Mandi bersama, solat berjemaah, rahsia pengikat hubungan Janna Nick dan Dini. Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Dini dan Janna yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya semalam, Dini telah mengungkap detik bahagia bersama isterinya.
Mandi Bersama, Solat Berjemaah, Rahsia Pengikat Hubungan Janna Nick & Dini
Dalam sebuah video ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka semalam, Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 30, memberitahu rutin mandi dan solat bersama menjadi pengikat hubungan mereka sepanjang berumah tangga.
Walaupun Dini dan Janna sentiasa sibuk dan pulang lewat ke rumah, rutin tersebut tetap cuba dilakukan bersama.
“Banyak hal dalam kehidupan kita dirakam dan dikongsikan, tetapi ada banyak momen yang orang tidak nampak yang kita tak kongsikan.
“Rutin kegemaran kita ialah setiap hari siapa yang balik rumah dahulu dia akan tunggu untuk mandi bersama, kemudian kita akan solat.
“Saya akan sikat rambut awak sebelum masuk tidur. Seandainya saya balik lewat sangat atau awak balik lewat sangat, dan rutin itu kita tak buat saya rasa hari saya itu tidak lengkap,” katanya dalam video Instagram.
Kenangan ketika menunaikan umrah
Kenangan ketika menunaikan umrah di Tanah Suci sebagai lokasi bulan madu juga merupakan detik terindah yang sukar dilupakan.
“Kenangan kegemaran saya ialah pergi bersama menunaikan umrah. Awak berjaya membuatkan perancangan ke sana itu berjaya.
“Saya berasa pengalaman ke sana itu sangat bermakna dan perkara itu juga terbaik untuk permulaan rumah tangga kita,” katanya.
Dalam pada itu, Dini turut berbangga dengan isteri tersayang yang sering bersikap positif dalam usaha memajukan kehidupan mereka di samping menjalani kehidupan yang lebih baik.
Ads
“Awak suka merancang masa depan yang baik dan menjadikan setiap mimpi itu menjadi kenyataan.
“Saya paling suka momen di mana kita selalu berbincang bagaimana kita hendak lakukan yang terbaik pada masa depan. Apa yang kita patut kita cuba.
“Awak nak sambung belajar, saya sangat menykong dan saya hendak melihat awak sambung pengajian dan saya pun ingin sambung belajar biarpun saya tak sula belajar” ujarnya lagi.
Malah, Dini turut mengatakan Janna telah berjaua mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih baik dalam pelbagai aspek.
Ads
“Saya sangat bersyukur apabila awak berjaya mengubah saya menjadi seorang lelaki yang saya tidak pernah terbayangkan sebelum ini,” ungkapnya.
Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Dini dan Janna diadakan di sebuah hotel di Putrajaya semalam.
Untuk info, pasangan terbabit melangsungkan perkahwinan di sebuah resort di Langkawi pada 10 Jun tahun lalu.
Majlis yang berlangsung secara tertutup itu menyaksikan Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.
Kata laluan merupakan akses untuk melakukan urusan akaun perbankan, sosial media dan sebagainya. Namun perlu lebih berhati-hati dalam memilih kata laluan dan jangan ambil mudah perkara ini sebab nak senang ingat. Sebaiknya, elakkan menggunakan kata laluan yang sangat mudah untuk diteka seperti ‘Password’, ‘123456’ kerana ia sangat berisiko untuk digodam nanti.
Kajian Syarikat Pengurusan Kata Laluan
Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pengurusan kata laluan, NordPass, mendedahkan beberapa jenis kata laluan daripada nombor yang cukup mudah untuk diteka dan digodam, lapor laman berita Wionews semalam.
Antara kata laluan yang paling kerap digunakan adalah ‘123456’, ‘123456789’, ‘111111’ dan ‘12345’.
Kata laluan daripada perkataan ringkas seperti ‘qwerty’, ‘password’, ‘dragon’ dan ‘money’ juga merupakan antara yang paling kerap digunakan.
Malah, kata laluan ‘password’ merupakan kata laluan kedua paling sering digunakan di Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Teka Kurang 1 Minit
Di India pula, kata laluan paling kerap digunakan adalah ‘password’, ‘12345’, ‘123456’, ‘123456789’, ‘12345678’, ‘india123’, ‘1234567890’, ‘1234567’, ‘qwerty’, ‘abc123’, ‘iloveyou’, ‘xxx’ dan ‘krishna’, yang kesemuanya mengambil masa kurang daripada satu minit untuk diteka.
“Penting untuk memahami bahawa kata laluan merupakan pintu masuk kepada kehidupan digital kita dan memandangkan kita kerap menghabiskan masa dalam talian, adalah penting untuk menjaga keselamatan siber dengan lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NordPass, Jonas Karklys.
NordPass turut menyatakan bahawa seseorang boleh melindungi akaun mereka dengan menggunakan kata laluan yang kompleks, dengan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol dan mengemas kininya dengan kerap.
Tular video siang ikan. Pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran menjelaskan dirinya tidak tertekan apabila mendapat kecaman di media sosial mengenai video menyiang ikan ketika bersiaran langsung.
Menurut Sugeeta dirinya merupakan seorang vegetarian.
Tular Video Siang Ikan
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.
“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tidak Mudah Melatah
Malah wanita berketurunan India ini juga menerangkan dirinya dan Syira yang juga rakan pengacara, tidak mudah melatah dengan respons netizen.
“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.
“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.
“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” sambungnya.
Blake “the hero” kembali bertugas, ada tertidur kepenatan. Unit K9 jadi tumpuan ramai. Terima kasih atas jasa ini. Hari ini memasuki hari ketujuh operasi mencari baki mereka yang dilaporkan hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, 16 Disember 2022 jam 2.42 pagi.
Diberitakan sekitar jam 11.00 tadi, empat mayat ditemui melibatkan dua kanak-kanak serta dua dewasa termasuk seorang wanita ditemukan dalam satu khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter. Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan pertemuan ini, menjadikan 30 mangsa sudah ditemui dan berbaki 3 lagi masih hilang.
Dalam pada itu, pasti ramai yang masih ingat dengan anjing pengesan dari Unit K9, Blake yang sebelum ini direhatkan kerana kepenatan selepas dua hari berturut bertugas.
Wira tak didendang ini dari berbulu hitam putih bertukar kecoklatan dan jelas dari wajahnya kelihatan penat kerana bersama-sama anggota keselamatan mengesan mangsa yang tertimbus di awal kejadian.
Selepas direhatkan beberapa hari, sejak semalam Blake kembali bertugas namun secara bergilir. Dikongsikan dari Tik Tok @Wira Merah, jelas kelihatan Blake sedang berehat seketika, seolah “tea brake” selepas lelah mengesan baki mereka yang masih hilang.
Dari video dikongsikan jelas kelihatan rakan-rakan Blake ada yang kepenatan dan seakan sudah “hilang tenaga” hingga tidur dalam keadaan tertangkup. Jika mereka begitu, itulah juga dialami oleh rakan-rakan penyelamat yang tidak pernah lelah membantu mencari hingga ke hari ini.
Sebalik video ini dikonsikan, ramai netizen yang berasa terharu dengan pengorbanan Blake & The Geng dan menyuruh Unit K9 membelanja Blake dan the geng makanan yang sedap-sedap selepas operasi ini selesai nanti. Ya, jasa hero tidak didendang ini mungkin tidak menjadikan mereka berpangkat di dunia, tapi moga jasa mereka dikenang sepanjang zaman.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!