Adik Bongsu Demam Satu Hari Meninggal, Abangnya Pula Positif Influenza A

Dua adik beradik ini, Mohamad Danial, 4 dan Muhammad Dayyan Hazim, 20 bulan mengalami demam serentak. Kongsi bapa mereka, Mohd Esmadi Ibrahim, 36, selepas sehari mengalami demam, anak bongsunya, Hazim meninggal dunia pada 6 Januari lalu.

Manakala anak keduanya, Danial ketika itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta Kuantan yang disahkan positif Influenza A. Sungguh ini dugaan hebat untuk bapa tiga anak ini. Yang mana, dia tak dapat bersama menemani isteri menghadapi saat-saat akhir hayat anak bongsunya.

Sejak anak bongsunya demam, dia tak berpeluang untuk berjumpa malah menjaga anaknya itu. Sejak 1 Januari lalu dia berada di wad menjaga Danial yang juga alami demam teruk.

Sehinggalah pada 2 Januari itu, isterinya Rossilawati Mohamad, 37 menghubungi. Maklumkan yang Hazim demam panas mendadak. Dia juga mengadu sakit dalam perut.

Dia kemudiannya meminta isterinya membawa Hazim ke klinik swasta. Dari pengalamannya sebelum ini, jika pesakit baru demam, pesakit akan disuruh balik. Tidak pula dibuat ujian terperinci termasuk ujian darah.

Bila masa isteri bawa anak ke klinik, Hazim didapati negatif influenza.

Sehari Demam Panas, Tubuh Hazim Jadi Lemah

Isterinya pun pulang ke rumah bersama Hazim dengan bekalan ubat demam dan antibiotik. Rupanya demam panas anak meningkat mendadak sehingga terpaksa diberikan ubat. Malah mengalami sawan dan dikejarkan ke Hospital Jengka. Keadaan Hazim semakin kritikal, sehingga dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.

IKLAN

Waktu itu, Mohd Esmadi dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Sebaik sampai ke hospital itu, doktor pakar memaklumkan yang anaknya dalam keadaan kritikal. Dan Hazim meninggalkan mereka sekeluarga pada jam 7.11 pagi.

Jenazahnya dikebumikan di Jengka 18 pada hari yang sama.

Sungguh, ayah ini tak menyangka demam satu hari boleh menyebabkan tubuh anak bongsunya menjadi lemah.

Walaupun saya dan isteri amat sayangkan Hazim, tetapi kami redha dengan ketentuan kerana Allah lebih sayangkannya.” Maklum bapa ini yang bertugas sebagai Pengurus Felda Jengka 1.

Bapa ini tidak menyalahkan sesiapa. Cuma dia berharap selepas ini pihak hospital tidak terlalu mengikut prosedur. Membuatkan pesakit perlu menunggu hingga 5 hari baru hendak melakukan ujian. Sedangkan sakit teruk.

IKLAN

Artikel berkaitan :Ibu ini kongsi panduan jaga anak terkena demam influenza sehingga sembuh

Anak Kedua Demam, Positif Influenza A

Kata ayah ini lagi, anak keduanya Danial diserang demam panas sejak 31 Disember lalu. Waktu itu, suhunya naik sehingga 39 darjah selsius.

Mulanya dia bawa Danila ke Hospital HOSHAS Temerloh. Bila mana doktor sahkan tiada jangkitan kuman, Danial diminta pulang.

Walaupun saya memberitahu anak saya sering sakit perut dan demam tak kebah biarpun makan ubat, tetapi doktor mengesahkan tidak dijangkiti kuman.”

IKLAN

Doktor tetap arahkan anak saya dibawa pulang. Dan minta kami basahkan Danial.” Dia yang bimbangkan keadaan anaknya itu memutuskan untuk merujuk kes anaknya ke klinik swasta.

Di situlah, Danial disahkan positif Influenza A.

Berbekalkan surat rujukan dari klinik itulah saya bawa anak ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.” Anak keduanya sembuh dan dibenarkan pulang pada 6 Januari lalu. Rupanya itulah hari terakhirnya dapat melihat adik bongsunya.

Bapa ini berasa sedih dengan fasiliti hospital kerajaan yang tak mampu mengesahkan anaknya menghidap Influenza A.

MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Mohd Esmadi. Semoga roh Allahyarham Muhammad Dayyan Hazim di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Mak ayah lain pun kena ekstra jaga-jaga. Lagi-lagi musim Influenza ketika ini makin meningkat jumlah pesakitnya. Semoga kita semua dilindungiNya.

Sumber/Foto : Berita Harian, Facebook

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI