
Isi Kandungan
ToggleSiapa yang suka kuih peneram, bolehlah cuba buatnya. Hanya guna campuran 2 tepung, kuih ini jadi rangup di luar dan lembut di bahagian dalamnya.
Boleh cuba resipi kuih peneram yang dikongsikan oleh CT Liz ini.
Resipi Kuih Peneram
Bahan-bahan
4 cawan tepung beras cap 3 Gajah
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Artikel berkaitan:
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Sedap & Senang Sangat Buatnya!
Cara Buat
1-Panaskan air dan gula atas api hingga mendidih dan meruwap berbuih.
2-Tapiskan dan masukkan sedikit demi sedikit air panas dalam tepung. Gaul sebati. Dah jadi bertali, stop kan air gula.

3-Perap 2 hari ( suhu bilik ) adunan akan menggelembung. Itu tandanya adunan sempurna.

4-Uli sekejap. Terap dan goreng dalam minyak panas. Gunakan api sederhana ketika menggoreng.
Selamat Mencuba!
Sumber: CT Liz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Sebab Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi, Blogger Masakan Eny Abdullah Tunjuk Cara Betulnya

Isi Kandungan
ToggleSekarang ini topik Apam Viral 3 bahan di kalangan suri-suri geng masak memasak seakan dah jadi satu isu negara. Sebabnya, ada mak-mak yang mencuba dan menjadi elok cantik kejadiannya. Ada juga cuba buat dan tak menjadi.
Yang tak menjadi inilah yang lebih viralnya. Sebab ada yang sampai patah semangat malah trauma tak mahu mencuba lagi buat apam viral 3 bahan. Punyalah viralnya sampai blogger masakan, Eny Yusnizar Abdullah ini pun beritahu kenapa kuih apam viral 3 bahan tu tak menjadi.
Siap beliau tunjukkan cara lagi, macam mana nak pastikan kuih apam anda itu nanti akan jadi cantik. Beserta tip-tip membuat apam yang elok dan gebu.
Katanya, “Adoi penat juga ketawa tengok gambar kuih apam viral hari ni yang menggunakan 3 bahan sahaja iaitu:
1 cawan telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Guna blender, kisar 3 bahan dan kukus.
“Ramai share mereka buat tak menjadi.”
“Kenapa ada yang buat menjadi dan ada yang tak jadi? Yang tak jadi tu macam-macam rupa boleh tengok, yang bentuk pokok kaktus, yang jadi macam alien, macam planet marikh pun ada hehehehe..”
Kuih Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi?
1. Kenalpasti Fungsi Bahan Pengembang
Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur.
Kasihan telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung.
Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu.
2. Cara Mengukus Tu Penting
Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh juga guna.
Ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air

3. Guna Aluminium Foil
Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminium foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.
4. Tengok Betul-betul Keadaan Pengukus
Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup.
Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat.
Bukan Nak Kecam
Tapi harga eno, yis dan baking soda bukanlah mahal sangat sampai korang terdesak sangat nak buat apam 3 bahan. Kau dah kenapa kedekut sangat, dah apam tak menjadi kau sedih, trauma katanya siap letak hashtag #sistraumatakmaucubalagi
Nak resepi apam beras Kekny Klik sini. Senang dan menjadi je kalau ikut tips kukusan di atas.
Sumber/Foto : Facebook Eny Yusnizar Abdullah (www.enyabdullah.com)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Goreng Garing Paling Mudah Guna Cili Kering, Boleh Buat Kudapan Lagi!

Tak perlu lauk lain pun, sambal goreng garing pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Memang menyelerakan dan boleh bertambah-tambah lagi.
Malah, sambal goreng garing bukan saja makan dengan nasi panas tapi paling sedap siap buat ratah lagi depan televisyen. Memang layanlah. Anak-anak pun suka kalau ia tidak pedas.
Rupanya nak buat sambal goreng garing ini tidaklah susah pun, semuanya bergoreng saja. Selepas itu, campurkan kesemua bahan dan siap masukkan dalam bekas kedap udara.
Inilah resipi sambal goreng garing yang cukup ringkas dan mudah dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Cucur Udang Maggi Inspirasi Dari Selebriti Terkenal, Sedap Dan Mudah!
Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia Penjual
Info Lebih Menarik DI SINI
Sambal Goreng Garing, Memang Sedap!
1. Gunakan cili kering yang biasa dan jenis yang besar-besar ini untuk kurangkan kurangkan kepedasan supaya semua golongan boleh makan sambal garing nie.
a) Gunting cili untuk buang biji. Masukkan dalam food processor je terus, mudah sangat.
b) Cuci
c) Jemur sehingga kering dan rapuh
d) Goreng cili kering ni dengan mengunakan sedikit minyak dan menggunakan api yang kecil. Balik-balikkan cili sehingga cili garing.
e) Sejukkan dan tos dalam penapis
2. Masukkan cili di dalam blender kering @ food processor. Tambahkan kiub pati ikan bilis. Agak-agak dan tiada sukatan pun.
3. Masukkan 2 sudu gula halus.
4. Ini hasil cili yang telah dikisar. Jika cii kurang kering (semasa menjemur, maklum la sekarang musim hujan), tekstur cili akan sedikit kasar. Lagi kering cili kita, lagi cantik hasil sambal kita nanti.
5. Di dalam dulang ini ada bawang goreng rose + bawang putih krispi + ikan bilis rangup. Gaul rata
6. Masukkan cili kisar kita tadi. Gaul sehingga sekata.
7. Inilah hasilnya
8. Nampak tak semua bahan dalam tu garing-garing belaka. Krup krap krup krap. Ni klu ratah depan tv pun boleh habis sebalang.

9. Kanak-kanak pun suka makan sambal garing ni, sbb versi buat ini kurang pedas. Boleh juga dijadikan kudap-kudapan
10. Dah boleh masukkan ke dalam balang yang kedap udara.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Selamat mencuba.
Sumber: Masfaliza Ab Jaafer
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri TEPUNG Ayam KFC, Dapat Sebalang, Jimat & Boleh Buat Bisnes Lagi!

Sebut saja ayam KFC, anak-anaklah yang paling seronok. Sukanya bukan main lagi. Kadang-kadang mak pun pelik apa yang sedap sangat kan! Tapi itulah yang menjadi kegemaran anak-anak.
Kalau dilihat, nak beli ayam KFC, harganya pun boleh tahan juga. Kalau anak ramai, seketul dua memang tak cukup.
Jadi, nak jimat boleh saja buat sendiri tepung ayam KFC ni. Sedap pun sedap. Paling penting rasanya lebih kurang sama. Ikuti perkongsian resipi daripada Hayatie Deraman yang turut menjual tepung ayam KFC ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang
Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara Buat Tepung Ayam KFC
Kat sini saya nak kongsikan resipi tepung ayam, bahan yang digunakan pun simple. Sekali rasa memang sebiji ayam KFC original. Sekali buat dapat satu balang. Jimat kos dan masa tak perlu beratur panjang untuk beli KFC.
Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 pax tepung beras
1 pax tepung jagung
1 paket (24gm) serbuk kari ayam
1 paket (24gm) serbuk lada
1 paket 924gm) serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas. Gaul sebati dan siap.
Boleh simpan dalam balang besar.
Cara guna: Ambil sedikit tepung yang sipa tadi untuk digaul atau diperap dengan ayam. Semasa nak menggoreng, gaul sekali lagi dengan tepung tersebut. Goreng ayam seperti biasa.

Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni, tak payah nak beratur, buat sendiri kat rumah. Mahunya tiap-tiap hari anak minta ayam goreng.
Sumber: Hayatie Deraman
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI