempunyai darah keturunan Guangdong (Canton) melalui Sultanah Fatimah atau nama asalnya Wong Ah Gew, isteri kepada Sultan Abu Bakar.
Pada 1885, Sultan Abu Bakar berkahwin dengan Sultanah Fatimah yang merupakan anak kepada keluarga saudagar yang kaya di Singapura.
Darah Cina keturunan baginda boleh dijejak kepada Wong Ah Gew yang berasal dari keluarga yang sangat kaya. Yang mana, mereka ini adalah hartawan di Singapura yang sangat kaya. Malah perbandingannya sama macam filem Crazy Rich Asian.
Akhirnya, ketiga-tiga anak perempuan hartawan ini berkahwin dengan kerabat diraja Johor. Itulah yang menyebabkan hartawan menjadi sangat marah.
“Tapi melihat Sultan Abu Bakar sangat menyayangi anaknya, hartawan ini akhirnya meninggalkan semua hartanya kepada Istana Johor.”
Tinggalan sejarah ini dapat dijejak di Muzium Johor. Yang mana semua alat perak dan emas adalah milik Sultanah Fatimah. Malah barangan kemas yang dipakai Tunku Azizah semasa perkahwinannya adalah tinggalan dari Sultanah Fatimah.
Sampai macam tu sekali tindakan seorang suami ini. Lebih rela terjun dari feri asalkan tak teruskan lagi hidup bersama isteri yang queen control. Nekad betul.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, lelaki itu mulanya menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth.
Kemudian, dia naik pula feri yang menuju ke Georgtown. Tapi dia tak turun malah terus berada dalam feri yang sama. Ikut berpatah balik ke Butterworth.
Segera dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk dirawat.
Selepas berjaya diselamatkan dan disoal siasat, tahulah punca kenapa dia nekad sangat nak terjun feri itu. Rupanya suami yang baru berusia 36 tahun itu tak tahan sampai tertekan dengan sikap isteri yang mengawal dirinya.
Disebabkan itu jugalah mereka kerap bergaduh. Dia dikatakan mengalami masalah kewangan selepas perniagaan yang diusahakan jatuh merosot.
Ketika ini, bapa kepada dua orang anak berusia antara lima dan lapan tahun sudahpun dirujukkan kepada doktor psikologi untuk rawatan susulan.
MW : Dalam keadaan ekonomi keluarga yang cukup-cukup makan, kadangkala ujian sebegini memberi tekanan kepada kedua belah pihak. Sungguh tak mudah nak melaluinya, namun setiap masalah itu pasti ada jalan keluar. Jangan fikir singkat sangat, sebab akhirnya akan mudaratkan diri sendiri.
Kalau dah sampai peringkat tertekan dan kemurungan, baik suami ke isteri berjumpalah dengan psikiatris agar anda boleh dirawat. Tidaklah nanti tunggu hilang nyawa baru nak menyesal.
Mari kita tengok macam mana nak gebukan semula tuala dan cadar warna putih. Orang selalu anggap warna putih susah dijaga dan cepat nampak kotor. Tapi sebenarnya tidak.