Biar pun masih belum ada keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilanjutkan atau tidak. Tetapi masing-masing bimbang jika tidak mampu menunaikan ibadat sepanjang ramadan kerana terikat dengan PKP.

Menurut penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, sebenarnya PKP tidak akan menghalang umat Islam beribadat seperti biasa. Sebaiknya kita lebih beruntung apabila dapat berkurung di dalam rumah dan fokus sepenuhnya kepada ibadat seterusnya terhindar daripada maksiat.

Cuma bezanya kita tidak dapat ke masjid seperti sebelum ini, tetapi ibadat mak,ayah dapat lakukan bersama keluarga di rumah.

Kesan PKP Kepada Penganjuran Ibadat

Dalam menghitung hari bila arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir, umat Islam ketika ini juga menantikan kehadiran bulan Ramadan.

Menuju 15 hari sebelum umat Islam melaksanakan ibadah puasa, situasi negara berdepan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa penganjuran dan pelaksanaan ibadah umat Islam yang melibatkan perhimpunan ramai.

Namun, bagi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, sekiranya PKP dilanjutkan sekalipun, itu bukanlah penghalang kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah pada bulan penuh kemuliaan.

Sebaliknya, beliau berkata, pelaksanaan PKP pada bulan Ramadan harus dilihat sebagai satu nikmat dan ruang yang lebih baik kepada umat Islam untuk memperbaiki amalan selain dapat menjauhi daripada berbuat maksiat yang akhirnya boleh mensia-siakan ibadah puasa.

Kalau bercakap mengenai ibadah puasa, tiada masalah, lebih baik kita berkurung di rumah. Dalam ujian, ada nikmat dan inilah kelebihannya.

IKLAN

“Contohnya, bila kita berpuasa ketika ketiadaan PKP, pasti kita akan keluar rumah dan ketika dalam keadaan khalayak ramai, kita terdedah dengan pelbagai maksiat,” katanya.

PKP Lebih Beruntung

Beliau berkata, orang yang melihat situasi ini dari sudut pandang kebaikan untuk akhirat, pasti akan merasakan mereka adalah golongan yang beruntung ekoran dapat menjauhi daripada maksiat ketika berpuasa.

Beliau berkata demikian semasa menjayakan sesi soal jawab bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ‘live streaming’ di Instagram rasmi masing-masing pada Selasa malam.

Ditanya mengenai pelaksanaan solat terawih pula, Ustaz Azhar Idrus berkata, PKP juga tidak menghalang umat Islam untuk mengerjakan ibadah sunat terawih meskipun perlu dibuat di rumah masing-masing.

Katanya, mengerjakan solat terawih dirumah bersama ahli keluarga bukanlah sesuatu perkara asing kerana melihat contoh pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda juga melaksanakan solat terawih di rumah sebelum pergi ke masjid.

IKLAN

Itu perkara biasa jika ingin melaksanakan solat terawih di rumah, cuma bezanya kita tidak boleh berniat iktikaf di rumah.

“Namun, ulama ada bersepakat sekiranya kita sudah biasa dengan berniat iktikaf di masjid, tiba-tiba ada uzur syarie (uzur yang diterima syarak) yang menghalang dan kita tetap berniat iktikaf di rumah, maka pahalanya sama seperti kita berniat iktikaf di masjid,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Bazar Ramadan Batal, Kerajaan Perkenal 3 Konsep Baru Beli Juadah Berbuka

Bila Bulan Ramadan, Asyik Suami Dapat Pahala Padahal…

IKLAN

Gunakan Gajet Dengan Betul

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut bertanya mengenai sikap rata-rata masyarakat terutamanya golongan muda yang terlalu lalai menggunakan teknologi sehingga meninggalkan urusan ibadah lain sepanjang PKP.

Ustaz Azhar memberi peringatan bahawa teknologi serta gajet merupakan antara nikmat yang sepatutnya digunakan dengan betul.

Umat Islam, katanya, perlu memanfaatkan teknologi dengan perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada diri selain bersikap berpada-pada dalam menggunakannya.

“Berilah apa sahaja kemudahan teknologi, tiada masalah sekiranya kita pandai menggunakannya dengan cara yang betul dan janganlah terlalu taksub sehingga kita hanyut dalam nikmat diberikan,” katanya.

Terdahulu, pengumuman pembatalan bazar Ramadan di beberapa buah negeri secara jelas menghampakan sesetengah pihak yang bukan sahaja dapat meluaskan rezeki para peniaga, tetapi juga memudahkan umat Islam mendapatkan juadah berbuka puasa.

Sumber: Astro Awani

MW: Semoga amalan kita sepanjang ramadan kelak dapat diterima Allah. Sekiranya PKP diteruskan, ianya bukan alasan untuk kita tidak melaksanakan ibadat dengan baik sebaiknya hargailah setiap saat yang ada.