Punyalah Sebak Mak Dan Isteri Dapat Dryer Ini, Dah Macam Hadiah Banglo Sebiji

Emak kita waima orang rumah kita, takkan kongsi penatnya dia uruskan hal rumah tangga dengan suami selagi kudrat mereka terdaya. Sebab dia tahu susahnya macam mana suami cari rezeki untuknya dan anak-anak. Dua-dua wanita ini lebih rela pendam perasaan.

Lagipun tahu dan sedar diri, soal mengurus rumah adalah tanggungjawabnya. Dan hal-hal remeh sebegitu cuma akan dikongsi apabila ditanya.

Jika tidak, lebih baiklah diam dan redha saja terima apa yang suami dah sediakan. Beruntunglah pada anak lelaki mahupun suami yang berusaha nak ambil tahu penat orang perempuan.

Begitulah kisah harian yang berlaku pada Dr Taufiq Razif ketika bertanyakan tentang perihal kepenatan ibunya yang menyidai pakaian setiap hari.

Keluhan Mak Di Kampung

Mak letih tak sidai kain tiap hari?”

Bila saja saya tanya soalan ini dekat mak, masa call mak kelmarin. Terus keluar segala keluhan mak di kampung.

Baju bertimbun.
Kena sidai setiap hari.
Buat kerja berat tak berhenti.
Rutin yang nampak simple tapi memeras kudrat dan keringat.

IKLAN

Semua keluhan tu mak saya pendam di lubuk hati paling dalam rupanya. Bila saya tanya, baru la mak mula cerita. Kenapa? Sebab sebolehnya mak kita tu tak nak susahkan kita.

Ya Allah. Berdosanya saya. Kenapa dah hampir umur 30 tahun ni saya baru sedar?

Mak, saya belikan Mak dryer ye?”

Apa tu dryer?”

Alah, yang macam kat dobi tu. Mesin pengering baju. Dah spin baju terus je masukkan dalam dryer ni mak. Kejap je dah kering. Mak tak perlu fikir dah nak sidai baju lepas ni.”

IKLAN

Daripada nada suara mak di handphone. Saya dapat rasakan mak saya tengah sebak. Rupanya ini la ‘most painful point’ mak saya.

Baca Sini : Lepas Viral ‘Beli Dryer Ibarat Hadiahkan Bibik Elektrik Kepada Isteri’, Lelaki Ini Jawab Pro Dan Cons Bila Setahun Pakai

 

Punyalah Sebak Mak Dan Isteri Dapat Dryer Ini, Bahagianya Macam Hadiah Banglo Sebiji

IKLAN

Derita Isteri Dan Mak Saya Sama

Saya lupa, kalau kita nak bahagiakan orang lain tak semestinya kena tabur kemewahan. Cukup cari kat mana titik yang mana membuatkan si dia paling menderita dan kita angkat derita si dia tu.

Derita isteri dan mak saya sama. Mereka tak larat nak sidai baju yang bertambun. Kedua masalah mereka ni saya angkat dan selesaikan dengan DRYER ni. Punya la sebak dan terharu mak dan isteri saya dapat benda ni. Dah macam dapat banglo sebijik dah!

Betullah Kata Kajian Ini..

Ikut kajian wanita lebih bahagia dengan komitmen kita yang kecil tetapi berterusan daripada kita bagi dia hadiah mahal-mahal dan mewah tapi tapi kadang-kadang je.

P/S : Harga dryer ni RM1k lebih je.

Dr. Taufiq juga banyak berkongsi ilmu keibubapaan Di Sini

Sumber/Foto : Taufiq Razif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI