Wabak Influenza A semakin merebak dan menimbulkan keadaan panik di kalangan ibu bapa. Bercerita mengenai topik ini, tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow sempat menjemput pelakon popular yang juga heroin drama TQ Captain di studio bercerita mengenai pengalamannya.
Pada Disember tahun lalu, pelakon ini diuji apabila seisi rumah termasuk anak berusia sembilan bulan ketika itu dijangkiti virus Influenza A.
“Pada awalnya anak saya, Raden Muhammad Rafael dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti virus Influenza A. Alhamdulillah, selepas dimasukkan wad selama beberapa hari, Rafael sudah beransur sihat dan dibenarkan pulang.
“Lebih mencabar, pada waktu yang sama saya yang terkena virus sama, virus ini dijangkiti dengan mudah dimana dalam kes saya virus ini merebak melalui air liur atau sentuhan.
Ads
“Lebih mencabar, tiga anak saudara, abang, ibu dan pembantu rumah juga dijangkiti virus sama serta perlu dikuarantinkan.
“Saya berjangkit dengan Rafael. Biarpun lemah, saya teruskan berlakon sehingga penggambaran selesai,” ujar Mawar yang yang juga isteri kepada Raf Yaakob. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan Rafael pada 13 Mac lalu.
Mawar mempunyai dua anak tiri iaitu Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Mawar juga menasihati penonton agar mengambil langkah berhati-hati dan juga langkah keselematan.
“Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar. Punca anak saya sakit selepas pulang dari pasaraya bersama ibu. Mungkin sebab dia memegang troli. Pulang saja dia terus demam dan badan terus lemah,” ungkap Mawar yang akui begitu risau bila anaknya ketika itu dijangkiti Influenza A.
Bagi yang ingin menonton lebih lanjut bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebelum ini cuma pekerja yang bermajikan saja boleh mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Dengan skim baru ini, mereka yang bekerja sendiri pun boleh membuat caruman melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Faedahnya, sekiranya terjadi apa-apa, mereka yang bekerja sendiri ini dilindungi akan keselamatannya. Penulis ini, Raudzah Arippin berkongsi cara macam mana hendak mulakan caruman.(buat mereka yang bekerja sendiri).
Kata Raudzah lagi, “Yang mana ada masalah mahu ambil insurans atas kekangan kewangan, umur dan sebagainya, boleh pertimbangkan caruman PERKESO ini.”
Ok, saya sangat teruja mahu kongsi info ini.
Sejak Idzwan (suami) jatuh sakit pada 8 Mac 2015 dahulu, barulah saya kenal dan tahu apa sebenarnya fungsi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Sebelum tu, tahu juga tapi tak ambil pot sangat. Eheh.
Waktu itu sepupu saya yang bantu buat semakan nama Idzwan dan kelayakan carumannya untuk permohonan bantuan ilat serta pencen ilat PERKESO.
Walaupun caruman Idzwan ngam-ngam (dulu kami lama bekerja sendiri), Alhamdulillah caruman ‘cukup haul’ dan permohonannya lulus. Maka banyaklah dapat manfaat daripada Perkeso.
Masa itu barulah saya faham kenapa setiap pekerja (swasta) diwajibkan ada caruman Perkeso. Fungsinya lebih kurang sama macam kita ambil perlindungan insurans/takaful. Dan yang bagusnya, bayaran caruman PERKESO boleh dikatakan murah.
Setakat ini Idzwan telah menerima bantuan katil pesakit, ripple mattress, kerusi roda, kusyen alas kerusi roda, kerusi tandas, quadripod (tongkat) dan juga lampin pakai buang setiap bulan.
Oleh kerana disahkan mengalami hilang upaya kekal, Idzwan juga telah menerima pencen ilat, iaitu duit pencen yang dibayar secara bulanan oleh PERKESO (dibayar sehingga OB meninggal dunia. Jika OB meninggal, pencen ilat akan bertukar jadi pencen penakat – diterima oleh waris).
Syukur, Alhamdulillah.
Apabila saya dah bekerja sebagai penulis dan perunding hartanah, saya selalu fikir alangkah bagusnya kalau saya ada caruman PERKESO sebagai perlindungan. Baik sebagai penulis atau perunding hartanah, pendapatan saya berdasarkan jualan buku atau komisen, jadi tiada gaji tetap dan tiada caruman PERKESO dari penerbit atau agensi.
Tiba-tiba tadi Tuan Ashraf Helmi , seorang pegawai PERKESO hantar mesej kepada saya, info tentang skim baru ini iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Khusus untuk golongan yang bekerja sendiri seperti peniaga online, penulis, pelukis, jurufoto, ejen-ejen, pemandu Grab, artis, tukang urut dan lain-lain.
Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Yay!
Ok, berikut antara info yang saya dapat :
Nama Skim : Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Bermula : 1 Januari 2020
Ditawarkan bagi 18 sektor : rujuk foto
Cara daftar : https://matrix.perkeso.gov.my/ atau pergi ke pejabat PERKESO berhampiran
Bayaran serendah: RM13.10 sebulan
Jadual pembayaran : rujuk foto
Boleh buat bayaran setiap bulan, atau setiap 3 bulan, atau 1 tahun terus.
Perlindungan akan diambilkira bagi bulan yang dibuat bayaran sahaja (info lanjut nanti rujuk PERKESO ya)
Lain-lain boleh rujuk foto yang saya sertakan. Nanti saya cuba dapatkan salinan brosur yang lebih kemas. Ini tadi saya dapat dari Whatsapp. Kita rujuk mana yang ada dulu ya.
Tadi saya tanya, “macamana kita nak bagi bukti ke PERKESO yang kita ni penulis?”
Kata Tuan Ashraf, “Hanya beri IC dan sebarang kad atau bukti (dari penerbit) untuk membuktikan kita penulis buku”
Gitu. Nampaknya lebih mudah bawa saja buku hasil tulisan sendiri. Haha. Mungkin syarat yang lain nanti boleh tanya lanjut pada PERKESO.
Jadi, boleh maklumkan info ini kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan yang bekerja sendiri. Kawan-kawan saya – penulis, jurufoto, ejen (perunding) hartanah, peniaga-peniaga online semuanya boleh buat caruman PERKESO sekarang.
Yang mana ada masalah mahu ambil insurans atas kekangan kewangan, umur dan sebagainya, boleh pertimbangkan caruman PERKESO ini.
Sebaran info ini untuk mak ayah yang ada anak umur 4, 5 dan 6 tahun pada tahun ini, 2020. Sila ambil tahu berkenaan permohonan pendaftaran kemasukan anak darjah satu tahun 2021/2022 secara online.
Ibu ini, Munirah Jamaluddin, kongsikan panduan berguna cara membuat permohonan pendaftaran atas talian.
Ingat ya! Mak ayah cuma ada masa 2 bulan untuk berbuat demikian. Kerana permohonan ini mulai dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 sahaja.
Dan permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Info selanjutnya boleh rujuk di bawah ini.
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Guideline nya begini :-
1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
4) Dokumen yang diperlukan;
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
MW : Sila tandakan siap-siap dalam kalender mak ayah ya.
Selepas tularnya perkongsian seorang ibu anak tiga yang yang mendakwa suaminya dirampas seorang wanita bernama Yaya. Terkini, usahawan kuih bakul, Haziqah Nurul Huda Harun, tampil membuat penjelasan.
Katanya yang mesra dengan panggilan Yaya, “Saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa. Dan semua dakwaan dibuat di Facebook itu adalah fitnah.”
“Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.”
Dalam kenyataan di facebook milik Hanna Baa, ibu anak tiga itu mendakwa yang Yaya sudah dianggap bagaikan adik kandung sendiri. Malah, mengasihi gadis itu dengan ikhlas.
Tidak sangka, teman baiknya yang dianggap adik itu menikamnya dari belakang menjalinkan hubungan cinta diam-diam dengan suaminya.
Sebaliknya gadis ini menafikan malah baginya dia tidak mempunyai alasan untuk berkahwin di Thailand. Hidupnya sentiasa ditemani ayah, memandangkan keupayaan memandu yang terbatas. Sebab itulah ayah yang akan membawanya ke mana-mana.
“Kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam.”
Ada dakwaan menyatakan tarikh 6 Januari 2020 adalah tarikh perkahwinan Yaya dengan lelaki itu di Thailand. Akui Yaya, ianya sama sekali tidak benar.
“Kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital.”
Baru-baru ini, Yaya juga berkongsi keajaiban yang terjadi ke atasnya selepas kerusi rodanya dicuri di Makkah. DIa boleh boleh berjalan semula setelah 9 tahun diuji dengan lumpuh.
Bagaimana pun, usahawan kuih bakul berstatus halal ini memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Dan berharap semoga kebenaran akan terjawab juga akhirnya.
Yaya tidak dapat menghalang netizen daripada menghukum malah mengecamnya kerana fitnah itu.
“Saya yakin berada di pihak yang benar.”
“Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.”
Ulasnya lagi, dia cuma mempunyai ibu dan ayah serta keluarganya selain daripada perniagaan yang diusahakan. “Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah.”
Bagaimana pun Yaya, tak teragak mahu menyaman individu terbabit jika terus-terusan memburukkan nama baiknya.
Berakhir pencarian kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang, mayat Putra Faris ditemui 50 meter sahaja dari lokasi selipar yang dijumpai sekitar Sungai Ganggarak.