‘Baby D Dalamannya Tak Kuat’ Abby Abadi Mohon Doakan Bayi Pramatangnya

Sebaknya baca perkongsian ibu yang baru melahirkan, Abby Abadi. Semalam kira-kira jam 10.43 pagi, pelakon drama kepolisian Gerak Khas ini, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan. Bayinya yang digelar Baby D ini tak cukup bulan, baru mencecah 24 minggu dengan berat 540 gram.

Dan bayi pramatangnya itu ditempatkan dalam NICU (neonatal intensive care unit) untuk pemantauan. Subuh tadi (ketika status dimuatnaik pada 28 September 2019) Abby memohon doa daripada semua. Katanya, Baby D mereka dalamannya tak kuat dan dipantau ketat oleh doktor pakar.

 

‘Baby D Dalamannya Tak Kuat’ Abby Abadi Mohon Doakan Bayi Pramatangnya

 

Kongsi Abby,

Salam Subuh saudara-saudaraku

Mohon doa kalian. Baby D kami dalamannya tak kuat. Tengah malam tadi, Dr pakar panggil suami, @jaiezzany dengan saya untuk bagitau keadaan baby.

Tapi, saya tak kuat nak berdepan dengan doktor.

Pastu doktor suruh suami duduk standby je kat hospital, jangan pergi jauh. Apa pun syukur sehingga pagi ini. Terus doakan untuk Baby D dan Mamanya ni ya. Tak terluah dengan kata-kata. Allah Maha tau.

“Ya ALLAH, sekiranya anak ini baik untuk ibu dan ayahnya, Engkau pinjamkanlah Ya ALLAH. Sihatkanlah tubuh badannya, sempurnakanlah akalnya, kuatkanlah jiwanya dan teguhkanlah akidahnya” Amin. #MohonAminkan

 

‘Baby D Dalamannya Tak Kuat’ Abby Abadi Mohon Doakan Bayi Pramatangnya

Bila Darah Tinggi Waktu Mengandung, Macam-macam Dalam Fikiran

Sebelum ini, dalam posting Jai Ezzany, Abby turut berkongsi akan risiko yang bakal dihadapi oleh dirinya dan bayinya disebabkan penyakit darah tinggi yang dialami sepanjang kehamilannya itu.

Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yang mampu menyelamatkan dia.

Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, macam-macam berlegar di fikiran. Yelah dari apa yang dibagitau oleh Doc, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni boleh diambil anytime… sekarang ni… rasa macam…. berdebar-debar jerr… sekarang baby dah dilahirkan, tapi masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yang boleh padam bila-bila masa je nyawa kami ni.”

Mohon ALLAH SWT bagi ruang & peluang untuk saya /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa saya juga.. Amin.

 

 

Norman Hakim Mudahkan Urusan Abby dan Jai Ezzany, Tolong Tanam Uri Baby D

Dalam pada itu pelakon Norman Hakim yang juga bekas suami, Abby Abadi memudahkan urusan pasangan suami isteri yang sedang diuji ini. Beliau mengambil tanggungjawab, menyelesaikan urusan menanam uri Baby D.

Maklumnya,

Alhamdulillah settle tanam uri Baby D on behalf of Abah, @jaiezzany. Mohon terus mendoakan terutama buat Baby D, zuriat buat Abah dan Mama, @abby_abadi112 untuk terus survive dan sihat walafiat ya.”

 

‘Baby D Dalamannya Tak Kuat’ Abby Abadi Mohon Doakan Bayi Pramatangnya

 

Terlalu Besar Pengorbananmu Sayang

Sebelum ini, suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria yang dikenali di media sosial dengan panggilan Jai Ezzany berkongsi luahan hati akan besarnya pengorbanan isteri yang sukar untuk dibalas.

“My Love dunia akhirat @abby_abadi112

Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu
Pergorbanan yang terlalu sukar untuk dibalas… moga Allah berikan syurga untuk sayang.

Rehat ya sayang….
Baby Boy Abah… Abah tahu baby kuat.. baby nak jumpa mama, Baby nak jumpa Daiyan Dayana… baby nak jumpa Abang Kakak semua.

Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby…

Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah… dapat merasakan nikmatnya solat…

Ameen…moga Allah permudahkan”

Sumber/Foto : Abby Abadi , Norman Hakim