Meminjam duit, memang suatu perkara yang agak memalukan, lebih-lebih lagi bila nak berhutang dengan ahli keluarga atau kawan sekalipun. Itu pun bila sudah terdesak dan tak mampu berbuat apa-apa.

Sesetengah orang, hilang rasa malu bila nak meminjam duit, demi untuk kelangsungan hidup. Tapi, bila dah pinjam, janganlah terlalu lama. Ada duit lebih bayarlah hutang. Kadang-kadang orang yang bagi pinjam duit tidak sampai hati untuk minta bayar balik.

Kadang-kadang, kita yang beri hutang pun tak kisah untuk orang yang meminjam duit nak bayar bila-bila. Tapi janganlah sampai buat-buat lupa. Tak kiralah hutang banyak mana sekalipun, waima RM1 pun wajib kita bayar.

Boleh dikatakan kalau bab berhutang ini menyebabkan hilang kawan atau mungkin putus saudara. Semuanya gara-gara berhutang atau meminjam duit.

Kalau dah niat berhutang, kenalah bayar, jangan sampai orang yang beri pinjam duit itu seperti mengemis untuk minta duit sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh Aziz Mohd ini. Moga ia memberi panduan buat semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: HUTANG Mak Ayah Banyak Pada Anak, Marah Sekalipun Dia Datang Dengan Senyuman, Hiburkan

IKLAN

Jangan Tunda Bayar Hutang, Jadi Asbab ‘Putus Saudara’, Tersekat Urusan ‘Di Sana’

Info Lebih Menarik DI SINI

Meminjam Duit, Lunaskan

Sekitar 4 tahun lalu, sahabat saya meminjam duit, tidak banyak sekitar RM1000..
Dengan alasan untuk mengubati anaknya dan berjanji akan dibayar bila dapat gaji.
Saya berikan dengan niat menolong. Sebulan kemudian, bila tiba waktu gaji, saya menunggu dengan harapan sahabat saya akan melunasinya.
Bulan pertama tak ada khabar hinggalah bulan ketiga. Sampai suatu saat, saya melihatnya menggunakan motor baru dan baru sahaja selesai membeli belah di sebuat pasar raya. Saya nampak, banyak barang keperluan yang dibelanjakan.
Keesokan harinya, saya cuba hubungi dengan niat bertanyakan khabar. Namun, telefon saya tidak di angkat. Saya wassap tetap tidak dibalas.
Hinggalah 5 hari kemudian. Ketika berada di satu tempat, dengan tidak sengaja berjumpa dengannya.
Seperti biasa, saya bertanyakan kabar dan akhirnya bertanya.
“Bro, aku nk guna duitlah, boleh tak bayar hutang aku,”
Dengan lemah lembut dan penuh senyuman.
Namun, dia membentak saya dengan kasar sambil berkata:
“KALAU AKU ADA DUIT, AKU SUDAH BAYARLAH..
TAK PERCAYA SANGAT”
lalu dia berlalu pergi.
Sekitar 2 minggu kemudian, saya ke tempat kerja dan tak sengaja melihat dia sedang mengeluarkan duit dari mesin ATM dan duit yang dikeluarkan itu agak bantyak.
Sudah banyak kali saya melihat kehidupannya yang mewah tatapi tidak pula mampu untuk membayar hutang.
Sehingga sekarang, sudah 4 tahun lebih, saya pun sudah tidak berharap hutang itu akan dibayar. Sebabnya, setiap kali saya hubunginya, tidak ada jawapan dan dia selalu menggelak.
Saat itu, saya seperti pengemis yang meminta minta duit saya sendiri…

 

IKLAN

Jangan Kecewakan Orang

Saya hanya ingin semua yang pernah berhutang agar segeralah membayarnya. Ini kerana kekecewaan orang yang kita hutang itu sama seperti apa yang saya alami. Sentiasa menunda-nunda untuk membayar hutang.
Hiduplah dengan apa yang kalian miliki dan jangan memaksakan diri meraih kemewahan dengan cara menyusahkan orang lain.

SEDERHANA dengan HORMAT…
Jauh lebih MULIA…
Dari KEMEWAHAN sebuah PINJAMAN..

MW: Sebolehnya kita mahu menolong orang tapi kalau sudah terkena seperti ini, rasa serik pula untuk bagi hutang pada orang.

Sumber: Aziz Mohd

IKLAN

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI