Mana-mana mak ayah yang ada anak-anak sedang membesar takkan lari dari berhadapan situasi anak berebut permainan. Yang mana dalam proses bertarik-tarik itu akan berakhir dengan tangisan.
Ibu 3 orang anak lelaki dan serorang perempuan ini, Siti ‘Aisyah Rozalli yang juga Occupational Therapist berhadapan situasi yang sama.
Cara menyelesaikan permasalahan perebutan permainan anak-anak yang beliau kongsikan ini boleh ibu ambil contoh. Lebih COOL .. dalam masa yang sama bertegas sampai anak dengar kata dan boleh bincang baik-baik.
Anak bergomol, berbincang dan berbaik dilakukan secara natural ikut sifat semulajadi anak dengan tindakan penyelesaian bijak mak dan ayah.
Anak Bergaduh, Peluang Pembelajaran Sosial Dan Empati
Anak saya 4 orang. Kecil-kecil semuanya. Thufayl baru masuk 5 tahun 3 bulan, Imdad bulan ni 3 tahun 11 bulan, Husam baru sahaja 2 tahun 5 hari dan Aufa Hani dah 2 bulan.
Kesimpulannya saya ada 2 preschooler, 1 toddler dan 1 infant di rumah.
Jadi, anda rasa saya ada masa untuk pening?
Anak-anak preschoolers saya masih belajar tentang berkongsi. Kalau bawa pergi beli permainan, mereka akan pilih permainan yang berbeza.
Tapi, bila sampai rumah, sentiasa akan ada adegan bergaduh kerana si abang mahu permainan seperti si adik, atau si adik mahu permainan seperti si abang.
Tu belum cerita yang toddler tu turut serta dalam sesi pergaduhan sebab “nak tambah lauk”. Tu belum cerita style anak-anak lelaki bergaduh yang kadang-kadang boleh kecut perut kita melihatnya.
Tentang Pilihan Permainan
Walaupun sering berlaku adegan berebut permainan di rumah, kami tetap akan biar mereka pilih permainan sendiri. Walaupun mereka akan sentiasa pilih permainan berbeza yang akan menjadi sebab perebutan di rumah, kami tetap tidak akan pilihkan permainan yang sama untuk mereka.
Kenapa?
Kami mahu mereka belajar bertanggungjawab dengan pilihan masing-masing.
Kami mahu mereka belajar untuk pilih dengan lebih berhati-hati lain kali.
Dan memberi peluang anak-anak untuk pilih sendiri, akan membantu mereka belajar untuk lebih berdikari dalam membuat keputusan.
Aminnn…… Semoga Allah bantu.
Ads
Ini Pula Tentang Bergaduh
Kami lihat bergaduh itu sebagai peluang.
Ya, penat. Lagi-lagi kalau mereka bergaduh pada waktu kami baru pulang kerja, pada hari-hari yang jadual kami padat, hari-hari yang kami perlu berehat, hari-hari yang kami perlu bekerja di rumah.
Tapi, kami berusaha supaya kami sentiasa menenangkan antara satu sama lain. Menguruskan anak-anak terutamanya bab perilaku memang mencabar, perlukan senjata, perlukan kekuatan mental, emosi dan perlukan perancangan strategik (macam nak perang pula ya).
Kami ajar anak-anak kami untuk berbincang. Perkataan “bincang” adalah perkataan yang biasa didengar di rumah kami.
Abang-abang preschooler sudah mula pandai berbincang. Terutamanya Thufayl. Kadang, pandai pula dia manipulasi adiknya.
“Imdad, permainan Thufayl ni best. Imdad nak tukar?” tanya Thufayl sambil menayang-nayang permainannya.
Kalau Imdad termakan pujuk rayu, biasanya mereka akan ada mutual agreement untuk tukar suka sama suka.
“Thufayl! Tu kan Imdad yang beli!!” jerit Imdad lepas sedar yang permainan dia juga hebat.
Maka Pergaduhan Pun Bermula
Biasanya mula dengan jeritan, dan diklimakskan dengan tarikan, pukulan, hempapan, rampasan.
Kami akan biar mereka bincang dan resolve sendiri. Kebelakangan ini, semakin pandai mereka selesaikan pergaduhan sendiri. Tiada konsep beralah. Tapi, dua-dua berjaya mendapatkan persetujuan bersama.
Kalau pergaduhan masih tidak kelihatan tanda-tanda selesai selepas mereka bergasak beberapa minit, kami akan mula ambil bahagian. Ayah mode standby. Mama mode kaunselor.
“Thufayl, Imdad. Mama kira sampai 5, kalau tak selesai lagi berebutnya, mama ambil dua-dua sekali permainan tu“.
Ads
Ayah standby.
Masih bergaduh. Meraung, menangis, merampas.
Kiraan 5 bermula.
“5! Ok dah. Bak sini dua-dua permainan tu.”
Di Sinilah Mak Ayah Cool Perluaskan Tindakan
Preschoolers berdua tu akur. Kerana mereka dah biasa. Mereka dah tahu. Walaupun mama ambil permainan mereka, mereka akan dapat balik. Tipu dan “trick” anak-anak adalah sesuatu yang tak kan kami lakukan. Begitu juga menafikan hak emosi mereka yang sedang excited dengan permainan baru yang mereka perolehi. Kami usaha untuk tak nafikan hak itu.
Permainan di’pass’ pada mama.
“Dua-dua datang depan mama. Duduk bersila sama-sama. Lutut Thufayl kena lutut Imdad. Tangan pegang! Sebelah tangan lagi dekat mulut. Mama’s turn untuk cakap.”
Ikut.
Dua-dua menghadap mama dengan lutut masing-masing bersentuhan, tangan berpegangan dan sebelah lagi tangan di mulut masing-masing.
Ads
Saya explain kembali kronologi pembelian permainan. Thufayl pilih permainan polis. Tapi, sekarang sama-sama berebut permainan bomba yang Imdad pilih.
“Jadi, sekarang Imdad nak yang mana?”
Imdad tunjuk permainan bomba.
“Thufayl?”
Pun tunjuk permainan bomba.
“Kalau macam tu, kita take turn. Boleh?”
Thufayl angguk. Imdad diam. Masih tak setuju. Dia mahu dia punya.
“Imdad main fire engine dulu. Jarum panjang dekat nombor 4, baru Thufayl pula main fire engine. Sekarang Thufayl main polis dulu. OK?”
Imdad ambil permainan bombanya. Thufayl ambil permainan polisnya. Main di tempat yang sama. Selang 5 minit, kedua mereka dah bergelak ketawa. Husam pun dah turut serta.
Jarum panjang di angka 4
“Imdad, Thufayl, jarum dah dekat nombor 4. Nak tukar tak?” saya mengingatkan perjanjian tadi.
“Takpe, mama. Imdad dah bagi Thufayl main fire engine dah. Imdad dah buat police car hebat,” kata Imdad.
Thufayl senyum sambil menghulurkan 1 blok kecil lego pada Imdad.
Ini Pembelajaran Untuk Semua
Anak-anak belajar resolve sendiri konflik mereka bila diberi peluang.
Bukan mudah mengekalkan jodoh yang panjang pada masa yang sama suami isteri diberikan kesihatan yang baik.
Jika di Malaysia, kita ada pasangan suami isteri tertua dan memiliki jodoh panjang iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang mencecah 64 tahun usia perkahwinan mereka. Manakala di luar negara sepasang suami isteri di Ecuador menjadi pasangan yang paling lama berkahwin apabila usia perkahwinan mereka sudah mencecah 79 tahun.
Pasangan Suami Isteri Tertua Dunia
Julio Ceasar Mora, 110, dan isterinya, Waldramina Maclovia Quinteros, 105, turut diiktiraf sebagai Guinness World Records sebagai pasangan suami isteri tertua hidup di dunia.Mora dilahirkan pada 10 Mac 1910, manakala Quinteros dilahirkan pada 16 Oktober 1915.
Mereka bertemu ketika cuti persekolahan di majlis perkahwinan kakak dengan sepupu mereka, menurut kenyataan Guinness World Records. Selepas tujuh tahun berkawan akhirnya mereka berkahwin pada 7 Februari 1941.
Bagaimanapun, perkahwinan itu hanya dihadiri rakan rapat sahaja kerana keluarga mereka menentang perkahwinan itu.
“Penyatuan keluarga dengan kasih sayang, saling menghormati, jujur dan pendidikan yang tepat berdasarkan nilai keluarga adalah kunci untuk hidup sihat,” kata pasangan itu dalam kenyataan mereka.
Pesara Guru
Kedua-duanya adalah adalah pesara guru dan mempunyai lima anak, yang semuanya berkelulusan kolej dengan 11 cucu, 21 cicit dan sembilan cuit. Bagaimanapun, anak sulung mereka meninggal ketika berusia 58 tahun.
Salah seorang anak perempuan mereka, Aura Cecilia mengatakan ibu bapanya selalu menonton filem dan teater bersama-sama, berkebun dan makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini mereka tidak dapat berkumpul kerana pandemik Covid-19.
MW:Tahniah buat pasangan suami isteri ini. Hampir 80 tahun hidup bersama menempuhi ‘asam garam’ dalam perkahwinan, ia bukan satu perkara yang mudah. Semoga diberikan kesihatan yang baik buat keduanya.
Mesti mak-mak selalu dapat pujian daripada kawan-kawan atau cikgu yang mengatakan anak tak adalah buat perangai dan berkelakuan baik sangat. Mungkin agak terkejut kot sebab beza sungguh perangainya di rumah.
Bila dicakap begitu, mak-mak mulalah beritahu anak buat perangai di rumah tak seperti yang digambarkan. Jangan begitu, patutnya ucaplah syukur sekurangnya anak bawa nama baik mak ayah di luar sana.
Pelik bila anak di puji dengan sopan santunnya, dengar arahan tapi dirumah dia buat perangai. Cuba tengok diri kita sendiri bila di pejabat atau di luar. Mesti samakan…
Inilah yang dikatakan oleh Adlil Rajiah tentang perangai anak di uar yang sangat berbeza di rumah.
Kat rumah, anak buat perangai boleh beristigfar mak-mak.
Tapi kalau di sekolah, cikgu puji “budak baik”.
Bila dengan kita, susahnyaa anak nak cakap elok-elok. Tapi bila dengan orang lain, bukan main sopan santun.
Tapi cuba kita tanya diri sendiri, perangai aku kat rumah depan anak-anak, sama tak dengan perangai aku bila anak-anak tak ada?
Terdiam terdiam kan.
Kenapa bila kat pejabat, kita peramah, chill, mudah senyum, happy go lucky, tapi bila kat rumah, terus jadi pontianak menghantui seluruh kampung.
Kenapa bila bercakap dengan anak dan suami, suara kita kasar, kita cepat melenting, cepat marah. Tapi bila bercakap dgn anak orang lain atau suami orang lain, amboi bukan main baik, sopan santun, lemah gemalai hetikos endang.
Kenapa agaknya kita jadi macam tu?
Dan kenapa agaknya anak kita pun macam tu?
Jawapannya simple je, sebab OUR FAMILY IS OUR HOME.
Only with FAMILY, we can feel comfortable and safe to be authentic, to show our true colours. Kita boleh jadi diri sendiri, tanpa sebarang topeng.
Jadi, anak-anak kita pun sama.
Kita parents ni lah “rumah” mereka.
Satu-satunya tempat yang mereka selesa jadi diri sendiri, selesa buat silly jokes, funny faces, selesa lepaskan segala big feelings, jadi vulnerable.
Jadi, ingat!
You are your kids’ HOME.
It’s okay sekali sekala anak buat perangai.
Itu bukti kita masih “rumah” mereka.
Dan tak semua “benda buruk” yang kita nampak pada anak itu benar-benar buruk. Kadang-kadang ia boleh jadi cantik kalau kita lihat dengan ilmu dan kematangan emosi.
Tak perlu cepat sangat melatah atau label anak macam-macam.
Home is not a place.
It’s a feeling.
Maka syukuri lah setiap orang yang memberi RASA itu.
Mingguan Wanita : Setuju sangat dengan apa yang dikatakan ini. Mak ayah kena sedar tu. Mungkin kita pun sama dengan apa yang anak buat kan!
Bila isteri tidak minta izin sebelum keluar rumah, boleh dikatakan isteri nusyuz. Tapi sebaliknya bagi suami, tiada apa-apa kesalahan pun.
Mengikut penjelasan yang telah diberikan oleh Mufti Wilayah dan jumhur ulama yang lain, hukum asal seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami adalah haram. Bahkan, isteri ini dianggap sebagai nusyuz dan berdosa besar.
Namun begitu, janganlah suami sengaja ambil kesempatan. Mentang-mentanglah isteri kena minta izin sebelum keluar, dia pula sesuaka hati keluar tanpa beritahu isteri.
Jangan anggap isteri tunggul, keluar sesuka hati dan balik tak tentu masa. Apa salahnya kalau beritahu isteri sekali pun. Tak adalah isteri tertunggu-tunggu dan plaing penting risau dengan kesalamatan suami.
Selalu kita diajar, isteri kena minta izin suami sebelum buat apa-apa. Keluar rumah pun kena minta izin suami. Inilah contoh isteri mithali.
Tapi kalau suami minta izin isteri, orang Melayu kata takut bini. Bila kawan kata takut bini, ego suami tercalar. Jadi suami paham buat apa-apa tak perlu minta izin isteri.
Keluar malam balik pagi. Hanya beritahu, abang nak keluar ni.
Pergi mesyuarat waktu cuti, hanya wasap abang ada urusan ni.
Pergi lepak dengan kawan, hanya cakap abang nak jumpa orang ni.
Pergi kerja luar kawasan, hanya tunjuk tiket kapal terbang yang dah dibeli awal sebulan lagi.
Isteri kat rumah terpinga-pinga. Tertunggu-tunggu. Balik bila pun tak bagitahu. Makan malam yang disimpan pun dah basi tak dijamah.
Isteri Bukan Tunggul
Para suami, isteri bukan tunggul. Bukan patung. Bukan orang gaji kat rumah.
Masa kita kahwin kita setuju nak hidup mati sama-sama. Nak tempuh sama-sama. Nak buat semua benda sama-sama.
Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Jangan membelakangkan isteri. Sebab tempat isteri bukan di belakang tapi di sisi.
Perkahwinan menuntut mutual understanding, mutual responsibility. Peranan suami isteri adalah sama penting. Bukan macam majikan dan kuli. Bukan sorang di depan sorang di belakang. Bukan sorang diperintah dan sorang lagi yang menurut perintah.
Rendahkan Ego
Cuba minta izin isteri, rendahkan ego. Isteri akan lapang dada walaupun suami sibuk tahap Perdana Menteri.
Cuba bagitahu awal nak pergi mana. Nak pergi program apa. Nak jumpa siapa. Mungkin suami rasa tak penting untuk beritahu, tapi penting bagi isteri.
Tapi BAGITAHU je tak cukup. Sekadar bagitahu, lepas tu pergi. Bagi saya menyakitkan hati. Cubalah ‘minta izin’.
“Yang, boleh tak abang nak pergi..”
Isteri akan rasa dihargai, rasa dihormati.
Minta izin bukan sebab suami perlu keizinan isteri. Tak. Suami boleh pergi je tanpa minta izin. Isteri tak ada hak nak halang.
Tapi minta izin sebagai isyarat suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup. Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati.
Pentingkan isteri, isteri akan pentingkan anda. Utamakan isteri, isteri akan utamakan anda. Hormat isteri, isteri akan hormat anda. Hargai isteri, isteri akan hargai anda
Insya Allah rumahtangga ada sakinah.
Kredit : Masturah Abu Bakar
Mingguan Wanita : Minta izin sekurangnya isteri tahu dan tidaklah tertanya-tanya.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...