
Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia yang pastinya akan dikenang oleh pengantin dan juga para tetamu yang hadir. Selalunya majlis perkahwinan diadakan di dalam dewan mahupun konsep dalam taman, namun pengalaman berbeza apabila hari bahagia ini diraikan di Zoo.
Sebuah majlis perkahwinan viral di media sosial Indonesia kerana diadakan di sebuah zoo di Gembira Loka, Yogyakarta, lapor laman berita Liputan6 semalam.
Video memaparkan majlis perkahwinan serba mewah dan bertemakan adat tradisional Jawa itu diadakan pada waktu malam. Rakamannya dimuat naik dalam akaun TikTok @wahyuadhicandra.
Kahwin Anak Pemilik Zoo
Pengantin perempuan dikenali sebagai Nana berkahwin dengan pilihan hatinya, Niko yang merupakan anak pemilik zoo tersebut.
Tetamu yang menghadiri majlis tersebut dijemput di pintu hadapan zoo dengan menaiki ‘buggy’ khas. Mereka diberi peta lokasi yang menunjukkan keberadaan haiwan di zoo tersebut.
Terdapat pelbagai gerai makanan yang disediakan di tepi tasik. Acara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian api oleh kakitangan zoo.
Majlis perkahwinan itu membawa tema moden dan tradisional. Hiasan cukup unik dan indah seakan hutan hujan tropika menjadikan suasana majlis lebih diingati.
Tetamu dibenarkan berinteraksi dengan haiwan dengan pihak pengurusan telah menyediakan sayuran dan buah percuma untuk memberi haiwan makan.
Tetamu juga dibenarkan bergambar dengan haiwan di zoo tersebut.

@wahyuadhicandra♬ Something Just Like This (Remix)
Mesti Baca:Majlis Kahwin Meriah Jadi ‘Pasar Tani’, Tetamu Boleh Bawa Balik Sayur Buah
Baca Lagi Di Sini:KECEWA Rakan Sekerja Tak Datang Majlis Kahwin, Wanita Nekad Letak Jawatan!
Artikel Menarik:Punyalah Nak Kelainan Majlis Kahwin, Pengantin Jatuh Terduduk Dari Jengkaut!
Mingguan Wanita: Memang unik sungguh konsep majlis perkahwinan dalam zoo ini. Memang lain daripada yang lain dan pastinya pengalaman manis diiingati tetamu yang hadir sampai bila-bila.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Rahsia Sihat Tun Mahathir’, Rupanya Dr Hamid Arshat Pun Amal 11 Petua Awet Muda Macam PM Kita

Isi Kandungan
TogglePernah tengokkan video rahsia sihat Tun Dr Mahathir Mohamad ikut petua ibunya, “Berhenti makan bila rasa makanan tu sedap.” Haa.. Pakar Bidan & Sakit Puan, Dr Hamid Arshat pun ada 11 petua awet muda yang diamalkan sejak muda macam apa yang Perdana Menteri ketujuh kita lakukan.
Sebab itulah, walau dalam usia 73 tahun, Dr Hamid Arshat masih sihat dan mampu melakukan pembedahan demi pembedahan untuk pesakit-pesakitnya sama ada kelahiran mahupun rawatan fibroid dan sebagainya.
Hebat bukan.. untuk generasi muda, ambillah tip yang dikongsikan ini sebagai amalan peribadi agar tubuh kita sihat dari sebarang penyakit berbahaya. Sekali gus menjimatkan kos rawatan diri mahupun perubatan di masa hadapan.
11 Petua Awet Muda Dr Hamid Arshat Macam Yang PM Saran
1. Bila umur sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu penghidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi-fungsi asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.
2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umur dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity).
Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran kita perlu baca berulang-ulang tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila-bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan di mana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah di antaranya Al Mulk, Al Sajadah, As Saff, Al Insan, Al Qiyamah, separuh Al Waqiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal Al Quran kanak-kanak perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira-kira dan hitungan, cuba jangan bergantung kepada calculator atau komputer. Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit-penyakit kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak.
Menambah sel-sel neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan di samping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. Dalam proses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yang kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran-kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa di mana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur; 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses-proses pembelajaran dan ingatan. Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur siang hari menunjukkan ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang-orang Jepun dan Korea juga berbuat demikian.
Saperti Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan di tapak tangan. Satu kajian ke atas kanak-kanak yang bertabiat melukis tentang perkara-perkara yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.

9. Makan terbaik untuk otak. Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayur dan buah-buah sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohidrat, fast dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.
Khasiat Tumbuhan Alami Untuk Makanan Otak:
√ Kunyit dan kari : dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel-sel neuron.
√ Celery, peppers dan carrots : mengandungi luteolin yang mencegah kerosakkan sel-sel neuron.
√ Broccoli dan cauliflour serta kuning telur : mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
√ Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon : mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel-selotak.
√ Pisang, sayur-sayur hijau dan beans : mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak yang diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
√ Daging lembu : adalah sumber B12 yang penting bagi pertumbuhan sel-sel otak.
√ Blue berries : mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel-sel otak.
√ Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil : adalah makanan-makanan otak yang berkesan untuk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk.
Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.

10. Permainan otak / brain games. Dalam internet terdapat beberapa websites seperti Luminosity. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.
11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit. Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca. Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.
Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana boleh mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksigen ke dalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan.
Sumber/Foto : Dr Hamid Arshat, Facebook
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kids Corner’ Ruang Bermain Ini Akan Buat Anak-anak Ceria Ke Masjid

Kids Corner ini memang bear-benar wujud. Dan ianya terdapat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan. Atas usaha kerjasama antara Imam, AJK Masjid dan Pertubuhan IKRAM Malaysia, kawasan Kubang Kerian.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurul Hanan Arifin, CEO Tadika NALURI Kreatif merangkap ahli IKRAM, “Imam masjid Kubang Kerian, Tuan Imam Sabri sendiri mahu sudut ini dikekalkan hatta selepas Ramadan agar anak-anak kecil terus datang ke masjid dengan gembira bersama ibu bapa mereka.”
Bagi merealisasikan penubuhan Kids Corner ini kerjasama dengan Tadika NALURI Kreatif turut dilakukan. Terutama untuk sumbangan idea susunatur letak dan peralatan. Komuniti staf USM turut memberi sokongan.
Sebaik dilancarkan pada Ramadan baru ini, ruang ini terus dupenuhi kanak-kanak dan mereka ceria ke masjid. Secara tak langsung menyuburkan keindahan Islam di mata anak-anak.
Beliau berharap, dengan adanya projek sebegini ia akan merintis lebih banyak kerjasama dengan masjid tunggak masyarakat.
“Saya menyeru NGO, NGI, AJK surau dan masjid mengambil peluang Ramadan ini utk mewujudkan ruang mesra kanak-kanak. Sesungguhnya ia pelaburan generasi masa hadapan untuk agama yang indah ini.”
“Tiba masanya untuk kita mengira bahawa kanak-kanak sebagai anggota masyarakat yang perlu di santuni keberadaannya dalam masyarakat masjid.” Rayu Nurul Hanan.
Apa Yang Ada Di Ruang Ini
Ruang Kids Corner ini letaknya antara ruang rehat lelaki dan wanita. Agar ibu bapa dapat melihat anak-anak dengan pantauan minima. Ia membantu ibu ayah ketika mahu beribadah, membaca Al Quran mahu pun solat fardhu dan solat terawih terutamanya.
“Anak-anak kurang berlari-larian kerana mempunyai ruang untuk beraktiviti.” Ruang ini dilengkapi dengan alat permainan anak-anak berusia 1-8 tahun.
“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan sumbangan buku-buku yang bersesuaian dengan anak-anak.”

Maklumnya lagi, pembiayaan untuk penubuhan ruang ini adalah dari peruntukan yang diberikan oleh Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan peralatan permainan serta buku kanak-kanak adalah sumbangan dari ahli IKRAM Kubang Kerian.
Memandangkan usaha ini adalah satu usaha yang baik, pihak Tadika NALURI juga membuka ruang pertanyaan kepada NGO, NGI, individu mahu pun AJK surau atau Masjid yang mahukan perincian penubuhannya.
“Prosesnya cukup mudah, dan memerlukan masa yang singkat sahaja dengan keazaman yang tinggi.” Akhiri Nurul Hanan
Sumber/Foto : Nurul Hanan Arifin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Jangan Pakai Korset Lama-Lama, Lebih Sendat Bertambah Bahaya

Isi Kandungan
ToggleMak-mak tidak disarankan untuk pakai korset lama-lama. Dikatakan korset yang sendat, ketat lebih bahaya kepada tubuh jika dipakai dalam tempoh yang panjang.
Korset bukanlah lagi sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita atau mak-mak. Korset yang dipakai untuk membentuk tubuh badan yang cantik.
Korset ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah digunakan sejak zaman berzaman lagi dalam masyarakat melayu di mana ianya seringkali digunakan dalam proses berpantang selepas bersalin.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengempiskan perut.
Lebih Ketat Untuk Rampingkan Tubuh
Di samping itu, selain digunakan dalam proses berpantang, korset juga dipakai untuk membentuk tubuh yang menarik ketika memakai pakaian yang ketat seperti baju kebaya untuk memberikan kesan bentuk tubuh yang menarik dan seksi dalam jangka masa yang singkat. Betul tak mak-mak?
Disebabkan itu, sehingga hari ni pemakaian korset masih lagi kekal di digunakan dalam bidang kecantikan.
Malah, semakin hari semakin banyak penjualan korset-korset di pasaran kerana permintaan yang tinggi. Ini kerana semua wanita ingin memiliki tubuh badan yang cantik dan seterusnya kelihatan lebih menarik.
Baca Juga Di Sini:
Turunkan Berat Badan TANPA Kawal Nafsu Makan, Cuba Cabaran Ini. Gerenti Kurus
Setiap Pagi ‘Cuci’ Perut Dengan Air Lemon. Ubat Popular Turunkan Berat Badan
Info Lebih Menarik klik di sini.
Memakai Korset Dalam Jangka Masa Yang Lama
Mak-mak perlu lupakan saja fakta yang mengatakan, pemakaian korset adalah satu proses untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya jika memakainya dengan kerap mampu mengawal selera makan.
Ini kerana ketika memakai korset perut dan pinggang di ikat menyebabkan seseorang itu hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit.
Tahukah anda bahawa jika kita memakai korset dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan yang tidak sihat pada tubuh badan.
Mungkin juga akan meninggalkan kesan alahan pada kulit kerana kulit tidak dapat bernafas dengan baik dan meninggalkan ruam ataupun gatal-gatal.

Lebih ketat, lebih bahaya
Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)
Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebabkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis-majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja.
Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
MW: Mak-mak kalau nak pakai korset tu beringatlah, jangan pakai dalam jangka waktu yang panjang kerana lebih banyak kesan negatif dan positif. Jangan mendera tubuh ya mak-mak.
Sumber: Public Health Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI