Mabuk di siang hari dan membawa kenderaan tindakan yang membahayakan dan boleh menyusahkan ramai pihak.

Tindakan biadap seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan enggan berganjak, walaupun diminta mengalihkan kenderaan yang menghalang kenderaan di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Springhill di sini petang semalam, ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Halang Kereta Keluar

Beliau berkata, susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

"Dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

IKLAN

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

"Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Jangan Beri Komen Menggugat Ketenteraman Awam

IKLAN

Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan viral video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam tular satu video kejadian sekitar jam 6.30 petang apabila seorang wanita yang bernama Tir Thira dalam media sosial Facebook.

"Wanita itu yang mahu keluar selepas membeli juadah berbuka puasa sudah, cuba menegur lelaki itu yang duduk dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang menghalang kenderaannya.

IKLAN

"Dengan penyebaran video itu, ia mendapat perhatian netizen dan masing-masing berasa marah dengan lelaki itu yang cuba bersikap biadap selain mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah," katanya.

Mesti Baca:‘Pasangan OKU Meninggal DiRempuh Pemandu Mabuk.’ Anak Sedih Hilang Mak Ayah Serentak
Baca Lagi Di Sini:Koperal Safwan Yang Dilanggar Pemandu Mabuk, Disenangi, Selalu SENYUM Walaupun Pendiam
Artikel Menarik:Impian 'Diberkas' Polis Tertunai, Nenek Teruja Sambut Hari Jadi Usia 100 Tahun!

Mingguan Wanita: Sewajarnya diambil tindakan tegas buat lelaki ini atas tindakan biadap yang dilakukan.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI