ketiak hitam

Ramai wanita mengalami masalah kesan gelap di bahagian intim. Biasanya masalah ini berlaku di bahagian ketiak, celah paha dan belakang betis. Ini membuatkan wanita berasa malu dan rendah diri. Minggu ini Hakak nak kongsikan empat cara alami hilangkan kesan gelap secara semula jadi.

Ramai wanita mengalami masalah kesan gelap di bahagian intim. Biasanya masalah ini berlaku di bahagian ketiak, celah paha dan belakang betis. Ini membuatkan wanita berasa malu dan rendah diri. Minggu ini Hakak nak kongsikan empat cara alami hilangkan kesan gelap secara semula jadi.

Lemon

Lemon kaya dengan Vitamin C, ia membantu mencerahkan kulit secara semula jadi. Caranya sangat mudah, gunakan perahan air lemon untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian bermasalah. Oleskan dan gosok secara perlahan-lahan. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan setiap hari, kulit akan beransur cerah dalam masa dua minggu.

IKLAN

Aloe Vera

Aloe vera atau lidah buaya mempunyai banyak khasiat untuk merawat kulit. Oleskan lendir aloe vera pada bahagian yang gelap, biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga kulit menjadi cerah sekata.

Kunyit

Kunyit antara herba popular yang digunakan oleh masyarakat India dan Melayu untuk kecantikan luaran dan dalaman. Bagi menghilangkan kesan hitam di ketiak dan celah paha, kisar kunyit hidup bersama perahan limau nipis. Sapukan ramuan ini di bahagian tersebut, jadikan ia sebagai masker tubuh. Biarkan selama 20 minit, bilas sehingga bersih.

IKLAN

Yogurt

Oles bahagian kulit yang tidak sekata dengan yogurt asli atau original. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari, anda pasti gembira dengan hasilnya.

Rawat Diri

Minuman Ini Bantu Kempiskan Perut

Tidak perlu amalkan pil pelangsing, amalkan minuman detoks ini. Ia menggunakan bahan alami yang sangat baik untuk kesihatan dan  kecantikan dalaman. Minuman ini juga membantu mengempiskan perut dan menurunkan berat badan secara semula jadi.

IKLAN

Bahan-bahan:

1 biji lemon2 inci halia1 sudu madu 1 gelas air putih

Cara membuat:

1. Perahkan lemon ke dalam segelas air putih.2. Hiris halia, masukkan ke dalam gelas tersebut.3. Akhir sekali masukkan madu dan kacau sehingga sebati.4. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI