Siapa yang tidak kenal dengan keluarga selebriti popular, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan puteri tunggal mereka, Lara Alana. Keletah comel, anak kesayangan pasangan ini sering berjaya menarik perhatian ramai dan ada sahaja aksinya yang mencuit hati.
Baru-baru ini, keluarga bahagia ini ada meluangkan masa bercuti di Tokyo, Jepun. Ia juga bersempena menyambut dan meraikan hari ulangtahun kelahiran Awal Ashaari yang ke 37 tahun pada 6 Ogos.
Malam tadi, Awal Ashaari ada memuat naik video comel mereka sekeluarga didalam IG.Video tersebut memaparkan perbualan antara Awal dan anaknya Lara Alana,4. Apa yang menarik perhatian ramai apabila video tersebut dirakam secara amatur oleh Lara sendiri dengan gaya tersendiri sambil menyanyikan lagu ulangtahun hari lahir buat Awal.
IKLAN
Awal juga ada mengusik Lara apa hadiah yang akan dia akan belikan buat dirinya.Jawapan spontan Lara, ‘pensil warna’ cukup mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur dengan ‘hadiah ikhlas’ tersebut dari hati seorang anak.Comel sungguh Lara ni.
IKLAN
Berikut antara perkongsian video tersebut;
Video ini istimewa bukan sebab ‘subjek’ (orang yang diambil gambar) tapi kerana orang yang mengambil gambar disebalik kamera. Boleh tahan bagi seorang amatur.
Terima kasih atas ucapan harijadi. Jumpa di KL nanti.
Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Awal Ashaari, semoga bertambah dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan terbaik dan diberi kebahagiaan dalam kehidupan bersama keluarga tersayang!.
Jangan pandang sebelah mata. Siapa sangka, kucing jalanan yang tidak bertuan dan hanya makan sisa makanan ini menjadi popular dan daya tarikan pelancong.
Inilah yang berlaku pada kucing jalanan bernama Gacek. Ia kucing berwarna hitam putih yang mempunyai berat badan berlebih dan menjadi tarikan pelancong di bandar Szczecin, Poland.
Seperti yang kita ketahui, Poland mempunyai banyak tempat menarik untuk kunjungan pelancong. Antara yang popular ialah Istana Duke Pomeranian dan Taman Kasprowicza.
Namun, salah satu tarikan lain yang dikatakan viral sekarang ini ialah seekor kucing jalanan yang gemuk bernama Gacek. Ia menjadi terkenal pada tahun 2020 selepas satu berita yang menyiarkan kucing ini dalam videonya sehingga tular di media sosial.
Meurut seorang wanita tempatan, Gacek muncul di Jalan Kaszubska, pusat bandar Szczecin sejak 10 tahun lalu. Dari situ, ramai orang memberi makan dan membelainya. Daripada seekor kucing yang kurus, ia menjadi kucing yang gempal dan lebih comel.
Dalam pada itu, Gacek telah mendapat banyak pencarian di Google iaitu lebih banytak daripada tarikan lain di Szczecin sehingga menjadi tarikan pelancing tertinggi di bandar itu.
Selain itu, ia turut dikenali sebagai “King of Kaszubska Street”, Gacek tinggal di dalam kotak kayu berbumbung di luar kedai di Kaszubska Street. Walaupun ia tidak mempunyai pemilik tetapi peniaga kedai yang berhampiran bertindak sebagai peniaga.
Terdapat papan tanda di luar rumahnya antara lain bila orang yang lalu-lalang boleh meninggalkan apa-apa makanan di dalam bekas tertutup untuk diberikan kepada kucing itu.
.
Apa yang menarik, ada sesetengah pengunjung turut berinteraksi dengan Gacek dan merasakan ia seorang yang sangat kacak dan hebat. Tak kurang juga yang melhat Gacek suka menggaru tangan dan mencuri sosej, seolah-olah mengatakan dirinya dicemburui kerana populariti yang dimilikinya.
Diana Rafar syukur anak semakin sembuh. Sebagai seorang ibu sudah tentu akan berasa sangat risau apabila anak tidak sihat.
Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka hidup dalam kesengsaraan dan kesakitan lebih-lebih lagi anak itu masih di usia yang terlalu kecil. Namun kasih ibu dan ayah, mereka pastinya sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan anak sihat seperti kanak-kanak lain.
Pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila anak kedua mereka, Kayla Reysha, 5, mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Seperti mana dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram Diana Rafar menyatakan dia tidak menduga akan berhadapan dengan ujian sebegini.
“#bismillahirrahmanirrahim Bila Allah nak bagi ujian mesti ada rahmat… tak duga semua ni kan..Terima kasih ya semua doakan utk anak diana @kaylareysha .. Alhamdullilah dah beransur pulih nak kena kurang kan kahak je…
“Kisah ngeri pengalaman pertama bila tgk kayla tiba2 perut dia mcm ombak pukul 1 pagi, susah nak nafas… tak demam tak selsema tiba2 jd mcm tu pukul 1pg. nasib lah diana tak tdo lagi betul2 Allah nk tolong pandang dia … terus lah kelam kabut papa dia angkat and bawak ke emengency @avisenawcsh .
“Nasib lah service kat sini laju pantas terus masuk oksigen sb heart rate dia dah sampai 195 memang buntu tak penah tgk macam tu. sempat ambik fhone terus pos kat ig story… Diana yakin kuasa DOA followers diana memang sangat membantu.. doa korang semua kuat kan diana ngan zamarul.
“Ramai rupanya tak tdo lagi time tu , dgn keikhlasan doa ramai org . so syukur takde yg kritikal pada kayla.. cuma 3 hari juga dia duduk di HDU sape tak panic kan ..
“Doktor kata kayla jangan stress jangan takut kayla nyanyi lah , bercakap ke supaya oksigen kayla naik cepat, atlast dia yang minta phone kat diana dia nak buat tiktok sendiri lepas tu baring balik sb penat.
Mama Doa Esok Lusa Dan Boleh Balik Rumah
“Apa pun alhamdullilah kayla dah masuk wad dan pindah bilik dari HDU … so mama doa sgt esk lusa dah boleh balik rumah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Wajah dan rambut si kecil usia tiga tahun ini diselaputi debu. Selimut kerajang melindungi tubuh halus itu selepas 65 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan. Yang diakibatkan oleh gempa bumi yang melanda pantai Aegean Turki.
Tak dapat dibayangkan, anak kecil bernama Elif Perincek ini melalui saat sukar lagi cemas selepas bangunan di diami keluarganya runtuh. Hampir tiga hari Elif bertarung nyawa. Terperangkap dalam bangunan runtuh di Bayrakali di wilayah barat Izmir sebelum diselamatkan Isninnya.
Tiga Hari Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan
“Shif saya bermula 10.30 malam. Petang semalam saya bekerja dengan 14 rakan penyelamat.Ditempat yang sama, kami sudah mengeluarkan ibu Elif dan adik-beradiknya.
Dari lokasi itu, kami meneruskan pencarian. Menuju ke ruang bilik dimaklumkan Elif berada. Sebaik sampai, kami nampak ada satu ruang yang teramat kecil, tak mungkin Elif mampu melepasinya apatah lagi terselamat.
Kami tebuk laluan dengan penukul untuk sampai ke ruangan itu. Dan di situlah kami menemui Elif. Besi bahagian atas kami potong dan bersihkan beberapa ruang. Segera saya minta selimut dari rakan penyelamat, nampaknya tiada pergerakan dikesan dari anak kecil itu.
Wajahnya penuh dengan serpihan konkrit.. saya mahu membersih wajah itu. Sebaik saya mahu menyentuhnya, Elif menarik ibu jari saya. Dia pegang tangan saya.. kuat seakan tak mahu lepas. Saya tergamam, begitu juga rakan penyelamat yang lain. Dan akhirnya kami menangis bersama-sama.” Sebak kongsi penyelamat Elif, Muammer Celik.
Ibu Dan Adik-Beradik Kembar Elif Diselamatkan
Sebelumnya, selepas 23 jam gempa bumi melanda penempatan itu, ibu Elif, Seher Dereli Perincek dan adik-beradik kembarnya yang berusia 10 tahun, Ezel dan Elzem Perincek berjaya ditarik keluar dari runtuhan.
Begitu juga dengan saudara lelakinya, Umut Perince, 7 dapat dikeluarkan. Namun, Umut kehilangan nyawanya. Sehingga saat ini, ahli keluarga Elif yang diselamatkan masih dalam rawatan.
Elif adalah mangsa ke 106 yang ditemui masih bernyawa dan berjaya diselamatkan daripada kawasan runtuhan. Dia yang mengalami kecederaan kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memaklumkan Elif sudah pun sedar dan tidak mengalami patah tulang mahupun kecederaan yang serius. Bagaimanapun, Elif masih dalam pemantauan rapi memandangkan anak ini terperangkap dalam runtuhan dan tidak dapat bergerak untuk jangka masa yang panjang.
Adik beradik Elif juga dikhabarkan dalam keadaan yang baik.
Bencana Gempa Bumi Di Turki
Sebelumnya, kira-kira 58 jam selepas gempa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, Idil Sirin dapat diselamatkan di Bayrakli.
Bencana ini mengakibatkan hampir 1,000 orang cedera dan sekurang-kurangnya 150 orang masih dirawat di hospital.
Gempa dengan kekuatan 6.6 skala Ritcher mengakibatkan bencana, memusnahkan bangunan-bangunan di Turki dan Greece pada petang Jumaat lalu.
Malah, pihak berkuasa Turki memaklumkan terdapat 1,323 gempa susulan sehingga malam Isnin. Dengan 43 daripadanya bermagnitud lebih daripada empat.
Pihaknya juga melancarkan siasatan, menyiasat punca 58 bangunan yang runtuh dan rosak teruk.
Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Jeli aloe vera mengandungi pelbagai khasiat terutama pada kulit.