Mak ayah tak tahu saya dah kahwin di Siam, cuti sekolah ini kawan baik mereka nak masuk meminang. Terpedaya pada janji manis sering kali membuatkan ramai wanita menderita.
Jika dapat suami yang baik dan bertanggungjawab, maka bahagialah hidup. Namun kalau dapat suami yang hanya pandai bab batin sahaja sedangkan lalai dalam memberi nafkah, maka meranalah hidup.
Satu perkongsian dari Perunding Keluarga dan Guaman, Suzana Ghazali tentang kisah seorang isteri yang tersepit yang mana dirinya masih dianggap anak dara dan mak ayah mahu jodohkan dengan anak kawannya membuatkan dirinya dalam dilema.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar pada gadis lain agar jangan mudah terpedaya janji manis lelaki.
“Dia janji dengan saya, lepas kawin kat Siam tu, dia akan jumpa dengan mama dan papa untuk terangkan kedudukan sebenar.
Dia juga akan berterus terang dengan isteri dia dan akan daftarkan perkahwinan kami. Tapi sekarang ni dah masuk empat tahun, tak ada apa-apa pun.
Kahwin belum daftar, isteri pertama tak tau, mama dan papa pun tak tau saya dah kawin.
Masa mula kawin, kami jumpa dua tiga kali dalam sebulan, dia ambil saya kat asrama dan kami tidur kat hotel.
Ads
Lepas habis belajar, saya dapat posting kat tempat yang sama dengan dia tinggal.
Saya cadang nak menyewa sendiri, mudah untuk dia balik ke rumah tapi dia tak setuju, membazir katanya. Saya terpaksa setuju, lagi pun tak nak mama dan papa risau saya tinggal seorang.
Dia masih sama, jarang jumpa saya, kalau jumpa pun semata-mata nak bersama kemudian dia balik rumah isteri pertama. Duit belanja memang tak pernah bagi.
Masa belajar, saya guna biasiswa. Dah kerja, kadang-kadang duit saya pula dia minta. Saya tak boleh hubungi dia, kena tunggu je lah.
Ads
Saya memang tertekan sangat. Jadi tambah tertekan bila baru ni mama dan papa dah cakap, cuti sekolah nanti akan ada rombongan untuk meminang saya, anak kawan baik papa.
Saya cari akak sebab tak tau nak buat apa sekarang ni…” esak tangis kedengaran. Sumber :- FB Suzana Ghazali
Menyedihkan bila tahu kes sumbang mahram seperti ini boleh berlaku, yang pelik macam mana mak ayahnya boleh tak sedar langsung?
Ya, inilah salah satu cerita PANAS pada pertengahan Disember tahun lepas, dan remaja lelaki berusia 14 tahun ini dah mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sampai melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Kampar.
Kisah Sumbang Mahram Terbongar
Kisahnya, perbuatan sumbang mahram itu terbongkar apabila kakaknya yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada 10 malam, hari yang sama. Si kakak yang baru berusia 15 tahun tahun lepas, dikatakan beranak dalam tandas sebelum ibunya terkejut tengok ada bayi dalam mangkus tandas.
Remaja itu dan bayi yang disyaki hasil perbuatan sumbang mahram dengan adik lelakinya itu dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan sebelum dipindahkan ke HPRB ekoran kehilangan banyak darah.
Apa yang mengejutkan, mangsa dan suspek siap mengaku mereka dah beberapa kali melakukan hubungan seks di bilik belakang rumah mereka sejak Mei 2018 dengan mangsa sendiri tidak mengetahui dia sedang hamil ekoran perbuatan terlarang itu.
Bayangkan budak umur 15 tahun ketika itu menahan sakit beranak. Allahurabbi…
Mak Ayah Pantaulah Anak
Manusia kita makin sakit. Jiwa makin cedera parah, tanpa kita sedar.
Tolonglah semua, alert please, awasi ‘pergaulan’ anak lelaki dan anak perempuan kita, walau adik beradik, jangan bagi asyik dok bergesel-gesel sangat, dok gesel sangat, syaitan pun gesel sekali, last sekali tersondol, pastu kembong. Part kembong ni mulalah menduga kasih sayang semua orang.
Haaa… ada yang nasibnya terus ditinggal di rumah perlindungan, sekali pun tak jenguk, pepandai la duduk situ.
Kalau boleh cegahlah dari awal, walau adik beradik sekali pun. Tambah sudah berumur 15 tahun, sudah ada rasa, adik-adik kecil tidak tahu apa-apa, abang cium, abang gomol, seronok, abang naik syok… maka jadilah macam-macam.
Ayah-ayah pun sama, jagalah pelukan dan ciuman kepada anak-anak, peluk dan ciumlah anak sebagaimana seorang ayah dan pelindung kepada anak-anak perempuannya, jangan lebih batas hadnya.
Moga anak-anak kita dilindungi daripada ‘manusia bertopengkan syaitan’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Allahu, sayu rasa hati bila mendengar berita melibatkan kemalangan maut melibatkan kaum keluarga tatkala Syawal semakin menghampiri.Apatah lagi segala persiapan dan keperluan barangan raya telah dibeli namun hasrat untuk menyambut lebaran tidak kesampaian apabila ajal dan maut telah menjemput tiba. Lebih memilukan, pasti sedih dan terkilan rasa hati ketika kejadian berlaku didepan mata, namun cubaan untuk menyelamatkan insan tersayang gagal kerana ketidakupayaan kudrat untuk membantu.
Cuba Bantu Ibu Tersepit
“Saya cuba bantu ibu yang ketika itu tersepit akibat besi penghadang jalan menembusi kereta, namun gagal,” kata Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20, yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan ibu dan tiga adiknya, di Kilometer 161.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, Pahang, pagi semalam, yang mengorbankan ibu dan tiga adik beradiknya.
Beliau berkata, ketika itu dia baru dua minit berbual dengan ibunya sebelum tiba-tiba terdengar seperti bunyi letupan lalu kereta mereka terbabit kemalangan. Mohd Shahrul Ikram berkata, dia yang memandu kenderaan dinaiki mereka sekeluarga terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan ahli keluarganya itu. Katanya, sebelum tragedi itu ibu dan adik-adiknya sangat teruja berbelanja sepanjang berada di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu, sebelum bertolak pulang kira-kira jam 1 pagi hari kejadian.
“Kami sekeluarga tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh kira-kira jam 3 pagi dan sempat bersahur di situ.Selepas bersahur kami semua solat Subuh dan menyambung tidur di dalam kereta sehingga jam 8 pagi. Saya memandu menyambung perjalanan ke Kemaman. Ketika memandu, ibu tiba-tiba terjaga dan bertanya kami di mana dan saya jawab kita di Maran dan ibu kemudiannya menyambung tidur,” katanya.
Kereta Rempuh Penghadang Jalan
Dia yang hanya cedera ringan memandu tidak laju kerana teringat pesanan ibu supaya memandu perlahan dan sebaik tiba di tempat kejadian, kereta tiba-tiba tersasar ke tepi dan sebaik tersedar dia mendapati sudah merempuh penghadang jalan.
“Ketika itu kami semua tersepit di tempat duduk dan ibu serta tiga adik beradik lain ketika itu tidak sedarkan diri sebelum kami semua dikeluarkan orang ramai dan anggota bomba,” katanya.
Kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi semalam itu, mengorbankan ibunya Azian Abdulah, 50, serta tiga adik beradiknya, Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur Ardiana Mazlan, 15 dan Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10.Seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Beli Barang Keperluan Persiapan Syawal
Sementara itu,tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan Mazlan Mohd Rashid, 54, apabila kehilangan isteri dan tiga anak tercinta sekali gus dalam kemalangan di kilometer 161.3, Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuala Lumpur ke Kemaman di sini,selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan, semalam.
Lebih memilukan kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, dekat Kemaman, selepas membeli-belah di ibu negara bagi menyambut Aidilfitri.
Menceritakan saat akhir ketika bersama keluarganya, dia memaklumkan enam beranak itu bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu dan memaklumkan ingin membeli barangan keperluan untuk persiapan sempena Syawal.
“Saya kebiasaan tidak ikut (pergi membeli belah) dan beri keizinan kepada isteri dan anak-anak untuk keluar membeli belah…saya di sini (rumah) menjalankan perniagaan runcit dan tunggu kepulangan mereka sahaja membawa pakaian yang dibeli.
“Kali terakhir isteri telefon jam 11 malam tadi memaklumkan akan bertolak balik ke rumah… saya difahamkan mereka juga ada singgah di kawasan rehat dan rawat (RnR)Temerloh untuk berehat sebelum dimaklumkan pagi ini mereka terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Jengka, di sini.
Dalam nada sebak Mazlan berkata, dia reda dengan pemergian isteri dan anak mereka pada bulan Ramadan ini dan mengharapkan semua mereka di tempatkan di kalangan orang beriman.
“Anak sulung saya (Fatin Najwa) baharu tamat pengajian di sebuah universiti swasta dalam bidang kejuruteraan dan dia dalam perancangan untuk memulakan kerjaya, namun apakan daya Allah SWT lebih menyayanginya dan menjemput mereka di bulan baik ini.
“Anak bongsu saya (Mohamad Danish Najmi) juga sebelum ke Kuala Lumpur berpesan kepada saya untuk jagakan kucingnya dan memberi makan… kenangan ini yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.
Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad
Jenazah empat beranak tersebut telah disolatkan di Surau Ar Ridhuan, Bandar Cheneh Baru pada 10.30 malam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheneh Baru, Chukai, pada 11.50 malam tadi. Jenazah mereka yang siap dibedah siasat di Bilik Forensik Hospital Jengka, Pahang, dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan dalam satu liang.
Sementara itu, suami Allahyarham Azian, Mazlan Mohd Rashid, 54, berkata dia bersyukur jenazah isteri dan tiga anaknya dapat dikebumikan dalam satu liang.
“Ramadan kali ini sangat menguji kekuatan dan kesabaran saya menghadapi dugaan Allah yang mengambil isteri serta tiga anak kesayangan sekali gus,” katanya sebak.
Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak sama ada di Pahang atau di Terengganu yang membantu melicinkan proses tuntutan mayat ahli keluarganya sehingga selesai pengebumian.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga ini, semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman pada bulan yang mulia. Semoga kita lebih berhati-hati dijalanraya, pandu dengan cermat dan dapat meraikan Syawal bersama-sama keluarga tersayang.
Pernah tak, ada orang tak suka kita tanpa sebab? Rupanya inilah puncanya…. Dikatakan beginilah bagaimana otak manusia berfungsi. Mereka melihat kita sebagai cerminan mereka sendiri.
Kadang-kadang jadi pelik bila ada di kalangan kita yang tidak sukakan kita tanpa sebab. Cara terbaik abaikan saja, jadilah diri sendiri tanpa mengganggu kehidupan orang lain. Betul tak?
Ikuti perkongsian Eilhaam Hanafi ini dan fahami apa yang disampaikannya:
Pernah Tak
Pernah tak ada orang tiba-tiba tak suka kita tanpa sebab? Kalau pernah, baca ni sampai habis. Ilmu psikologi ni saya yakin berguna untuk semua.
Pertama sekali kita kena faham, bagaimana seseorang manusia tu melihat orang lain. Bila kita faham, kita takkan risau pasal isu tak suka dan tak berkenan ni.
Ada Orang Tak Suka Kita Tanpa Sebab?
Saya yakin ramai pernah lalui isu-isu seperti ini dan ada yang masih dihantui dengan tanggapan-tanggapan jahat sehingga hari ini dan telah menimbulkan perasaan takut untuk membuat atau mencuba sesuatu.
Cukup kita faham konsep “How you see others is the reflection of you”. Beginilah bagaimana otak manusia berfungsi. Mereka melihat kita sebagai cerminan mereka sendiri. Masih kurang faham? Saya sertakan contoh:
Orang yang dengki akan anggap orang lain pun dengki sepertinya.
Malah, orang yang ego akan anggap orang lain pun ego sepertinya.
Orang yang suka membenci pun akan anggap orang lain pun suka membenci sepertinya.
Inilah Puncanya…
Pernah terfikir?
Kenapa orang jujur cepat percayakan orang lain? Sebab orang jujur anggap orang lain pun jujur sepertinya…
Kenapa orang yang baik selalu dipergunakan? Sebab orang baik anggap orang lain pun baik sepertinya…
Dan kenapa orang zalim berbuat zalim terhadap orang lain? Sebab orang zalim anggap orang lain pun zalim sepertinya.
Sekiranya anda menganggap orang lain zalim, jahat, dengki, ego dan toksik, sebenarnya itulah CERMINAN anda.
Sekiranya anda menganggap orang lain jujur, amanah, ikhlas dan baik hati, sebenarnya itulah CERMINAN anda.
Macam mana lepas baca ni? Jadi lebih kebal boleh?
Disclaimer : Posting ini bersifat umum dan hanya tujuan untuk berkongsi, tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun mati.
Mingguan Wanita : Oleh itu mak, ayah jadilah diri sendiri. Tak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain selagi kehidupan mak, ayah tak mengganggu orang lain.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.