Tawaran pemeriksaan percuma kenderaan di Puspakom sempena Tahun Baru Cina, boleh menang hadiah lagi. Cuti perayaan ini, pasti dipenuhi jutaan kenderaan yang akan pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.

Sudah pastilah bila perjalanan jauh, aspek kenderaan perlu diambil kira agar tidak mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Dalam memastikan kenderaan selamat di jalan raya, Puspakom melancarkan kempen Pemeriksaan Secara Percuma mulai hari ini di lima lokasi terpilih.

Tawaran Pemeriksaan Percuma Kenderaan Di Puspakom Sempena Tahun Baru Cina

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jangan Malu Guna Kereta Kecil, ‘Secondhand’, Ada Kereta Mewah BUKAN Petanda Hidup Kita Berjaya

26kg Bom Ditanam, Landasan Keretapi Hatyai-Padang Besar Meletup Kali Kedua Lokasi Sama

Kereta Total Lost, Wanita Terselamat Maut. Berkat Amal Doa Naik Kenderaan & Al-Fatihah 40 Kali

IKLAN

Lebih menarik, sepanjang kempen bermula hari ini sehingga 20 Januari akan datang, pelangan berpeluang menang hadiah lumayan bila membuat pemeriksaan di Puspakom.

Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.

Tawaran Pemeriksaan Percuma Kenderaan Di Puspakom Sempena Tahun Baru Cina, Boleh Menang Hadiah Lagi

Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.

IKLAN

Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:

NOTEMPATTARIKHMASA
1Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi12 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
2Lotus’s  cawangan Kepong14 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
3Wisma DRB-HICOM16 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
4Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak17 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
5Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)19 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.

IKLAN

”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.

”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan  oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol  yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.

Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI