Masuk Hari Kelima, Doktor Maklum Baby D Ada Pendarahan Pada Paru-paru

Kelahiran bayi pramatang, Baby D seberat 540 gram benar-benar menguji pasangan suami isteri ini, Abby Abadi dan Jai Ezzany. Sehingga hari kelima kelahirannya, Baby D masih dipantau dengan ketat oleh doktor pakar.

Gelisah hati kedua ibu bapa ibu apabila doktor maklumkan pada hari kelima, Baby D alami pendarahan pada paru-paru. Berat untuk diterima berita itu, namun Abby dan suami ternyata kuat. Demi anak bongsu ini, dan terus mengharapkan doa untuk kesembuhan anak kecilnya itu.

 

Masuk Hari Kelima, Doktor Maklum Baby D Ada Pendarahan Pada Paru-paru

 

Sebaknya perkongsian Jai Ezzany,

IKLAN

Hari ke 5 (ketika status dimuat naik) : Baby D, hari ni abah dan mama @abby_abadi112 datang jumpa baby lagi. Gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU untuk berbual-bual dengan baby. Abah dan mama tak mahu baby sunyi… abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama dan sentuhan Abah juga kan sayang.

Baby D,

Suka sebenarnya untuk Abah kongsikan perkembangan baby pada kawan-kawan Abah dan Mama. Tapi Abah serba salah. Abah tak pasti nak kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua-duanya. Dari hari ke hari, rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan Baby ye sayang.

IKLAN

Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta Mama turun ke tempat baby untuk ambil darah. Abah dan Mama ingatkan itu perkara biasa. Rupanya… ada cerita yang mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc beritahu ada pendarahan pada paru-paru anak Abah Mama.

Bahaya ke?” Abah tanya Doc. Doc kata, “ye.. “ Luluh jantung Abah mendengarnya

Abah Dapat Rasakan Baby D Akan Kuat Dan Bertahan

Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati Abah menangis sebab tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila Abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat dan bertahan kan sayang.

IKLAN

Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bagitau yang Baby kritikal, tapi Mama Abah macam tak nak terima berita tu sebab Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan Mama, termasuk doa mereka-mereka yang mendoakan baby di luar sana.

Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar.

MW : Sentiasa mendoakan baby D terus kuat, dapat membesar dengan baik dan bermain-main dengan abang kakak yang lain. Semoga Abby dan Jai Ezzany terus kuat berdepan ujian hebat ini.

Sumber/Foto : Abby Abadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI