Semakin lama umur semakin meningkat, masa bersama semakin suntuk, ciptalah kenangan sebelum terlambat bersama pasangan. Ternyata hidup berdua terlalu singkat untuk dipersiakan.
Setiap pasangan mengalaminya, semakin lama semakin susah untuk mencari waktu untuk berdua sahaja. Kehadiran anak-anak dan kesibukan mencari rezeki serta meneruskan tanggungjawab sebagai suami atau isteri membuatkan mak, ayah alpa.
Umur Semakin Meningkat
Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, dulu masa saya baru kahwin, saya masih lagi belajar. Bila saya mula kerja, anak pulak datang seorang demi seorang.
Bila keadaan keluarga dan kewangan sudah mula stabil, anak-anak sedang giat membesar. Banyak benda yang perlu diberi keutamaan lebih daripada sekadar hubungan sebagai sepasang suami isteri.
Pagi-pagi hari, masing-masing dah buat hal masing-masing. Seorang keluar ke hulu pergi kerja, seorang lagi keluar ke hilir.
Bila balik rumah masing-masing sudah penat. Kalau sekali-sekala keluar makan-makan atau melancong seisi keluarga pun, tumpuan pada anak-anak akan mencuri masa kami berdua.
Masa Bersama Semakin Suntuk
Umur semakin meningkat. Masa bersama pula semakin suntuk. Masih banyak lagi impian berdua yang kami belum realisasikan.
Tunaikan haji berdua. InsyaAllah sedang merayu dan terus merayu.
Round Malaysia berdua dengan motosikal berkuasa tinggi. Ini pun macam sudah dekat dah ni.
Round dunia berdua. Yang ni kena tunggu Widad masuk asrama 6 tahun lagi. Masa tu semua anak dah takde kat rumah.
Dan banyak lagi benda-benda mencabar dan menarik yang kami akan buat sebelum mata tertutup. Tak kira la secara terancang atau adhoc.
Ciptalah Kenangan Sebelum Terlambat
Kami hendak cipta kenangan indah dalam ceritera cinta kami. Kami nak rebut semuanya sebelum kami dah tak larat nak buat apa-apa.
Mingguan Wanita : Biarpun sibuk, curi masa dan luangkan waktu bersama pasangan. Kadang-kadang cara begini mampu eratkan kembali hubungan suami, isteri. Percayalah.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sememangnya mempunyai pelbagai cabaran. Ternyata bukan sahaja di pihak guru, malahan mak, ayah serta pelajar itu sendiri
Oleh kerana murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, jadi guru boleh atau perlu tetapkan kaedar PdPR yang bersesuaian dengan pelajar kerana guru lebih memahami keadaan pelajarnya.
PdPR Tidak Terhad Dalam Talian Sahaja
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak terhad kepada kaedah dalam talian sebaliknya guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian dengan murid masing-masing.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Radzi Jidin berkata, seperti yang dijelaskan dalam Manual PdPR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid.
“Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan, ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul malah ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Gunakan Kaedah penyerahan Modul
Katanya beliau dimaklumkan bahawa guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka.
“Murid akan melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa, kemudian guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.
Murid Pelbagai Latar Belakang
Radzi berkata, KPM memahami bahawa murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi dan setiap guru turut berdepan situasi dan cabaran yang berbeza.
“Oleh itu, sejak kali pertama PdPR dilaksanakan, KPM sentiasa menekankan bahawa kaedah PdPR yang ingin digunakan mestilah mengambil kira kesesuaian guru dan murid.
“Sama ada secara dalam talian mahu pun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya… terima kasih, cikgu!” katanya.
Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar itu.
Radzi berkata, pandemik Covid-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia namun walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
“Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha… marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita… ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,” katanya. – Bernama
MW: Semoga guru, mak, ayah serta anak-anak dapat berdepan dengan cabaran ini dengan baik. Ternyata bukan sahaja anak-anak berdepan ujian getir ini malahan seluruh dunia berdepan masalah dalam sektor pendidikan.
“Masa hiking rasa hilang segala beban!” Sesekali suami kena izinkan isteri leisure. Biarkan isteri lakukan apa yang mereka suka dan minat.
Apatah lagi suri rumah, kebanyakan masa mereka hanya di rumah dan tumpuan hanya pada anak-anak serta keluarga. Oleh itu luangkan sedikit waktu untuk mereka lakukan sesuatu aktiviti.
Masa Hiking
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Nampak isteri saya punya sengih tak?
Al kisahnya si dia ini sudah tepu sangat jaga anak. Sampai saya kena ‘paksa’ dia gali balik leisure dia.
Dia tahu saya bagi greenlight terus dia cari slot terdekat. Akhirnya dah settle pun. Dia terus naik gunung Yong Yap yang tinggi melebihi 2000 meter tu.
Balik balik sengih dia lain macam. ” Lega abang. Lega! Masa tengah hiking itu rasa macam habis hilang beban!”
Yelah yelah. Anything for you my dear. Awak memang perlukan leisure. Sekuat mana pun manusia pasti ada titik jenuhnya. Tak salah pun mencari sumber kelegaan kerana di situlah adanya sumber kekuatan.
Jika jenis isteri yang sukakan aktiviti baking, boleh juga hadiahkan sesuatu yang dia suka macam Stand Mixer ni, udahlah cantik, menawan hati pulak tu. Belilah dan hadiahkan untuk isteri.
Mingguan Wanita : Uruskan rumah tangga dan kerja serentak membuatkan mak-mak burnout. Oleh itu sebagai suami, izinkanlah isteri lakukan sesuatu yang membuat hati mereka gembira dan kembali tenang.
Hati wanita memang lembut dan mudah tersentuh. Lagi-lagi apabila ada lelaki yang mula memberi perhatian pada dia. Bukan apa, mungkin selama ini wanita tersebut sunyi dan jarang dapat perhatian. Jadi apabila ada yang cuba mendekati, memang dia mudah tangkap cinta.
Oleh itu, golongan lelaki jika sekadar ingin mengusik dan suka-suka, jangan sesekali mencuba masuk jarum. Sekali terjerat memang sukar untuk anda lepaskan diri. Sebagaimana yang dikongsikan oleh isteri selebriti, Adam Corrie, di akaun Instagram.
Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di instagram dia. Dia kata, “Percaya atau tidak,
.
Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya.
.
Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya…
.
Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu memang fitrah lelaki suka melihat wanita. Sebab itu di akhirat , lelaki yang baik akan dapat bidadari. Manakala wanita akan dapat emas iaitu perkara bersifat kebendaan.
.
Jadi kita sebagai wanita jangan cepat perasan, apabila ada orang lelaki senyum, cakap manja-manja dengan kita. Jangan cepat jatuh hati, tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
.
Dan kepada lelaki, jangan main-mainkan wanita jika tiada niat yang betul. Jangan cuba suka-suka nak test market.
Hati Wanita Memang Lembut
Hati perempuan ini lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.
.
Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.
.
Pesanan untuk semua tak kisahlah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku , anak lelaki ku @adamfatehlee juga.
dan juga suami ku.
.
Jaga maruah diri sendiri untuk diri sendiri juga.”
.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah tenang
.
P/s: Pernah terjadi kepada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita. Tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal. Dan ada juga saya tak perasan pun ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. Redha sahajalah.
MW: Oleh itu, lelaki yang bergelar suami orang sebelum mengusik dengan orang sekeliling terutama kawan perempuan, fikirkan dahulu isteri di rumah. Jangan berlebihan dalam bergurau senda dengan wanita yang bukan mahram.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...