Ads

Kutip Botol Plastik & Kotak, S Manjula Ubah Barang Terpakai Jadi Sumber Rezeki Keluarga

Kutip Botol Plastik
Kutip Botol Plastik

Mungkin bagi sesetengah orang kutip botol plastik, kotak dan barang terpakai ini perkara biasa. Sekadar bersihkan ruang persekitaran daripada sampah yang mahu dibuang.

Kutip Botol Plastik & Kotak

Namun berbeza dengan S Manjula, 42, dari Kamunting, Taiping, semua barang ini mempunyai nilai tersendiri. Manjula menjadikan aktiviti mengumpul dan menjual barangan kitar semula sebagai salah satu cara untuk membantu menjana pendapatan keluarganya.

Daripada barang yang sering dipandang sebelah mata, wanita ini melihat peluang untuk mendapatkan rezeki melalui usaha dan kerajinan sendiri.

S Manjula Ubah Barang Terpakai Jadi Sumber Rezeki Keluarga

Kisahnya yang dikongsikan MG Perak ini membuktikan bahawa peluang mencari pendapatan tidak semestinya memerlukan modal besar. Kadangkala, apa yang dianggap tidak berguna oleh orang lain sebenarnya masih mempunyai nilai.

Ads

Selain membantu ekonomi keluarga, usaha Manjula turut menyumbang kepada penjagaan alam sekitar apabila barangan terpakai dikumpulkan untuk dikitar semula.

Bagi Manjula, sampah bukan semata-mata bahan buangan. Dengan usaha yang berterusan, boleh menjadi sumber rezeki.

Ads

Tidak kira siang malam, hanya usaha yang gigih sahaja membawa seseorang ke tangga kejayaan. Keluarga ini bermula dengan satu lori, kini mempunyai beberapa lori dan pekerja. Tahniah kepada Encik Kannan, Puan Manju dan anak-anaknya!

 

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

gaji median Malaysia

Gaji Median Malaysia Cecah RM3,000, Lelaki Terima RM36 Lebih Tinggi Berbanding...

Berapa gaji korang sekarang? Data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan gaji median Malaysia bagi pekerja sektor formal meningkat kepada RM3,000 pada Jun 2026,...