Sekarang ini topik Apam Viral 3 bahan di kalangan suri-suri geng masak memasak seakan dah jadi satu isu negara. Sebabnya, ada mak-mak yang mencuba dan menjadi elok cantik kejadiannya. Ada juga cuba buat dan tak menjadi.

Yang tak menjadi inilah yang lebih viralnya. Sebab ada yang sampai patah semangat malah trauma tak mahu mencuba lagi buat apam viral 3 bahan. Punyalah viralnya sampai blogger masakan, Eny Yusnizar Abdullah ini pun beritahu kenapa kuih apam viral 3 bahan tu tak menjadi.

Siap beliau tunjukkan cara lagi, macam mana nak pastikan kuih apam anda itu nanti akan jadi cantik. Beserta tip-tip membuat apam yang elok dan gebu.

Katanya, “Adoi penat juga ketawa tengok gambar kuih apam viral hari ni yang menggunakan 3 bahan sahaja iaitu:

1 cawan telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula

Guna blender, kisar 3 bahan dan kukus.

Ramai share mereka buat tak menjadi.”

IKLAN

Kenapa ada yang buat menjadi dan ada yang tak jadi? Yang tak jadi tu macam-macam rupa boleh tengok, yang bentuk pokok kaktus, yang jadi macam alien, macam planet marikh pun ada hehehehe..”

4 Sebab Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi, Blogger Masakan Eny Abdullah Tunjuk Cara Betulnya

Kuih Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi?

1. Kenalpasti Fungsi Bahan Pengembang

Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur.

Kasihan telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung.

IKLAN

Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu.

2. Cara Mengukus Tu Penting

Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh juga guna.

Ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air

IKLAN

3. Guna Aluminium Foil

Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminium foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.

4. Tengok Betul-betul Keadaan Pengukus

Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup.

Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat.

Bukan Nak Kecam

Tapi harga eno, yis dan baking soda bukanlah mahal sangat sampai korang terdesak sangat nak buat apam 3 bahan. Kau dah kenapa kedekut sangat, dah apam tak menjadi kau sedih, trauma katanya siap letak hashtag #sistraumatakmaucubalagi

Nak resepi apam beras Kekny Klik sini. Senang dan menjadi je kalau ikut tips kukusan di atas.

Sumber/Foto : Facebook Eny Yusnizar Abdullah (www.enyabdullah.com)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI