Setelah sepuluh, dua puluh atau tiga puluh tahun menjadi seorang isteri dan ibu, apakah banyak perubahan positif berlaku dalam hidup mak-mak atau tiada apa peningkatan yang ketara?
Dulu hidup miskin kena jimat belanja, sekarang tak tahan iklan online, ramai pula jadi kaki shopping. Akhirnya bertambah miskin akibat hutang.
Dulu tak berilmu, dapat jugalah bersabar sekarang semakin tua semakin jahil, degil, kurang sabar.
Dulu kasar perangai sekarang berjaya mendapat anak yang kurang ajar.
Dulu tak hormat suami, sekarang kongkong dera mentalnya biar dia terencat sekali.
Dulu solat tak sempurna, sekarang langsung tak buat lagi. Tambah dosa dengan tak puasa juga.
Dulu pakai baju kurung, sekarang baju seksi.
Dulu ada masanya menangis ingat mati. Sekarang tak sempat nak ingat mati sebab sibuk kejar kehidupan duniawi.
Dulu dan kini, ada apa dengan kita sekarang?
Ads
Usah Lupa.. Takkan Terlepas Dari Penilaian Allah
Pada awal tahun kita cuba berazam baru, mencari semangat dan motivasi lebih segar daripada tahun-tahun yang lepas. Ramai orang beranggapan jika mahu berjaya, mereka tidak perlu menoleh ke belakang.
Tapi kenapa orang-orang hebat, menulis kembali perjalanan hidupnya dan diabadikan dalam buku-buku biografi mereka?
Mengapakah kita pula takut mengorek kenangan lalu? Janganlah korek sampai luka kembali berdarah. Pandang saja bekas luka itu.
Dan sapu dengan keinsafan sambil beringat ke dalam diri bahawa kita pernah melakukan kesilapan dan luka itu menjadi bukti bahawa kita memiliki kecacatan yang perlu diperbaiki.
Bagaimana perasaan kita jika menerima buku itu nanti di akhirat, apakah seperti seorang tokoh yang sedang membaca biografinya sendiri?
Atau tersenyum menikmati jutaan pujian dan tahniah atas kejayaannya yang ditumpahkan tinta-tinta bermakna dalam muka surat-muka surat yang dibayar mahal?
Tokoh yang tersenyum menikmati kisah yang baik-baik saja sehingga hampir tiada cacat, pengarangnya menjadi seolah-olah Tuhan Yang Maha Tahu tentang nilai diri tokoh itu.
Ads
Padahal aibnya sengaja tidak ditulis, cacat karakternya di’mekap’ secantik mungkin dan kejahatannya dilupakan begitu saja.
Tidak mungkin kita boleh terlepas daripada Sang Penilai yang Maha Halus perhitungannya. Yang tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur sentiasa memerhati diri kita 24 jam sehari tanpa kurang sedetikpun.
“Allah Tiada Tuhan selainnya, Yang Maha hidup lagi Maha Mengatur urusan makhluk, MilikNya segala yang di langit dan di bumi, tiada siapapun yang mampu memberi pertolongan melainkan dengan izinNya, Dia Maha Mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan tiada yang mengetahui ilmuNya melainkan atas kehendakNya. (Ayatul kursi)
Telah tertutup tirai tahun kelmarin, berganti dengan hari-hari di tahun baru, tapi Tuhan kita tetap memerhati, mencatat dan mengabadikannya dalam kitab amalan.
Sedar tak sedar berpuluh tahun sudah usia kehidupan, sebelum kitab kita dipenuhi dosa eloklah beringat betapa sempitnya masa yang kita ada. Kisah benar paling tragik haraplah tidak terjadi pada diri, pada hari manusia akan ternganga:
“Dan diletakkan kitab lalu kamu akan melihat orang-orang berdosa ketakutan dengan apa yang tertulis di dalamnya dan mereka berkata: aduhai celakanya kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar melainkan ia mencatat semuanya. Dan mereka dapati apa yang mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun.” (Surah al-Kahfi ayat: 49)
Ads
Buku Catatan Amalan
Bagaimana keadaan orang yang menerima kitabnya di akhirat nanti? Apakah gembira seperti tokoh politik membaca buku biografinya atau amat seronok seperti kita membaca surat cinta? Tidak!
Bahkan semua insan akan berdiri di atas lutut, pucat ketakutan sambil menangisi apa yang telah disesalkan.
Allah SWT berfirman: “Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalannya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Jaathiyat ayat: 28)
Buku itu berisi kisah malam-malam yang kita lalui, apakah kita isi dengan tangisan dalam sujud yang panjang tika bertahajud atau leka berhibur sampai ke pagi?
Ia juga berkisah tentang suara hati kita, apakah sentiasa berbaik sangka dengan Allah ataukah membenci takdirNya?
Tak terkecuali rentetan-rentetan pengalaman kita hidup bersama orang-orang di sekeliling, ayah dan ibu. Apakah mereka gembira memiliki diri kita atau bahkan mereka menahan sakit hati kerana kederhakaan anaknya?
Begitu juga manusia lain yang mengenali, apakah mereka telah dizalimi atau disantuni? Bagaimana dengan amanah harta dan ilmu, amanah anak-anak dan kerjaya, amanah menjadi isteri atau suami, sudahkah kita menunaikan hak-hak mereka?
Allah tidak pernah meninggalkan secebis pun kenangan yang pernah kita buat sedangkan sehelai daun yang gugur pun Dia mencatat! Ya Allah tolonglah kami mengisi kisah panjang bernama kehidupan dengan amal soleh semata-mata mengharap Engkau kasihan!
Penulis : Dato Dr Haji Juanda Jaya & Datin Shanti Achmad Ramly, Perunding Undang-undang Keluarga Islam merupakan kolumnis ruangan Keluarga Sakinah majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri berpantang bersalin mudah amat jiwanya ‘koyak’. Hatinya retak, lagi-lagi dapat suami yang tak nak faham dan berat tulang nak bantu mudahkan kerja isteri berpantang.
Sebab itu, para suami kena hadam apa yang dikongsikan Azlan Noor. Apa yang sepatutnya suami hadap dan buat bila isteri awak itu dalam keadaan berpantang bersalin.
Jangan sesekali letak di fikiran, isteri awak kuat dan boleh lalui 44 hari berpantang sendirian tanpa sokongan suami.
Dalam Tempoh Berpantang, Isteri Dambakan Sokongan Suami
Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongan daripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
Rupa-rupanya tak!
Suami Tak Faham, Anak Baru Lahir Meragam Buat Isteri Mudah Tertekan
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami.”
Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
1. Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal.
2. Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah.
Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
Masa Inilah Suami Nak Buktikan..
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
√ Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
√ Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
√ Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.
Rasa geram dan emosi juga bila anak buat perangai. Belum lagi nak kena layanilah anak yang macam-macam peel. Mulalah mak ayah rasa tak sabar nak tunggu anak-anak besar.
Tanpa kita sedar, masa berlalu dengan cepat tanpa sedar anak semakin membesar dan mereka dengan dunianya sendiri. Sampaikan kita lupa cukupkah kasih sayang dan cara kita layani anak selama ini sudah sempurna.
Begitulah, masa kita sebagai mak ayah tak lama, cuma ada 12 tahun untuk layani anak. Masa itu, mak ayah nak keluar atau berjalan-jalan pun belum tentu anak nak ikut. Mereka dengan dunianya sendiri.
Inilah yang dikongsikan oeh Dr Mohd Fhais Salim dalam tiktoknya yang bukan saja menceritakan tentang bonding ayah dengan anak permpuan tapi juga tentang masa kita sebagai mak ayah hanya ada 12 tahun agar layanilah anak sebelum mereka dengan dunianya sendiri.
Kalau anak perempuan, bonding dengan ayanhya sangat special. Boleh dikatakan ayah umpama teman lelaki pertama anak perempuan.
Jadi setiap apa yang ayah buat dengannya, ia menjadi penanda aras lelaki. Sebab anak perempuan yang ada bonding kuat dengan ayahnya akan menjadi lebih bijak dalam memilih pasangan hidup yang baik.
Pesanan Buat Mak Ayah
Luangkan sebanyak masa untuk anak-anak, harga dan layani mereka paling istimewa yang boleh diberikan.
Sebabnya masa kita sebagai mak ayah tak banyak. Paling lama pun hanya 12 tahun. Sampai masa, anak akan ada dunianya sendiri.
Bila anak dah besar, mulalah kita terhegeh-hegeh paksa anak untuk ikut kita berjalan-jalan pun belum tentu. Mereka lebih suka susuk di rumah, tengok tv dari ikut kita berjalan-jalan.
Jadi, semasa masih ada peluang ini, manfaatkan sebaiknya. Ada 2 perkara yang akan akan ingat tentang kita sampai bila-bila.
a) Cara kita layan dia baik atau buruk. b) Adakah kita wujud atau tidak di hatinya semasa mereka kecil.
Mingguan Wanita : Ciptalah memori paling indah dengan anak-anak kita.
Rupanya dalam sedar atau tidak, bab nak rancang jumlah anak…ramai para suami terlepas pandang perkara-perkara kecil seperti yang dikongsikan oleh Prof Datuk Dr. HarlinaHalizahHjSiraj. Dalam komentarnya menerusi program bual bicara, Bidadari Dunia Episod empat Astro Oasis beliau menerangkan khilaf suami yang ada waktunya sedikit sebanyak menjejaskan emosi isteri bila bab nak tambah anak.
Berikut adalah antara empat perkara menarik yang harus diberi penekanan mengenai perancangan isu tambah ahli keluarga yang wajar dipertimbangkan.
Kesihatan isteri
Menurut Dr Harlina keterujaanpasangansuamiisteridengankandunganpertamaberbezadengankandunganseterusnya.Kehamilan pertamaselalunyadisambutdengan rasa gembira dan sebolehnya nak dihebahkan segera khabar gembira ini. Maklumlah ini pengalaman pertama.
“Excitednyadengankandunganpertama, membuatkanbakalibubapa rasa teruja dan taksabarnakbergelaribubapa.Kita sendiribolehsaksikan, betapagembiranyaseorangisteri itu disahkan hamil. Walaupun kandungan baru berusia beberapa minggu, suami semangat nak ikuti perkembangan bayi dalam kandungan. Ada yang baru lima bulan mengandung, kalau boleh berkali-kali nak scan tengok bayi dalam kandungan.
“Tetapigrafgembiraitutakkansama, kalauisteriditakdirkanhamilsekalilagisetelahanakpertamabaruberusiaempatbulan.Dalamkeadaanmasihbelumbersedia. Ada isteri yang terhamiltanpadirancang, menyebabkankegembiraanituberubahkepada penolakan dan penafian.
“Jika sebeluminihamilanakpertama, sebaiksahajadisahkanhamil. Semangatnakbuat pemeriksaan kesihatan dan kandungan. Tetapi bila kehamilan kedua, berlaku jaraknya terlalu dekat dengan kehamilan pertama. Isteri hamil lagi dalam keadaan dirinya belum bersedia.
“Letih menguruskanragamanakpertama yang masihkecil, ditambah pula dengan kesihatan dirinya yang tak menentu akibat kehamilan tak dirancang.Menyebabkan dia tak gembira dengan kehamilan ini. Ibu yang tak gembira boleh menjejaskan emosi bayi yang dikandung.
“Suami seharusnyaprihatindengankesihatanisteri dan emosinya. Jadilah suami yang empati. Ambil sikapkonsep ‘we’re pregnant’, maksudnyadisini…sama-samamengambilberatkeperluan dan emosiisteri dan juga ibukepadaanak-anak. Sebaiknya jikamerancangkehamilanlagi, isteriperlubenar-benar bersedia dan telah mendapat ‘green light’ daripada doktor yang bermaksud kesihatan isteri dalam keadaan baik.
Kesediaan isteri
Jika dilihatisukehamilanisteri,Dr Harlina menegaskansuamiperluambilpedulitentangkesediaanisteriuntukmenambahzuriatlagi.Ada isteri yang dinafikanhaknyauntukmerancangkehamilan dan memendamemosi kerana hamildalamkeadaantidakbersedia.
“Kalau dulu-dulu, kita sudah terbiasa mendengar mengenai isu kehamilan ini sememangnya urusan isteri sahaja. Suami sekadar mengiyakan apabila soalan adakah isteri mengandung lagi ditanyakan kepadanya. Tetapi adakah seorang suami itu mengambil kira perasan isteri dan bertanyakan kepada isteri kesediaannya untuk mengandung lagi.
“Sepatutnya urusankehamilaninisewajarnyabukanterletak di bahu isterisemata. Ada isteri yang redhadalamterpaksa, memendam rasa dan hamil. Dalam keadaan diri tak bersedia, dia tak berani mengatakan tidak sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri. Siisterihamillagiwalaupunsudahmemilikianak lain yang masih kecil dan jarak usia kehamilan yang kerap.
“Tanpa kitasedarmerekasebenarnya kepenatandalammenguruskankeperluandiri dan anak-anak. Suami yang baik adalah suami yang mengambil kira kesediaan isterinya termasuk dalam hal kehamilan. Jadilah suami yang peka dengan keperluan emosi si isteri.
Emosi dan kesediaan isteri perlu diambil kira kalau nak tambah anak lagi
Keupayaan kewangan
Menurut Dr. Harlina lagi, duitbukanlahsegalanya. Tetapi segalanyamemerlukanduit. Ada suami yang culasdalammemberikannafkah, mengharapkansemuanyadiuruskan oleh pihakisteri. Ada juga yang menghantaranak-anak ke kampung, untuk diuruskan oleh mertua ataupun orang tua sendiri. Menjadi ibu bapa tugasnya memerlukan anda menyediakan makan pakai dan keperluan secukupnya untuk anak-anak. Sebab itulah kita perlu merancang anak sebaiknya.
4. Keupayaan menguruskan masa
Ada pasangan suami isteri yang ditakdirkan berkahwin tetapi melalui kehidupan berasingan. Ada diantaranya terpaksa duduk asing atas tuntutan kerja mereka. Keselesaan mereka dalam melalui kehidupan begini akan menjadi lebih sukar apabila mereka mempunyai anak. Sebaiknya rancanglah bagaimana anda sebolehnya duduk dan membina keluarga bersama di tempat yang sama. Ini bagi memastikan anak mendapat perhatian dan kasih sayang sepatutnya. Ada pasangan yang tinggal berasingan memilih untuk menghantar anak ke kampung untuk dipelihara nenek. Kesilapan ini menyebabkan anak-anak membesar tanpa kasih ibu bapa dan keluarga sebegini pastinya akan berasa kekok apabila bertemu sesekali. Tidakkah perkara sebegini memberi kesan emosi kepada anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...