Bagi peminat nasi kandar, rasanya tak lengkap tanpa ada kubis goreng untuk di makan bersama aneka jenis lauk pilihan. Mungkin sesetengah fikir, kuah kari buat kita ketagih untuk makan.
Rata-rata pergilah mana-mana restoran mamak atau restoran nasi kandar pun, mesti ada disediakan kubis goreng. Kalau nak buat, memang tak berapa nak menjadi sebab rasanya ada sedikit rempah-rempah gitu.
Rupanya, nak masak kubis goreng ala mamk ini boleh saja di rumah. Rasanya pun ‘sebijik’ sama dengan restoran nasi kandar. Inilah yang dikongsikan oleh Mohd Romzie cara nak masaknya.
Jika kalian pernah singgah makan di restoran nasi kandar pasti selalu tengok sayur kubis goreng ini.
Sayur ini rasa sedikit berempah dan sedap dimakan bersama kari.
Resipi Kubis Goreng Ala Mamak
Bahan-bahannya;
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2. Bahan tumisan yang perlu disediakan.
Halia potong mancis
Bawang merah potong mayang
Cili padi potong kasar
Bwang putih racik halus
Cili kering – gunting 2 atau 3
Daun kari
Halba campur
Ads
3. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
.
4. Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
5. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
6. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
Ads
7. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
8. Kacau semua bagi sebati.
9. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
10. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih. Ini pilihan, kalau tak ada pun tak apa.
Ads
11. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
12. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
13. Dah siap Kubis Goreng Ala Mamak. Sayur ini memang terkenal di kedai-kedai nasi kandar sekitar Penang.
Selamat menjamu selera.
Mingguan Wanita : Lepas ni, mak-mak yang mengidam kubis goreng ni, bolehlah buat sendiri kat rumah. Nak pergi Penang jauh pulak kan…
Selalunya bila teringin nak makan aiskrim kita beli je di kedai. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri aiskrim Milo homemade di rumah. Memang jimat dan lebih sedap, tak payah beli lagi.
Boleh cuba buat Aiskrim Milo homemade, ikut resepi yang dikongsikan oleh D’jara Twin ini.
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap macam Cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari.Yang ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat
Bahan-Bahan:
1 tin Susu cair
1 cawan Milo
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Susu pekat
1-2 sudu besar Ovalet
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.
2. Apabila telah pekat, masukkan pula ke dalam bekas.
3.Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.
MW: Boleh cuba buat Aiskrim Milo ni nanti. Bahan-bahannya pun tak banyak dan senang nak buat. Anak-anak mesti suka, sedap dan memang lebih jimat bila buat sendiri.
Resipi ayam goreng memang tak pernah mengecewakan. Tak kira walau hanya dilumur dengan garam dan kunyit saja, kemudian goreng. Tetap sedap. Makan pula panas-panas.
Banyak resipi ayam goreng sebenarnya. Kali ini, dikongsikan resipi Gai Tod Hat Yai atau Ayam Goreng Hat Yai. Resipi ayam goreng ini merupakan resipi asli orang Thai. Biasanya ayam goreng ini dimakan dengan pulut. Memang sangat sedap. Lembut dan moist isi ayamnya! Ditambah pula wangian aroma rempah ratus. Fuh, rugi tak cuba!
BAHAN-BAHAN RESIPI AYAM GORENG HAT YAI
Beberapa ketul ayam – seeloknya paha, kepak atau tight
BAHAN PERAPAN:
1labu bawang putih
Sedikit batang (dengan akar) ketumbar
Serbu lada putih @ lada hitam
Serbuk jintan
Sedikit serbuk kunyit
Sos tiram
Kicap cair
Garam dan gula
BAHAN LAIN:
Sedikit tepung beras
Sedikit bawang merah – potong dan goreng kekuningan
Terlebih dahulu, tumbuk atau kisar bahan perapan hingga lumat. Ketepikan. Kelar isi ayam untuk memastikan bahan perapan masuk sempurna. Ini juga membantu ayam mudah masak. Setelah itu, masukkan ayam ke dalam plastik.
Masukkan pula bahan kisar ke dalam plastik itu. Goncang ia hingga ayam bercampur sebati dengan bahan kisar. Perap ayam dengan bahan kisar itu sekurangnya dua jam atau semalaman seeloknya. Lagi lama diperap lagi sedap.
Setelah semalaman, keluarkan ayam yang diperap daripada plastik. Gaul dengan tepung beras hingga rata.
Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang banyak. Setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam hingga kekuningan. Gunakan kaedah deep fried dan api mesti perlahan. Balik-balikkan ayam menggunakan pengepit ya.
Bila dah masak dan berwarna coklat, angkat dan taburkan dengan garam. Taburkan juga bawang goreng. Enak dimakan dengan pulut cicah dan sos Sri Racha. Selamat mencuba!
Nak buat asam keping sendiri taklah susah. Mudah saja rupanya buat asam keping sendiri ini. Tak ambil masa lama pun, lepas 4 hari asam keping homemade kita pun dah sedia untuk dimasukkan dalam gulai.
Paling penting, ia menjimatkan dan terjamin kebersihannya. Lagi-lagi dari air tangan sendiri. Jadi anda yakin tahap kesucian dan tidaklah ia bercampur dengan bahan yang bukan-bukan.
Perkongsian daripada Ibrisam Wossali mengajar mak-mak cara membuat asam keping atau asam gelugur paling ringkas dan mudah.
Cara Buat Asam Keping Paling Ringkas
Pilih buah asam gelugur yang besar dan dah matang. Jangan pilih buah yang dah masak @ warna kuning. Buah yang dah tua atau warna kuning akan menghasilkan asam keping warna gelap.
Basuh buah asam gelugur dan keringkan sekejap.
Potong/hiris buah asam gelugur. Terpulang pada cita rasa kita mahu nipis atau tebal. Jika potong nipis akan cepat kering bila dijemur nanti.
Setelah siap potong, terus jemur di bawah cahaya matahari. Jika cuaca panas terik seharian, 3@4 hari hirisan asam keping tu dah cukup kering dan boleh digunakan dalam masakan ataupun di simpan.
Cara Simpan
“Saya lebih suka simpan asam keping yang dah kering ni dalam peti ais. In sha Allah asam keping akan tahan lebih lama dan warnanya kekal cantik.”
Sumber/Foto : Facebook Ibrisam Wossali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.