Tak salah manjakan anak, tapi jangan keterlaluan! Bimbang bawa musibah bukan hanya pada mak, ayah malahan pada anak-anak juga. Sebaiknya bersederhanalah dalam menyayangi dan memanjakan anak.
Letakkan limit agar anak-anak tidak terbawa-bawa sikap manjanya. Sejak kecil biasakan anak-anak, jangan bila besar barulah mak, ayah menegur dan marahkan anak. Bimbang terlambat sudahnya anak bersikap manja hingga ke tua.
Kongsi Mohd Fhais Salim, ini adalah lima tanda anak yang terlampau manja!
5 Tanda Anak Manja
Pelik sungguh kalau nampak ibu ayah yang terlalu ikutkan mood dan kata anak. Sepatutnya kita yang control anak bukan anak control kita.
Ini tanda-tanda anak yang terlalu dimanjakan.
1. Demanding
Tak peduli kita ada duit ke tak ada duit, sekali dia sudah berkenan di kerahnya kita beli. Sama juga kalau nampak mainan orang lain, dia tak peduli itu siapa punya sekali sudah berkenan dia nak juga.
Kesannya anak tak belajar tentang sosial skill yang betul seperti hak privasi, berunding, minta izin dan juga adab.
Tak Salah Manjakan Anak
2. Entitled
Dia rasa semua orang kena ikut kehendak dia. Sangat self-centered, pujuk rayu semua tak jalan. Mesti kena ikut juga apa kehendak dia.
Inilah silapnya, sekali kita ikut kehendak anak sampai bila-bila anak akan guna trick yang sama berulang-ulang kali.
3. Lemah Rejection Handling
Anak manja ini biasanya dia alergi dengan perkataan tak boleh dan tidak. Memang otak dia tak dapat serap perkataan begini.
Asal dengar saja mesti dia akan membentak, mengamuk, menjerit, kadang ada juga yang sampai memukul-mukul ibunya.
Tapi Jangan Keterlaluan!
4. Malas usaha
Ads
Jiwa anak yang manja selalunya lemah, dia kurang motivasi dan terbiasa di spoonfeed oleh ibu ayahnya. Natijahnya anak jadi malas berusaha.
Semua benda dia hendak mudah saja, mahu disediakan dan sedikit mencabar memang dia lari. Sayangnya, anak yang malas berusaha ini akan sentiasa stuck dekat Fix Mindset.
5. Moody
Selalu jadi masalah bila nak keluar rumah atau bercuti. Mood anak jadi penentu keluar atau tidak, nak pergi mana-mana pun berkira-kira. Bukan kira duit tapi kira mood anak. Aduhai.
Gawat gini. Sampai besar anak lemah kawal emosinya. Kejap dia okey, kejap dia tak okey. Kasihan.
Bimbang Bawa Musibah
Sayang anak tak salah, manjakan anak pun tak salah. Itu kewajiban, buat anak rasa disayangi dan dimanjai.
Tetapi bila keterlaluan di manja sampai,
– tak boleh dimarah langsung
– tidak boleh ditegur langsung
– tak boleh disentuh langsung
– tidak boleh disuruh langsung
– tak boleh menangis langsung
Itulah bibit-bibit manja yang membawa musibah.
Didik Anak Dengan Had
Oleh itu sejak anak kecil lagi wajar bertegas dengan dia, didik dia dengan had, dan marahlah bila dia buat salah.
Marah tak salah, jika marah untuk mendidik.
Terlalu manja ni sebenarnya bukan sahaja beri masalah pada kita, tapi bakal mengundang masalah lebih besar pada dirinya sendiri.
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim
Mingguan Wanita : Manjakan anak itu subjektif. Namun beringatlah duhai mak ayah kerana kesan manja ini bukan hanya memberi impak kepada mak, ayah. Tetapi turut memberi kesan negatif pada anak setelah mereka makin dewasa kelak.
Bila suami berikan sedikit duit belanja, sebolehnya isteri akan gunakan sepenuhnya untuk membeli keperluan dan barangan dapur untuk keluarga
Namun, tak salah pun kalau isteri boeh ketepikan sedikit elaun atau duit belanja itu untuk simpanan sendiri. Lebih-lebih lagi, kalau isteri itu surirumah sepenuh masa. Sebab kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
Maksudnya, kalau kita punyai anak ramai sekalipun belum tentu mereka anak jaga kita nanti. Kita sebagaia mak ayah pun tidak mahu susahkan anak pun. Jadi dengan adanya duit simpanan itu, bolehlah digunakan untuk hari tua.
Ada juga mak-mak yang ketepikan sedikit duit belanja ini untuk membeli emas atau pun gold bar. Ini lah salah satu cara untuk mak-mak menabung pun. Mungkin ada mak-mak kalau simpan duit, ia ‘tak lekat’, ada saja nak dibelinya.
Bila dah ada emas atau gold bar ini, mestilah sayang nak jual kan. Simpan ban kumpul banyak, esok-esok boleh digunakan di kala kesusahan. Kita tak tahu.
Inilah yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan tentang apa yang diamlkan oleh dia sendiri dalam membuat simpanan dengan ambil sedikit duit belanja/ elaun. Boleh dipraktikkan oleh isteri nanti.
Semalam, sampailah 2 keping gold bar mama fatim beli dari seorang kawan. Punyalah suka hati.
Cuma ada lagi sekeping dua yang belum sampai. Baru berjinak-jinak nak mengumpul emas. Selalunya hanya simpan di simpanan biasa je. Tapi biasalah, simpanan biasa ni kadang-kadang laju je nak bergerak melalui bank-bank tu kalau ternampak sesuatu yang menarik untuk dibeli. Sifat manusia kan?
Itu la pasal mama fatim pun mula membeli. Sebab bila tengok kepingan emas ni, mesti ada perasaan sayang nak jual dan sudah tentulah sayang nak belanja yang bukan-bukan.
Alhamdulillah, buat masa ini, kami cuba sediakan apa-apa yang patut untuk masa depan sendiri waktu di dunia, masa depan anak-anak dan juga masa depan sendiri untuk akhirat.
Kami cuba sedaya upaya yang termampu. Sekarang ini, jaga fizikal, jaga emosi dan juga kesihatan.
Anak-anak ramai, bukan penentu untuk menjaga kita esok-esok. Bukan tempat kita minta ditanggung bila kita tua, bukan juga tempat kita menyusahkan mereka kelak. Selagi boleh sekarang ini, kita jaga diri kita, buat simpanan untuk hari tua dan juga sedekah untuk bekalan akhirat kita.
Sebagai isteri yang menjadi surirumah, sementara suami masih sayang dan memberi sedikit sebanyak belanja atau elaun, selitkan sedikit untuk simpanan diri sendiri, kalau tak simpan sebagai emas, simpanlah dalam apa jua bentuk, yang penting menyimpan.
Tak usah dibazirkan sesuka hati, mana tahu nanti ada banyak juga simpanan atau belanja yang mencukupi untuk hari tua esok-esok. Kita pakat sama-sama untuk sediakan hibah takaful, hibah rumah terutama dari suami untuk isteri yang bergelar surirumah.
Dan untuk isteri yang bekerja, simpan juga duit untuk hari tua dan juga untuk akhirat, ikut kemampuan sendiri, walaupun sedikit.
Walau mungkin kita mampu untuk menukar kereta setiap beberapa tahun sekalipun atau menambah bilangan rumah atau aset, namun percayalah, kalau ada berlebihan duit selain menyimpan, lebih baik kita berjalan-lihat melihat tempat orang. Sekurang-kurangnya luas pemandangan dan banyak pengalaman yang kita boleh dapat.
Belanja-belanja juga, simpan-simpan juga. Ikut kemampuan sendiri lah kan?
Nanti tengok lah, kalau kita ada rezeki dan panjang umur di hari tua, sekurang-kurangnya senang hati kita bila tidak menyusahkan anak-anak. Anak ramai, belum tentu mereka duduk dekat-dekat kita nanti.
Begitulah kita. Buat persediaan dan rancang sebaik-baiknya kehidupan di dunia dan juga untuk akhirat.
Mingguan Wanita : Sebagai persediaan untuk hari tua. Moga ia memberi manfaat untuk isteri-isteri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Siapa sangka panggilan telefon datuk disambut pegawai polis pada petang semalam. Rupa-rupanya anak dan tiga cucu terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas bercuti.
Menurut datuknya, sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung. Dan pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir seorang datuk dengan tiga cucunya.
Perjalanan Pulang Ke Pulau Pinang
“Saya hubungi Aimi jam 5.10 petang namun panggilan disambut pegawai polis yang memaklumkan mereka kemalangan,” kata Abdul Rahim Sidek, 58, bapa kepada Nur Aimi Nadiah yang terbabit kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang itu, Nur Aimi Nadiah, 27, cedera parah manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, maut di lokasi kejadian selepas Perodua Axia dipandu terbabas dan melanggar belakang treler di laluan kecemasan.
Abdul Rahim berkata, Nur Aimi Nadiah bersama tiga cucunya baru pulang ke kampung di Kampung Bukit Nibong, Melaka.
Katanya, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang kerana Nur Aimi bekerja di negeri itu.
Kredit: Viral Perak
Mereka Ceria Selepas Bercuti Di Kampung
“Sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung,” katanya kepada Harian Metro.
Mereka sekeluarga tinggal di Taman Seri Gombak sebelum berpindah ke Melaka lebih 15 tahun lalu.
Sementara itu, jiran mangsa, Fauziah Mohd Sabri, 50, terkejut selepas mengetahui kejadian yang menimpa bekas jirannya itu.
“Saya menjaga Aimi ketika masih kecil sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Melaka.
“Sejak itu kami jarang bertemu dan perkhabaran ini memang mengejutkan,” katanya.
Kereta Hilang Kawalan, Ibu Hilang Tiga Anak
Portal MyMetro hari ini melaporkan kemalangan membabitkan kereta dan dua lori di Kilometer 272.5 PLUS arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang dekat Ipoh, Perak.
Kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.
Bedah siasat akan dijalankan jam kira-kira 3 petang esok manakala Aimi masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
MW: Tentu sahaja berita sedih ini memberi tamparan hebat buat keluarga ini, apatah lagi melibatkan cucu-cucu yang masih kecil. Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian besar ini.
Ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi, tentu pernah dengar nasihat-nasihat sebegini: “Bila menyusu baby tu, tukar-tukar la kiri dan kanan” “Ha a betul tu. Yang belah kanan tu air, yang kiri tu nasi jadi baby kena minum kedua-duanya sekali”
Entah kenapa, bayi pula lebih suka menyusu belah kiri saja. Bila suakan belah kanan, sekejap saja dia menghisap. Bila ada mak saudara atau kakak saudara kongsikan petua menyusu kiri dan kanan, ibu mula pening kepala. Serba salah, nak ikut atau tak, nasihat sebegitu.
Konsultan Susu Ibu, Puan Suraya Ali menjelaskan 7 Fakta tentang info susu badan kiri atau kanan yang sebenarnya dinamakan Foremilk Hindmilk.
Fakta #1
Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.
Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).
Fakta #2
Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susunya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.
Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan ke dalam susu. Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong. Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.
Fakta #3
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.
Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau. Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.
Fakta #4
Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protein dan vitamin. Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.
Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.
Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.
Fakta #5
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance (ketakseimbangan laktos) dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).
Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya. Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.
Fakta #6
Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.
Fakta #7
Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.
Tanda Bayi Tak Cukup Hindmilk
Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:
* Najisnya kehijauan dan sedikit keras.
* Bayi kerap menangis kerana kembung perut.
* Terdapat darah pada najis bayi.
* Pertambahan berat bayi yang tidak elok.
* Bayi kerap muntah.
* Ruam lampin (kerana najis yang berasid).
* Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...